Saturday 19 May 2012

Wacana Ilmu di PPAS pada 26 Mei ini

Paksi dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan kerajaan negeri Selangor akan menganjurkan bicara karya dalam sesi Wacana Ilmu bulanan pada Sabtu 26 Mei ini bertempat di PPAS Shah Alam bermula jam 9.00 pagi - 1 tengahari.

Buku yang akan dibicarakan pada kali ini bertajuk, "Pemikiran dan Perancangan Seni Budaya" tulisan Dinsman. Panel pembicaranya terdiri daripada:-  Dr, Abu Hassan Abdullah, Dr. Mohd Nur Manuty, Senator Mumtas Md. Nawi, Zohid Hj Saad.

Buku ini menjelaskan betapa mustahaknya gerakan budaya diberikan perhatian oleh golongan politik kerana budaya itu asas membina tamaduan sesuatu bangsa dan negara. Selama ini bidang budaya semacam terpinggir daripada pandangan dan perancangan golongan politik. Justeru itu para panel dalam perbicaraan buku ini sebanyak sedikit akan memberi penjelasan terhadap kepincangan yang berlaku ini.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan para budayawan, sasterawan dan penulis dapat turut sama berbincang permasalahan ini pada hari tersebut. Semua dialu-alukan hadir untuk menceriakan lagi wacana ilmu ini. Masuk adalah percuma.

Datang! Jangan Tak Datang! Jumpa di sana!.

No comments: