Monday 14 October 2013

Sharizat Menang Besar

Pelik juga memikirkan pemilihan ketua-ketua sayap Umno ini, Wanita, Pemuda dan Puteri. Nampaknya perwakilan sayap ini tidak sensetif terhadap calon yang berbaur dengan rasuah, atau keluarga mereka terlibat dengan rasuah atau penyelewengan. Sebab itu siapa saja yang menjadi calon dalam pemilihan Umno waimah mereka terpalit dengan rasuah, salahlaku dan akhlak, masih dipilih untuk mengetuai mereka. Jangan jadikan Umno lubuk kotor?

Tambah pelik lagi ada pencabar mereka dapat kosong, tidak satu pun undi diperolehi. Macam mana boleh jadi begini? Takkan lah calon itu tak mengundi dirinya sendiri. Sekurang-kurangnya 3 undi boleh diperolehi satu daripada pencadangnya, satu lagi daripada penyokong dan tentu sekali lagi satu daripada calon itu sendiri.

Aku tak mahu banyak komen tentang pemilihan ini. Apapun kalau pengundian dijalankan dengan adil dan saksama dan mengikut piawaian demokrasi, aku ucapkan Tahniah kepada mereka yang menang. Kita tunggu pula pemilihan Naib Presiden dan AJK Tertinggi Umno dalam masa terdekat.

No comments: