Wednesday 30 May 2012

Awas! Penipuan Kertas Undi?

PRU 13 merupakan pilihan raya paling kotor, menurut ramai ahli dan penganalisis politik. Ini diyakinkan dengan sumpah dan tekad PM Najib mahu mempertahankan Putrajaya sehingga ketitisan darah yang terakhir walau dengan apa cara sekalipun. Tindakan-tindakan Najib mutakhir ini menggambarkan betapa desperatenya beliau mahu mempertahankan kuasa dengan menabur wang ringgit, ugutan dan yang seumpamanya.

PRU 13 yang tarikhnya masih berada di tangan Najib masih menjadi tandatanya orang ramai. Najib belum berani mengumumkan pilihan raya kerana tidak yakin akan menang. Dia tunggu masa yang paling sesuai dan kira-kira yakin akan menang, baru akan diumumkan tarikh pilihan raya. Ketidakberaniannya ini menyusahkan orang ramai dan mencerminkan kegusaranya akan kehilangan  kuasa dan era kekuasaan BN/Umno akan berakhir selepas PRU 13.

Justeru itu pelbagai tipu helah digunakan bagi memastikan BN/Umno menang dalam PRU 13. Senarai pengundi dalam simpanan SPR masih belum dibersihkan. Tuntutan Bersih 3.0 supaya senarai nama pengundi dibersihkan daripada sebarang pencemaran masih belum kelihatan dilaksanakan. Sebaliknya kerajaan pula cuba mengalihkan perhatian orang ramai daripada tuntutan 8 perkara oleh Bersin 3.0 kepada pendakwaan terhadap Jawatankuasa pemandu Bersih 3.0 dan Anwar Ibrahim dan teman-temannya. Apabila tumpuan utama tuntutan dapat dipesongkan, maka kerajaan mengharapkan rakyat akan memberi sokongan kepada mereka. Rakyat harus berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan tipu helah ini.

Aku dapat tahu bahawa kertas undi sudahpun dicetak dengan banyaknya. Kertas undi ini siap dicetak pada April lalu. Aku bertanyakan sumber ini, berapa banyak dicetak? Katanya banyak. Aku tanya lagi bukankah seharusnya dicetak cukup-cukup dengan jumlah pengundi yang senarai nama mereka sudah digazetkan? Katanya lebih daripada itu. Aku tanya lagi tidakkah sesiapa, pihak ketiga seperti Badan Audit umpamanya menjadi pemerhati atau saksi apabila kertas undi ini dicetak. Katanya, sepanjang yang dia tahu tidak ada pihak ketiga. Namun katanya memang proses percetakan itu dikawal ketat oleh pihak polis.

Katanya lagi yang cuma belum dicetak di atas kertas undi itu ialah nombor siri serta nama dan lambang calon-calon yang bertanding. Malah, katanya kertas undi untuk Sabah dan Sarawak sudahpun dihantar kedua-dua negeri itu.

Aku tanya lagi, akan adakah kemungkinan kertas undi itu dimanipulasi? Dia tidak menolak kemungkinan itu. Katanya peluang untuk memanipulasi terdedah luas. Malah beberapa buah kontena sudah siap sedia untuk menghantar kertas-kertas undi ini ke tempat-tempat pengundian. Apapun boleh berlaku, katanya.

Wah! PR wajib ambil perhatian ini. Bagaimana kertas undi boleh dicetak tanpa dipantau oleh pihak ketiga? Pergerakan kertas undipun patut dipantau. Pernah terjadi apabila pengiraan undi diminta dikira semula, tiba-tiba calon yang kalah sebelumnya menjadi menang pula walaupun dengan undi yang tipis. Dari mana datangnya undi yang lebih ini? Entahlah!

Kebarangkalian penipuan kertas undi ini tidak boleh dipandang enteng. Ia memberikan impak dan implikasi yang besar dalam pengiraan undi. Dalam saat keraguan yang amat besar terpalit di tubuh SPR, kemungkinan ini berlaku tidak  boleh ditolak begitu saja. SPR belum lagi dapat meyakinkan rakyat terhadap kewibawaan mereka. Rakyat mahu melihat pembersihan dilakukan dalam SPR secara drastik. Rakyat mahu pilihan raya ke 13 diadakan selepas senarai nama pengundi dibersihkan.

