Saturday 18 August 2012

Pas masuk perangkap Umno?

Ianya bermula dengan kes Nasaruddin Md. Isa yang mengeluarkan kenyataan bahawa Pas perlu keluar daripada Pakatan kerana sikap DAP yang kononnya anti Hudud. Kenyataan Nasa mendapat repons Karpal Singh yang mengikut laporan media Nasa bukan saja mendakawa Karpal anti Hudud, tetapi juga anti Islam. Ini yang buat Karpal berang dan akan menjalankan proses mahkamah kerana Nasa memfitnah beliau. Nasa pula menyambut cabaran Karpal dan bersedia berjumpa di mahkamah.

Wah! tentu sekali kenyataan dan isu ini akan mendapat liputan meluas media pro Umno. Nasa pasti menjdi fokus dan menjadi hero yang dianggap oleh sesetengah pihak berjaya menghuruharakan Pas dan Pakatan Rakyat. Inilah sebenarnya strategi UBN bagi memecah belahkan PR.

Aku bersetuju dengan pendapat MSO bahawa Pas tidak perlu layan Nasa dalam kes ini kerana sudah jelas tindak tanduk Nasa mencerminkan arah tuju politiknya. Akibat daripada melayan isu ini maka dengan sendirinya Nasa berjaya dalam misinya untuk tidak menstabilkan hubungan Pas denagn DAP. Nasa dalam kenyataannya berkata dia tidak ada niat tinggalkan Pas dan tidak berhasrat masuk Umno. Dia mahu kekal dalam Pas. Melihat telatahnya dalam Pas, dia mungkin menjadi 'musuh dalam selimut' dalam Pas. Pas harus berhati-hati dalam hal ini.

Apabila Ketua Pemuda Pas, Nasahruddin Tantawi pula respons terhadap artikel Mahathir tentang negara Islam, jelas mulut perangkap UBN telah berjaya memerangkap kepimpinan Pas. Aku kira tak payah layanlah apa pun pendapat Mahatahir kerana dia sudah nyanyok dan apa yang diperkatakannya sekarang bertentangangan kenyataan-kenyataannya sebelum ini. Pendapat Mahatahir bukan pendapat seorang negarawan atau seorang pemikir, pendapatnya mencerminkan ketidak bijaksananya dia di era ketuaannya. Orang yang cerdik saja dapat menilai pendapat dan tindak tanduk Mahathir. Aku memang tidak setuju banyak perkara yang dilakukan Mahathir ketika beliau menjadi PM lagi. Apa lagi ketika usia pikunnya ini, banyak cakap-cakapnya sudah tidak boleh diterima akal yang siuman.

Jangan dilayanlah isu ini kerana dia akan memerangkap Pas dan PR dan akan berlaku pecah belah menjelang PRU 13. Yang mahu dutumbangkan ialah UBN bukan DAP, PKR atau PR. Biarkan Nasa terjun dengan labu-labunya. Dia tidak akan dipedulikan oleh media pro Umno kalau Pas atau PR tidak memberi layanan kepada isu ini.

Apapun, pada kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kekawan, sahabat handai, pengikut blog aku dan sesiapa saja yang mengenali aku. Dalam proses penulisan tentu sekali ada yang tidak enak dibaca dan tersentuh perasaan kalian. Aku mohon kemaafan dan mengucapka selamat berjaya menempuh tahun-tahun mendatang dengan jayanya, Insyallah!

Thursday 16 August 2012

Seksyen 114A bukti pimpinan Najib lemah!

Isu Seksyen 114A yang menjadi bantahan para pelayar internet akhirnya telah menarik perhatian PM Najib. Dari Arab Saudi beliau telah menghantar arahan melalui twiternya kepada ahli kabinetnya supaya diteliti semula Akta Keterangan 1950 yang diluluskan secara tergesa-gesa oleh parlimen beberapa bulan lalu. Akta ini antara beberapa Akta lain yang diluluskan oleh parlimen secara tergesa-gesa lewat pagi tanpa kehadirian ahli parlimen pembangkang.

Akan tetapi melalui nada yang berbeza, Rais Yatim mengatakan bahawa Akta itu mempunyai kewajarannya untuk dipertahankan. Jelas sekali Rais seolah-olah tidak menyetujui arahan PM supaya kabinet meniliti semula Seksyen ini dan dibuat pindaan.

