Majlis Tertinggi Umno tahun ini menyaksikan pemilihan kepimpinan parti itu. Umum sudah maklum bahawa Presiden dan Timbalan Presiden menang tanpa bertanding. Ini bermakna Najib dan Mahyuddin tidak siapa yang berani mencabar mereka. Apakah dengan tidak mencabar Presiden dan Timbalannya, maka dapat mengelak daripada perpecahan di dalam parti?
Sebelum ini terdengar beberapa orang penganalisis politik membayangkan bahawa Mahyuddin akan mencabar Najib dalam pemilihan kali ini bagi mempercepatkan dia naik ke puncak. Nampaknya Mahyuddin masih belum berani mencabar Najib kerana beberapa sebab yang lain. Mungkin Mahatahir menasihatinya supaya tidak mencabar Najib kerana itu akan menghalang anaknya Mukriz memanjat tangga hearaki Umno. Sebab itu Mukriz mahu naik satu lagi anak tangga sebelum sampai ke puncak.
Mahathir seorang ahli stratigist politik yang pintar dan licik. Dia bisa saja memungkinkan yang tidak mungkin. Matlamatnya ialah mahu menaikkan anaknya sehingga menjadi Presiden Umno sekaligus menjadi PM. Dia mahu keturunannya menerajui Malaysia, kalau boleh ketika dia masih hidup.
Berbalik kepada pertandingan Naib Presiden Umno, kita lihat tiga pencabar yang berani mencabar pemegang jawatan sedia ada. Penyandang jawatan itu ialah Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Hishamuddin Tun Hussein dan Shafie Apdal dari Sabah. Pencabar mereka ialah, Mukriz Mahathir, mantan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda Mohd Isa Abd. Samad. Sekurang-kurangnya kita dapat menyaksikan pertandingan dalam jawatan Naib Presiden. Nampaknya pemegang dan pencabar sama-sama mempunyai kelebihan dan kelemahan dalam hal ini.
Siapa agaknya akan menang? Pada firasat aku Ali Rustam akan kecundang kerana dia sudah tidak lagi pegang jawatan Ketua Menteri sekarang. Lagipun dia kalah di tempatnya sendiri iaitu Parlimen Bukit Katil dalam PRU 13 lepas. Tambah menyulitkannya lagi apabila polis pula dikatakan sedang menyiasatnya ketika pemilihan di ambang pintu. Ali Rustam kemungkinan tidak akan dipilih oleh perwakilan. Dia pun sudah dilantik sebagai Senator, suatu tempat yang dianggap peti sejuk bagi orang politik dalam perjalanan ke alam persaraan. Kalau dia kalah dalam pemilihan ini bermakna kerjaya politiknya berakhir di sini.
Isa Samad, si mulut celupar ini pun aku rasa tidak akan dipilih oleh perwakilan kecualilah kalau dia bermain dengan politik wang. Sebagai Pengerusi Felda dia banyak wang yang boleh ditaburkan kepada perwakilan. Sudah ada rekod dulu pun. Maka peluang untuk menang mungkin tiada.
Mukriz dijangkakan akan menang besar. Ini berasaskan dia anak bekas PM dan Mahathir masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam Umno. Orang Umno masih mendengar nasihatnya walaupun nasihat itu bukan untuk kepentingan Umno. Maka peluang untuk Mukriz menang memang cerah.
Dalam ketiga-tiga penyandang sekarang, seorang lagi si mulut celupar ialah Zahid Hamidi. Dia bukan saja celupar mulut, adakalanya berlagak samseng pula. Polisinya tembak dulu, siasat kemudian menjadikan dia semakin popular. Zahid kebelakangan ini sangat kontrovesial dengan pelbagai statement yang kontrovesi membuatkan pengamal media menonjolkan perwatakannya. Bagi orang Umno yang ekstrim, watak Zahid ini sangat disukai mereka. Maka peluangnya cerah.
Hishamudin, sepupu Najib ada peluang juga kerana dia juga anak bekas PM dan saudara terdekat kepada Najib. Perwakilan akan memilihnya berdasarkan latar belakang keluarganya saja. Dia tidak kelihatan mempunyai visi dan misi yang jelas dalam Umno.
Shafie Apdal mungkin terkeluar kali ini kerana dia juga macam tidak nampak visi dan misinya. Dia lebih banyak berdiam diri dan tidak kelihatan mau menonjolkan diri dalam pemilihan Umno. Dalam Umno, kalau tidak popular kemungkinan tidak akan dipilih. Sebab itu calon-calon dalam pemilihan Umno sanggup membuat kenyataan kontrovesi termasuk dalam isu-isu sensitif seperti isu perkauman misalnya. Maka oleh yang demikian, peluang Shafie sangat tipis sekali.
Jadi pada firasat aku yang akan menang ialah Zahid Hamidi, Hishamudin dan Mukriz. Tiga tokoh yang mengimpikan jawatan Presiden. Apakah Najib tidak kisah kalau Mukriz cuba menghalang perjalanan sepupunya ke puncak? Kita tunggu dan lihat kekecohan dalam perebutan kuasa ini. Walahuallam!
Sekian, coleteh untuk hari ini.
Thursday, 17 October 2013
Monday, 14 October 2013
Sharizat Menang Besar
Pelik juga memikirkan pemilihan ketua-ketua sayap Umno ini, Wanita, Pemuda dan Puteri. Nampaknya perwakilan sayap ini tidak sensetif terhadap calon yang berbaur dengan rasuah, atau keluarga mereka terlibat dengan rasuah atau penyelewengan. Sebab itu siapa saja yang menjadi calon dalam pemilihan Umno waimah mereka terpalit dengan rasuah, salahlaku dan akhlak, masih dipilih untuk mengetuai mereka. Jangan jadikan Umno lubuk kotor?