 Setakat ini SPR kelihatan tidak berusaha secara bersungguh-sungguh terhadap tuntutan itu. Sebaliknya SPR cuba melengah-lengahkannya dan turut cuba memesong tuntutan orang ramai supaya PRU 13 diadakan secara adil dan bersih kepada isu-isu lain yang tidak relevan. Rakyat mahu PRU 13 diadakan secara adil, saksama dan bersih. Sebelum SPR dibersihkan, PRU 13 tidak patut diadakan, inilah tuntutan rakyat. Ini jelas terbukti dengan kajian oleh Badan Bebas yang mana 92 peratus respondan dalam kajiannya mahukan SPR membersihkan senarai nama pengundi.

Awas! Hubaya1 Hubaya! jangan kita terus tertipu dan ditipu! 

Monday 28 May 2012

Politik baling batu dan gertak BN

Nampaknya BN khususnya Umno sudah amat terdesak menghadapi PRU 13. Pelbagai macam cara diguna dan dipergunakan untuk menakut-nakutkan rakyat terhadap PR. Bermula daripada pendakwaan Anwar kerana kononnya meliwat Saiful, kes ditolak. Kemudian ditimbulkan gambar lucah kononnya Anwar bersama amoi cina dalam sebuah  hotel, juga tidak dipercayai rakyat. Mereka diedarkan pula gambar-gambar wajah mirip Azmin Ali dengan seorang perempuan dalam bilik hotel, inipun ramai rakyat tidak percaya. Jelas sekali stratgei kelucahan dengan cara pembohongan ini memakan diri mereka.

Kini mereka  beralih taktik pula dengan menggunakan kekerasan mengganggu ceramah-ceramah PR di seluruh negara. Insiden membaling batu dan telur sehingga mencederakan orang ramai, merosakkan kenderaan dengan memancitkannya serta dilempar cat, ugutan dengan tujuan menakut-nakutkan rakyat semakin menjadi-jadi. Bagaimana Polis boleh membenarkan ceramah kedua parti yang berseteru ini mengadakan ceramah dalam jarak 10 meter, amat membingungkan. Apakah polis mahu menggalakan pergaduhan?

Anehnya selepas kejadian tak terdengar pula sesiapa ditangkap atau didakwa di mahkamah. Ini kerana perbuatan itu dilakukan oleh Umno/BN, maka polis tutup sebelah mata. Aku percaya kalau insiden buruk ini dimulakan oleh penyokong PR, pastinya mereka segera akan ditangkap dan dituduh di mahkamah. Polis kena adillah dalam melaksanakan undang-undang. Kalau polis hanya memandang dengan sebelah mata dan mendengar dengan satu telinga, pastinya  akan memburukkan lagi nama Polis di kalangan rakyat.

Aku percaya kerja-kerja hina dan jijik  ini yang dilakukan oleh Umno sudahpun memakan diri.
Sebagai contoh, tindakan penjaja menjaja serta perbuatan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga, sudah mula menimbulkan kebencian rakyat. Pada mulanya mereka ini mendapat sokongan kuat UMNO/BN. Kalau tak silap saya pada hari pertama penjaja yang buka perniagaan di hadapan rumah Ambiga memakai baju T berlambangkan dacing. Maka jelas mereka adalah penyokong kuat BN, maka tindakan mereka itu tentu sekali direstui oleh BN.