Seksyen tersebut jelas sekali tidak adil kepada pemberi maklumat terhadap salahlaku kerajaan dalam hal-hal penyelewengan dan salahguna kuasa. Ianya bertujuan melindungi perbuatan jenayah manakala pemberi maklumat akan didakwa kerana kebocoran maklumat dan terpulang kepada pemberi maklumat membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Ini bererti pembuat jenayah tidak akan disiasat, sebaliknya pemberi maklumat akan disiasat. Adilkah undang-undang ini?

Tentu sekali tidak adil! Sebab itu CIJ kumpulan wartawan bebas membantah Akta ini. Bantahan itu turut disokong oleh blogger-blogger, portal-portal serta NGO lain termasuk parti politik. Tiga orang pemimpin BN/UMNO, Safiuddin Abdullah, Khiriy Jamaludin dan seorang dari parti Gerakan turut membantah dan meminta kerajaan mengkaji semula Akta ini.

Najib telah banyak melakukan perkara yang tergesa-gesa, yang tidak diteliti dan mendapatkan pandangan pakar dan umum berkaitan perkara atau undang-undang yang mahu diperkenalkan atau dipinda. Banyak contoh boleh diberi, dan yang terakhir ini jelas membuktikan betapa pentadbiran Najib amat lemah dan tidak teliti dalam apa juga keputusan yang diambil. Amat aib dan tidak bermaruah apabila keputusan yang diambil selalu saja tidak menepati kehendak rakyat dan akhirnya mengaku atas kesalahan itu. Mengaku salah atas kesilapan sendiri satu perkara mulia, akan tetapi sekiranya kerap berlaku kesalahan itu seolah-olah disengajakan. Oleh yang demikian ianya menggambarkan betapa lemah dan tidak proaktifnya sesuatu kerajaan itu.

Najib jelas kelihatan gelabah dan berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang. Najib mencerminkan kelemahannya sebagai PM dan pemimpin UMNO/BN. Oleh yang demikian apakah rakyat perlu menyokong kerajaan yang lemah dan tidak berintergeriti?

Maka kempen CIJ menjadikan 14 Ogos sebagai hari bergelap adalah wajar disokong. Kita tidak mahu rang undang-undang yang zalim dan tidak adil dilaksanakan dibumi bertuah ini. Jelas dan nyata usia 55 tahun sudah membawa usia nyanyuk bagi Umno/BN. Maka dengan itu mereka harus diganti dengan kerajaan yang lebih berwibawa, kuat dan matap pentadbirannya. Walahualam!

Wednesday 15 August 2012

Nasaruddin bercita-cita jadi menteri agama?

Itu Nasaruddin Mat Isa sekarang selalu dilihat dalam tv bersama PM Najib. Tak salah bersama-sama PM sekiranya ada urusan yang ada kaitan dengan PM. Sekarang Nasaruddin sibuk mengaturkan ulama Arab berujmpa dengan PM, tentu atas kepentingan politik PM. Ketika PM Najib berada di Arab Saudi baru-baru ini untuk menghadiri mesyuarat OIC, kelihatan Nasaruddin sibuk bersama-sama PM dan ulama Arab. Mungkin pertemuan itu diatur oleh beliau untuk PM?

Ramai orang terutama ahli Pas tidak senang dengan telatah Nasaruddin ini. Sebenarnya telatah Nasaruddin yang bercita-cita menjadi menteri sudah kelihatan apabila dia dikatakan bermain pernanan penting di belakang layar ketika sibuk isu penubuhan kerajaan muhibbah dulu. Ramai menyangka dia bercita-cita besar untuk jadi menteri. Mungkin menteri agama? Kalau betul, akan tergugatlah Khir Baharom nanti?

Pemuda Pas Kelantan yang tidak senang dengan gelagat Nasaruddin ini meminta beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Aku tak fikir dia akan letak jawatan, lebih2 pula PRU 13 di ambang pintu. Dia akan bergayut sebagai wakil rakyat, sekurang-kurangnya dapat juga elaun sehingga parlimen dibubar.

Aku menyokong saranan Tukar Tiub supaya dipecat saja Nasa daripada Pas. Pas harus bersih daripada anasir yang berkepentingan peribadi. Pas tak akan rugi tanpa Nasa, seperti Pas tak rugi dengan pemecatan Hassan Ali sebelum ini.