Pada kali ini saya bersetuju bangat dengan pendapat Dr. M bahawa usul undi tidak percaya terhadap PM adalah salah satu proses demokrasi. Speaker tidak ada alasan menolak usul seperti ini dengan menyatakan ianya tidak ada dalam 'standing order' dan belum pernah berlaku sebelum ini. Alasan ini tidak cukup kukuh dan Dr. M telah merujuk kepada Perlembagaan Negara yang menyatakan sekiranya PM tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen, maka beliau harus letak jawatan atau membubarkan parlimen. Speaker tidak ada kuasa menolak sebarang usul seperti ini. Tugas Speaker ialah menguruskan perjalanan pengundian usul tersebut sama ada diterima atau ditolak.
Akan tetapi, adakah usul ini akan dibawa dalam Parlimen? Nampak gayanya kemungkinin usul ini dibawa ke Parlimen adalah sangat tipis. Penyokong Najib sedaya upaya mahu usul ini tidak dibawa. Anggota Parlimen BN terutama Umno, ramai antaranya serba salah kerana sudah termakan budi. Anggota Parlimen Pembangkang tidak cukup undi untuk mendapatkan kelulusan undi ini kalau tidak mendapat sokongan BN. Setakat ini belum terdengar berita bahawa siapakah yang akan kemukakan usul ini di Parlimen. Adakah usul ini akan dikemukakan oleh pihak Pembangkang atau pihak BN sendiri? Sama ada ada rundingan atau kesefahaman berjalan antara Ahli Parlimen Pembangkang dengan BN untuk usul ini, tidak juga diketahui umum.
Usul seperti ini harus digerakkan oleh seseorang yang berpengaruh supaya ianya berhasil. Saya fikir orang yang paling layak mengerakkan usaha ini ialah Dr. M sendiri yang tidak jemu-jemu mahu menjatuhkan Najib sebagai PM. Dr.M harus mengaturkan strategi, memanggil Ahli Parlimen Pembangkang dan Ahli Parlimen BN yang cenderung terhadap usul ini sebelum Parlimen bersidang Oktober ini. Dr. M harus ada cadangan yang munasabah yang boleh diterima oleh kedua-dua puak Ahli Parlimen ini. Dr. M juga harus berhati-hati memilih Ahli Parlimen BN supaya tidak bocor. Kalau bocor tentu Najib akan memintas dengan strategi yang lain agar dia tidak tersingkir daripada jawatannya sekarang.
A. Kadir Jasin pula berpendapat bahawa Najib akan kekal berkuasa sehingga PRU 14. Malah menurutnya, Najib akan memperolehi kemenangan besar dalam PRU tersebut. Alasan Kadir, Najib akan menggunakan segala kuasa yang ada padanya termasuk kuasa wang. Slogan Najib ialah, "Cash Is King" menguatkan lagi alasan Kadir. Kalau telahan Kadir ini tepat maka Dr. M akan malu besar. Dr. M gagal mengawal apa lagi menyekat Najib dalam urusan politik beliau dalam Umno. Saya lihat tanggapan Kadir ini ada kemunasabahannya. Akan tetapi kita harus ingat, 'wang bukan segala-galanya' yang boleh menyelesaikan masalah.
Dengan keadaan yang semakin tertekan dengan kos hidup yang tinggi, ekonomi semakin merundum, cukai GST, penurunan nilai ringgit, apakah wang dapat mengatasi semua ini. Wang untuk pilihan raya hanya diberi sekali gus sahaja, bukan sepanjang hayat. Rakyat terpaksa menanggung keadaan hidup semakin tinggi ini sepanjang hayat. Saya tidak fikir wang boleh beli segalanya! Kalau Najib masih kekal Malaysia akan terus hancur. Najib berkuasa kerana ada kuasa di tangannya. Kuasa tidak kekal, suatu hari nanti pasti kuasa itu terlucut daripada tangan kita, cara mana itu adalah rahsia Allah. Setelah terlucut kuasa yang ada maka Najib tidak akan dapat lari daripada diheret ke mahkamah. Banyak yang terpalit pada diri Najib yang perlu diadili dan diketahui oleh rakyat.
Dr. M perlu bertindak cepat, kalau tidak Najib akan memintas.
Wednesday, 30 September 2015
Wednesday, 2 September 2015
Bersih Berjalan Dengan Aman.
Kali ini Bersih 4 berjaya mengadakan demonstrasi dengan aman seperti yang dijanjikan. Selama 34 jam mereka berkampung berdekaan Dataran mereka, tidak ada apa-apa kejadian buruk dilaporkan. Semua pihak memberikan kerjasama yang baik. Pasukan Polis tidak memprovok peserta demonstrasai seperti pada tunjuk perasaan sebelumnya. Ini terbukti kalau tiada provokasi daripada pihak polis, demonstrasi akan berjalan secara aman. Sikap profesionalisma polis sangat-sangay dihargai.
Bersih mendapat sokongan moral yang bukan sedikit apabila bekas PM Dr. M dan isteri mengunjungi demonstrasi itu. Sebanyak dua kali mereka hadir walaupun kunjungan mereka singkat, tetapi sudah cukup memberi rangsangan bagi Bersih meneruskan perjuangan. Khabarnya Dr. M akan dipanggil polis kerana menyertai demonstrasi itu. Apakah menyertai demonstrasi suatu kesalahan?
Bersih memang difatwakan haram oleh Zahid Hamidi. Malah memakai baju T berwarna kuning dengan tulisan Bersih 4 dianggap satu kesalahan. Kekadang 'fatwa' sebegini selalunya difatwakan seperti keadaan begini. Dulupun pengharaman yang sama juga dibuat. Kadang-kadang larangan mereka ini tidak masuk akal, malah bertentangan dengan hak asasi manusia dan Perlembagaan Negara.
Kehadiran sebegitu ramai orang adalah manifestasi buruk terhadap Najib. Natijahnya Najib terpaksa berfikir sama ada meletakkan jawatan atau kekal dengan jawatan panas itu. Selain menuntut pilihan raya yang bersih tanpa rasuah, Bersih juga menuntut supaya Najib meletakkan jawatan sebagai PM. Najib di selubungi oleh pelbagai skandal yang menjurus kepada pecah amanah dan rasuah. Semua saluran penyiasatan bagi mencari sumber wang derma dalam akaun Najib sudah ditutup rapat. Najib sengaja menutup saluran ini kerana tidak mahu kebenaran terbongkar. Kalau dia tidak bersalah, apa perlu ditutup semua saluaran ini? Tindakan beliau menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap beliau? Rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana rekyat tidak diberitahu keadaan sebenar.
Apapun Bersih telah berjalan dengan aman. Tahniah kepada pihak pengajur dan para peserta. Tahniah juga kepada pihak polis. Syabas. Kita mampu mengadakan demostrasi secara aman, kalau semua pihak berkerjasama. Demonstrasi secara aman tidak melanggar undang-undang. Memang kerja para menteri menakut-nakutkan rakyat supaya tidak hadir pada demonstrasi ini. Itu kita maklum!

Subscribe to:
Posts (Atom)