Apa dah jadi sekarang? Masyarakat memandang jijik dan tidak menyokong tindakan mereka, akibatnya BN/Umno menafikan mereka ini mendapat sokongan BN. Ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor baru-baru ini. Begitu juga dengan peristiwa membaling batu, Umno menafikan ada arahan dikeluarkan. Sama ada arahan dikeluarkan atau tidak, pastinya yang memaling batu itu penyokong dan orang Umno. Ini bukan berlaku di suatu tempat saja, tetapi di seluruh negara terutama di Semenanjung. Umno/BN jangan cuba bersembunyi di sebalik daun sehelai. Rakyat yang peka, berfikiran terbuka dan kritis tahu membuat penilaiannya. Cuma rakyat yang tolol dan bodoh saja macam keldai dicucuk hidung akan mempercayai apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno. Kesian mereka. Kalau mereka diberikan pendedahan kita yakin mereka ini juga akan diberikan hidayah oleh Allah dan dapat membezakan antara  kebenaran  dan pembohongan.

Yang lagi membingungkan, kerajaan pula mengemukakan sama sivil terhadap jawatankuasa pemandu Bersih. Kerajaan minta gantirugi kerana kerosakan dan kemusnahan kereta peronda polis dan kenderaan yang lain. Aku pun tak faham atas asas apa tindakan sivil ini diambil oleh kerajaan. Ianya memperlihatkan kerjajaan sudah hilang autoriti. Ini petanda jelas kerajaan Umno/BN akan hilang kuasanya pada PRU13 nanti. Yang jelas ini satu perang psikologi politik, cuba menimbulkan keresahan dan ketakutan dalam kalangan rakyat dan PR. Ia cuma gertak, mahu melihat sejauh mana gertakan ini memberi kesan kepada keuntungan politik BN.

Umno/BN akan rugi sekiranya terus menggunakan taktik kotor dan jijik ini. Rakyat sudah pandai menilai mana yang betul dan mana yang salah. Rakyat sekarang tidak boleh disamakan dengan rakyat pada zaman 60-70an dulu. Kini pelbagai informasi boleh diperolehi melalui media internet. Media yang masih mengamalkan propaganda bodoh dan cuba memperbodohkan rakyat akan hilang krebiliti mereka dan tidak akan dibaca atau didengar oleh rakyat. Rakyat sudah celik maka mereka mendambakan suatu era politik yang lebih aman, terbuka, intelektual dan dapat mewujudkan politik budiman. Rakyat sudah muak, bosan dan jelik dengan politik kotor, fitnah serta membunuh karekter ahli politik lawan. Politik ialah berhujah, bukan memfitnah. Justeru lawanlah berhujah dengan fakta, maka dengan itu rakyat akan menilai kepintaran, kebolehan dan kewibawaan seseorang ahli politik dan parti politik yang mereka wakili.

Debat Rafizi dengan KJ baru-baru ini satu permulaan yang baik ke arah dunia politik yang budiman. KJ telah menunjukkan kepetahannya berpidato, begitu juga denga Rafizi. Keberanian KJ adalah manifestasi pencerahan dalam dunia politik Umno dan BN sendiri. Jangan takut berdebat, kerana debat memperlihatkan kebijaksanaan kita sebagai ahli politik. Di negara-negara maju debat antara pemimpin parti politik sudah lumrah dan dijadikan budaya mereka. Debat ini pula disiarkan secara langsung melalui TV. Sebab itu tindakan Astro Awani menyiarkan debat KJ dengan Rafizi secara langsung patut dipuji dan diberi penghargaan.

Oleh yang demikian kita tunggu debat antara PM Najib dengan Anwar Ibrahim. Jangan takut berhujah secara gentleman, jangan hanya berani berhujah di hadapan khalayak yang pekat menyokong parti masing-masing. Najib mesti sahut cabaran ini.

Wednesday 23 May 2012

Syabas Rafizi dan KJ

Wah! aku bangga dengan kedua anak muda ini yang berjaya meneroka suasana politik baru di negara ini dengan berdebat secara intelektual dan berhemah. Sepanjang satu setengah jam aku tidak leka seminit pun daripada kaca tv saluran Astro Awani malam tadi. Aku bangga kedua-duanya dengan berani dan yakin telah membuka tirai politik tradisional selama ini yang dilingkari oleh politik fitnah, kotor, rasuah dan menjijikkan. Mereka telah membawa rakyat Malaysia ke arah alam politik yang budiman, intelektual dan bertamadun.

