Thursday 16 August 2012

Seksyen 114A bukti pimpinan Najib lemah!

Isu Seksyen 114A yang menjadi bantahan para pelayar internet akhirnya telah menarik perhatian PM Najib. Dari Arab Saudi beliau telah menghantar arahan melalui twiternya kepada ahli kabinetnya supaya diteliti semula Akta Keterangan 1950 yang diluluskan secara tergesa-gesa oleh parlimen beberapa bulan lalu. Akta ini antara beberapa Akta lain yang diluluskan oleh parlimen secara tergesa-gesa lewat pagi tanpa kehadirian ahli parlimen pembangkang.

Akan tetapi melalui nada yang berbeza, Rais Yatim mengatakan bahawa Akta itu mempunyai kewajarannya untuk dipertahankan. Jelas sekali Rais seolah-olah tidak menyetujui arahan PM supaya kabinet meniliti semula Seksyen ini dan dibuat pindaan.

Seksyen tersebut jelas sekali tidak adil kepada pemberi maklumat terhadap salahlaku kerajaan dalam hal-hal penyelewengan dan salahguna kuasa. Ianya bertujuan melindungi perbuatan jenayah manakala pemberi maklumat akan didakwa kerana kebocoran maklumat dan terpulang kepada pemberi maklumat membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Ini bererti pembuat jenayah tidak akan disiasat, sebaliknya pemberi maklumat akan disiasat. Adilkah undang-undang ini?

Tentu sekali tidak adil! Sebab itu CIJ kumpulan wartawan bebas membantah Akta ini. Bantahan itu turut disokong oleh blogger-blogger, portal-portal serta NGO lain termasuk parti politik. Tiga orang pemimpin BN/UMNO, Safiuddin Abdullah, Khiriy Jamaludin dan seorang dari parti Gerakan turut membantah dan meminta kerajaan mengkaji semula Akta ini.

Najib telah banyak melakukan perkara yang tergesa-gesa, yang tidak diteliti dan mendapatkan pandangan pakar dan umum berkaitan perkara atau undang-undang yang mahu diperkenalkan atau dipinda. Banyak contoh boleh diberi, dan yang terakhir ini jelas membuktikan betapa pentadbiran Najib amat lemah dan tidak teliti dalam apa juga keputusan yang diambil. Amat aib dan tidak bermaruah apabila keputusan yang diambil selalu saja tidak menepati kehendak rakyat dan akhirnya mengaku atas kesalahan itu. Mengaku salah atas kesilapan sendiri satu perkara mulia, akan tetapi sekiranya kerap berlaku kesalahan itu seolah-olah disengajakan. Oleh yang demikian ianya menggambarkan betapa lemah dan tidak proaktifnya sesuatu kerajaan itu.

Najib jelas kelihatan gelabah dan berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang. Najib mencerminkan kelemahannya sebagai PM dan pemimpin UMNO/BN. Oleh yang demikian apakah rakyat perlu menyokong kerajaan yang lemah dan tidak berintergeriti?

Maka kempen CIJ menjadikan 14 Ogos sebagai hari bergelap adalah wajar disokong. Kita tidak mahu rang undang-undang yang zalim dan tidak adil dilaksanakan dibumi bertuah ini. Jelas dan nyata usia 55 tahun sudah membawa usia nyanyuk bagi Umno/BN. Maka dengan itu mereka harus diganti dengan kerajaan yang lebih berwibawa, kuat dan matap pentadbirannya. Walahualam!

No comments: