Saturday 18 August 2012

Pas masuk perangkap Umno?

Ianya bermula dengan kes Nasaruddin Md. Isa yang mengeluarkan kenyataan bahawa Pas perlu keluar daripada Pakatan kerana sikap DAP yang kononnya anti Hudud. Kenyataan Nasa mendapat repons Karpal Singh yang mengikut laporan media Nasa bukan saja mendakawa Karpal anti Hudud, tetapi juga anti Islam. Ini yang buat Karpal berang dan akan menjalankan proses mahkamah kerana Nasa memfitnah beliau. Nasa pula menyambut cabaran Karpal dan bersedia berjumpa di mahkamah.

Wah! tentu sekali kenyataan dan isu ini akan mendapat liputan meluas media pro Umno. Nasa pasti menjdi fokus dan menjadi hero yang dianggap oleh sesetengah pihak berjaya menghuruharakan Pas dan Pakatan Rakyat. Inilah sebenarnya strategi UBN bagi memecah belahkan PR.

Aku bersetuju dengan pendapat MSO bahawa Pas tidak perlu layan Nasa dalam kes ini kerana sudah jelas tindak tanduk Nasa mencerminkan arah tuju politiknya. Akibat daripada melayan isu ini maka dengan sendirinya Nasa berjaya dalam misinya untuk tidak menstabilkan hubungan Pas denagn DAP. Nasa dalam kenyataannya berkata dia tidak ada niat tinggalkan Pas dan tidak berhasrat masuk Umno. Dia mahu kekal dalam Pas. Melihat telatahnya dalam Pas, dia mungkin menjadi 'musuh dalam selimut' dalam Pas. Pas harus berhati-hati dalam hal ini.

Apabila Ketua Pemuda Pas, Nasahruddin Tantawi pula respons terhadap artikel Mahathir tentang negara Islam, jelas mulut perangkap UBN telah berjaya memerangkap kepimpinan Pas. Aku kira tak payah layanlah apa pun pendapat Mahatahir kerana dia sudah nyanyok dan apa yang diperkatakannya sekarang bertentangangan kenyataan-kenyataannya sebelum ini. Pendapat Mahatahir bukan pendapat seorang negarawan atau seorang pemikir, pendapatnya mencerminkan ketidak bijaksananya dia di era ketuaannya. Orang yang cerdik saja dapat menilai pendapat dan tindak tanduk Mahathir. Aku memang tidak setuju banyak perkara yang dilakukan Mahathir ketika beliau menjadi PM lagi. Apa lagi ketika usia pikunnya ini, banyak cakap-cakapnya sudah tidak boleh diterima akal yang siuman.

Jangan dilayanlah isu ini kerana dia akan memerangkap Pas dan PR dan akan berlaku pecah belah menjelang PRU 13. Yang mahu dutumbangkan ialah UBN bukan DAP, PKR atau PR. Biarkan Nasa terjun dengan labu-labunya. Dia tidak akan dipedulikan oleh media pro Umno kalau Pas atau PR tidak memberi layanan kepada isu ini.

Apapun, pada kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kekawan, sahabat handai, pengikut blog aku dan sesiapa saja yang mengenali aku. Dalam proses penulisan tentu sekali ada yang tidak enak dibaca dan tersentuh perasaan kalian. Aku mohon kemaafan dan mengucapka selamat berjaya menempuh tahun-tahun mendatang dengan jayanya, Insyallah!

1 comment:

barajiwa said...

Orang jahat menggunakan SEGALA macam taktik, teknik dan strategi untuk menyelamatkan dirinya.

Eloklah kita belajar dari sejarah. Eloklah kita belajar berapa kali sudah sang penguasa zalim berjaya dengan menipu.

Seperti kata TT, Tukartiub dalam blognya, sejarah kejatuhan Partai Rakyat dan Parti Buruh adalah contoh bagaimana Sang Penguasa yang tersepit membunuh perpaduan kental musuhnya. Zaman itu isunya ialah bahasa, kali ini hudud.

Apakah Pas tidak nampak perangkap 'agama'@akidah ini?

Humbankan saja mantan timbalan presiden itu ke dalam kandang Satu Malaysia! Biarlah Najib saja yang menyambutnya dan memeliharanya.