Memang kedua-duanya petah dan mempunyai fakta bagi menyokong hujah masing-masing. Sepanjang perdebatan, aku lihat Rafizi lebih ke hadapan dengan hujah yang meyakinkan iaitu daripada sudut ekonomi dan realiti. Beliau hanya menumpukan hujahnya terhadap permasalahan dan mengemukakan penyelesaian mengikut landasan ekonomi. Tidak hairan kerana belaiu ialah seorang akuantan dan khabarnya pernah berkhidmat dengan Petronas.

Manakala Khiri Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno seorang lulusan Oxford tidak kurang juga bermain dengan  angka. Sama ada angka-angka yang mereka kemukakan ini sesuatu yang betul dan sahih, kenalah diteliti dengan rinci oleh pakar ekonomi yang berwibawa. Apapuan KJ tidak kurang petah dan lancar berhujah dalam debat ini.

Cuma yang aku dapat teliti jawapan dan hujah KJ lebih mirip kepada sentimen politik, manakala Rafizi Ramli menumpukan dari sudut ekonomi dan penyelesaian. Hujah KJ agak meyakinkan apabila beliau menyatakan beberapa kepincangan dan kekurangan kerajaan PR yang masih belum menyempurnakan janji manifesto mereka yang dikemukakan pada PRU 12 (2008). Mungkin dakwaannya betul, tetapi mungkin ianya belum sempat disempurnakan kerana kesuntukan masa. Belum pun sampai 5 tahun memerintah, kebarangkalian ini tentu ada. Apa pun kita serahkan kepada rakyat menimbangkannya.

Seperti yang didakwa oleh Rafizi dalam sesi penggulungannya, KJ masih gagal dan tidak menjawab pertanyaan beliau sehingga akhir debat, ke manakah digunakan  sejumlah besar wang Petronas ketika bapa mentuanya, Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah)  menjadi PM dulu? Adakah wang itu digunakan untuk membantu mahasiswa atau digunkan untuk perkara yang berfaedah? Ini tidak dijawab oleh KJ. Barangkali KJ tidak ada jawapan bagi soalan itu atau sengaja tidak mahu menjawab kerana mahu menyembunyikan sesuatu? Itu andaian saya, mungkin anda menggandaikannya lain pula.

Apapun, sekali lagi saya ucapkan syabas kepada dua orang anak muda ini yang telah membuka jalan kepada perdebatan yang lebih sihat, intelektual dan bertamadun sebagai wadah kelangsungan  dunia politik yang lebih terbuka dan matang di tanah air kita. Kini bukan lagi zaman politik fitnah memfitnah, memperbodohkan rakyat dan politik pembohongan, kerana rakyat sudah celik dan terbuka kepada pelbagai maklumat yang boleh dicapai di maya, tidak payah lagi melalui media cetak dan tv. Kita mahukan suasana politik yang lebih matang, berhemah dan boleh menjana kepada pemikiran massa yang lebih matang dan bijaksana.

Seperti yang disarankan oleh moderator Dr. Malik dari Universiti Islam Antarabangsa, supaya debat antara ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan PM Datuk Najib Tun Razak akan menjadi kenyataan dan dapat diadakan sebelum PRU 13 ini, tentu sekali saranan ini harus disokong. Anwar telah beberapa kali mencabar Najib, tetapi Najib masih belum lagi menerima cabaran ini. Kita tunggu perdebatan kedua-dua pemimpin ini dengan pemikiran terbuka, kerana rakyat tidak lagi boleh dibelenggu oleh politik fitnah, pembohongan dan propaganda yang melampau. Biar rakyat nilai kewibawaan kedua-dua pemimpin ini dalam hujahan mereka.

Syabas dan tahniah juga harus diberikan kepada Karangkraf yang menerbitkan akhbar  Sinar Harian, setesen tv Astro Awani, dan radio Bernama 24 yang menjadi penganjur bersama debat ini. Pengelibatan ketiga-tiga media ini membuka lebaran baru dan pembuka jalan ke arah dunia politik yang lebih budiman, matang dan bertamadun. Kita harapkan mereka akan terus menaja majlis debat seperti ini pada masa akan datang. Wallahualm!  

Monday 21 May 2012

Polis mesti ada intergeriti

Esok, 22 Mei 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan cikgu Bard akan didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur atas dakwaan melanggar Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan oleh parlimen. Mereka akan tercatat dalam sejarah kehakiman Malaysia manusia yang pertama didakwa di bawah Akta berkenaan.

Aku tidak mahu persoalkan sama ada mereka wajar didakwa atau tidak oleh pihak polis atau Peguan Negara. Aku hanya menjadi hairan pihak polis sangat cekap dan pantas apabila mahu mendakwa pihak PR dalam masa yang amat singkat. Segala bukti akan dicari untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Aku menjadi pelik dan hairan pihak polis tidak terdengarpun berbuat apa-apa terhadap golongan pendudkung Umno seperti Perkasa, Ikhlas dan yang seumpamanya.

Saturday 19 May 2012

Wacana Ilmu di PPAS pada 26 Mei ini

Paksi dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan kerajaan negeri Selangor akan menganjurkan bicara karya dalam sesi Wacana Ilmu bulanan pada Sabtu 26 Mei ini bertempat di PPAS Shah Alam bermula jam 9.00 pagi - 1 tengahari.

Buku yang akan dibicarakan pada kali ini bertajuk, "Pemikiran dan Perancangan Seni Budaya" tulisan Dinsman. Panel pembicaranya terdiri daripada:-  Dr, Abu Hassan Abdullah, Dr. Mohd Nur Manuty, Senator Mumtas Md. Nawi, Zohid Hj Saad.

Buku ini menjelaskan betapa mustahaknya gerakan budaya diberikan perhatian oleh golongan politik kerana budaya itu asas membina tamaduan sesuatu bangsa dan negara. Selama ini bidang budaya semacam terpinggir daripada pandangan dan perancangan golongan politik. Justeru itu para panel dalam perbicaraan buku ini sebanyak sedikit akan memberi penjelasan terhadap kepincangan yang berlaku ini.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan para budayawan, sasterawan dan penulis dapat turut sama berbincang permasalahan ini pada hari tersebut. Semua dialu-alukan hadir untuk menceriakan lagi wacana ilmu ini. Masuk adalah percuma.

Datang! Jangan Tak Datang! Jumpa di sana!.

Thursday 10 May 2012

Antara Fatwa dan Petua

Aku naik bingung, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sewenang-wenang aje mengeluarkan fatwa bahawa Bersih 3.0 itu HARAM. Majlis Fatwa ini tak kerja lain hanya mengharamkan apa-apa aje yang difikirkannya tidak sehaluan dengan majikannya.

Aku pelik dan hairan, sepantas dan secepat itu fatwa itu dikeluarkan. Yang aku tahu setiap fatwa yang akan dikeluarkan mestilah berasakan Al-Quran, Hadis dan Itjmak ulama. Itu saja tidak mencukupi, Majlis Fatwa mesti adakan kajian dan penyelidikan yang rinci, terutama yang menyentuh kejadian-kejadian yang tidak terdapat pada zaman Nabi. Bekas Mufti Perlis Dr. Asri juga berpendapat, pada zaman dunia tanpa sempadan dan teknologi canggih ini, fatwa tidak seharusnya bersandarkan pada Al-Quran, dan Hadis semata-mata.

Dalam konteks Bersih 3.0, setahu aku tidak terdengar Jawatankuasa Fatwa ini ada mengadakan interview dengan penganjur dan para peserta untuk mendapat gambaran yang lebih jelas. Nampak gayanya Jawatankuasa ini hanya mendengar sebelah pihak saja, atau mungkin menerima arahan pihak atasan saja.
Kalau begitu jadinya Fatwa itu bukan fatwa sebenarnya tetapi hanya Petua saja. Jangan jadikan Majlis Fatwa dan fatwa-fatwanya bukan saja tidak dihormati, tetapi menjadi bahan ketawa orang ramai aja. Justeru itu berhati-hatilah sebelum mengeluarkan Fatwa supaya fatwa itu tidak berat sebelah dan tidak pula dijadikan sebagai bahan lulucuan.

Wednesday 2 May 2012

Tubuhkan Segera IPCMC

Melihat pelbagai video dalam internet yang memaparkan keganasan polis terhadap para peserta Bersih 3.0, saya berasa amat jelik, jijik dan geram. Seperti entri saya sebelum ini semua insiden ini berlaku selepas 4 petang iaitu waktu yang dijanjikan oleh Bersih untuk bersurai. Malahan menurut laporan Ambiga sudah mengeluarkan arahannya supaya bersurai seawal sekitar jam 3 petang.

 Ada insiden sekumpulan polis beruniform masuk mengamuk di dalam sebuah restoran di mana beberapa orang peserta Bersih sedang minum, mengarahkan mereka keluar dan mengasari mereka. Aku lihat mereka yang di dalam restoran itu tidak berbuat apa-apa, hanya minum dan makan, sebaliknya sekumpulan anggota polis yang datang dan masuk dengan kasar dan memecahkan sesuatu di muka pintu. Alahai Polis!

Majlis peguam mahu membantu peserta Bersih mengambil tindakan undang-undang sibil terhadap polis. Saya kira itu tidak cukup, polis yang melakukan kesalahan ini mesti menghadapi tindakahn dan dihukum mengikut undang-undang negara. Mereka tidak boleh dilepaskan begitu saja, kerana undang-undang tidak boleh mengatasi sesiapa waimah pihak polis. Banyak kes polis tidak diambil tindakan pun walaupun bukti jelas mereka melakukan kesalahan melanggar hak asasi kemanusiaan.

Malangnya, peserta harus membuat aduan kepada pihak polis, sama ada polis siasat atau tidak, belum tahu. Kalau polis siasat dia siasat anggotanya, pastinya kalaupun didapati anggotanya melakukan kesalahan kemungkinan besar mereka akan cuba menutupnya kerana mendakwa anggota sendiri seperti membuka pekung di dada. Rakyat tidak boleh biarkan polis melakukan apa saja mengikut suka mereka. Mereka mesti juga dikawal oleh undang-undang supaya mereka patuh pada peraturan.

Sudah sampai masanya rakyat menuntut supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis atau (IPCMC) ditubuhkan segera untuk mebendung tindakan liar polis. IPCMC pada mulanya dulu dipersetujui oleh Pak Lah ketika jadi PM, akan tetapi pihak polis menentang, maka IPCMC pun ghaib dan dilupakan orang. Polis menentang kerana mereka tidak mahu disiasat oleh badan lain kecuali oleh polis sendiri. Betulkah ini? Adilkah ini? Tentu rakyat ragu akan timbul pelbagai persepsi.

Bersih serta Ngo lain termasuk parti-parti pembangkang harus memberi tekanan kepada kerajaan supaya menubuhkan semula IPCMC. Tuntutan kesatuan wartawan supaya sebuah badan bebas yang tidak melibatkan polis ditubuh untuk menyasiat kekasaran polis terhadap ahlinya adalah sesuatau yang wajar. Kalau IPCMC sudah diwujudkan, maka semua pihak boleh buat aduan kepada IPCMC dan menjadi tanggungjawab badan itu menyaisat dan mendakwa anggota polis yang didapati melakukan salahlaku.

Bukan tak boleh mengadu kepada Suhakam, tetapi badan ini hanya boleh menyiasat dan tidak boleh mendakwa. Suhakam ibarat harimau yang dipelihara tetapi taring dan kukunya awal-awal lagi sudah dipotong.

Apapun kita tidak harus dihanyutkan oleh pelbagai insiden oleh pihak polis ini. Matlamat Bersih ialah memperjuangkan piliharaya yang bersih, adil dan saksama. SPR harus membersihkan kekotoran yang terpalit pada tubuh mereka. Senarai nama pemilih mesti dibersihkan sebelum pilihanraya diadakan. Di samping menuntut penubuhan semula IPCMC tuntutan asal ini mesti terus diperjuangkan. Wallahulam!