Tambah pelik lagi ada pencabar mereka dapat kosong, tidak satu pun undi diperolehi. Macam mana boleh jadi begini? Takkan lah calon itu tak mengundi dirinya sendiri. Sekurang-kurangnya 3 undi boleh diperolehi satu daripada pencadangnya, satu lagi daripada penyokong dan tentu sekali lagi satu daripada calon itu sendiri.
Aku tak mahu banyak komen tentang pemilihan ini. Apapun kalau pengundian dijalankan dengan adil dan saksama dan mengikut piawaian demokrasi, aku ucapkan Tahniah kepada mereka yang menang. Kita tunggu pula pemilihan Naib Presiden dan AJK Tertinggi Umno dalam masa terdekat.

Sunday, 13 October 2013
Malim Ghozali di anugerah SEA write Award
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Tahniah kepada kawanku Malim Ghozali. Tahun ini Malim Ghozali PK khabarnya mendapat SEA Write Award, anugerah berpersetij yang ditaja oleh kerajaan Thailand. Di negara ini selain anugerah SEA, anugerah Sasterawan Negara juga menjadi impian dan idaman para penulis kreatif.
Ramai penulis bercita-cita sekurang-kurangnya akan dikurniakan anugerah SEA kalau pun tidak Sasterawan Negara. Sepanjang anugerah itu diwujudkan sudah ramai penulis Malaysia menerima anugerah ini. Antara yang mendapatnya ialah Lim Swee Tin, Zaharah Nawawi, Zurina Hassan, Azizi Hj. Abdullah, Zain Kasturi, S.M. Zakir dan ramai lagi.
Tahun ini 2013, tuah Malim Ghozali memperolehi anugerah berpersetij itu. Malim macam aku juga sudah tinggalkan lama dunia persuratan. Dia kembali menulis setelah 'bersara' beberapa tahun lamanya. Dia bertuah selepas kembali menulis dia terpilih merangkul SEA Write. Dia dipilih oleh sebuah jawatankuasa pemilihan di antara ramai penulis lain yang dikira layak.
Malim orang kanan dan penyokong kuat Menteri Besar Perak, Zamri Abd. Kader. Dia mendapat keistemewaan daripada MB dengan memberikan kepercayaan kepadanya menguruskan beberapa hektar tanah sebagai 'Perkampungan Penulis.' Malim sudah beberapa kali menganjurkan perhimpunan penyair di Pulau Pangkor dan mendapat sambutan di kalangan para penulis. Tahun ini khabarnya dia juga menganjurkan 'Himpunan Penyair Se Dunia' di Perak. Malim melakukan ini kerana mendapat kerjasama dengan MB dan kerajaan Perak.
Berbalik kepada anugerah SEA, ramai yang tertanya-tanya kenapa yang berjaya dalam pemilihan, waimah apa pun anugerah hanya berlaku di kalangan para penulis yang bergayut di Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pena sahaja. Dalam kata lain, mereka yang duduk di sekitar Lembah Kelang sahaja. Pada hal ramai lagi penulis di hujung negeri masih berkelayakan untuk menerima anugerah SEA ini.
Di Perlis, Kedah, Kelantan dan juga Sabah dan Sarawak ramai yang boleh dipertimbangkan untuk anugerah ini. Kita tidak tahu sama ada nama-nama mereka yang layak ini tersenarai dalam senarai pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan. Rejab F.I., Norhisaham Mustaffa, Jamaludin D misalnya, memang layak dikurniakan anugerah ini. Mereka ini bukan menetap di Lembah Kelang tetapi di hujung negeri.
Nampaknya memang jelas dan nyata seolah-olah penulis yang bergayut di DBP dan Pena sahaja berpeluang disenaraikan dalam pemilihan anugerah SEA. Mereka yang duduk di hujung negeri, walaupun banyak karyanya, dan bermutu pula, tidak mendapat pertimbangan. Rejab FI misalnya, sudah menghasilkan 106 buah novel, 20 antologi cerpen, 3 kumpulan puisi, 1 kumpulan drama, 184 buah cerpen, 321 buah puisi, 294 buah rencana, 20 drama radio 15 drama TV dan 4 buah drama pentas. Wow! banyak itu? Masih tak layak lagi ke?
Begitu juga Norhisham Mustaffa dan Jamaludin D, hasil karya mereka memang banyak dan bernilai yang seharusnya mendapat pertimbangan wajar para Jawatankuasa Pemilihan.
Nampaknya, Malaysia kena fikirkan untuk mengwujudkan sekurang-kurangnya sebuah lagi anugerah kalau tidak lebih tetapi setanding dengan SEA Write Award. 'Anugerah Penulis Nusantara,' misalnya boleh diwujudkan dengan pengiktrafan kerajaan-kerajaan yang terlibat dalam gagasan ini. Negara-negara yang terlibat ialah Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia. Kalau ini dapat direalisasikan, sudah tentu memberi peluang kepada ramai penulis mendambakannya.
Fikir-fikirkan lah!

Saturday, 12 October 2013
1,703 Perwakilan UMNO Muflis
1,703 Perwakilan Calon Umno Muflis. Demikian tajuk berita di muka depan Berita Harian 8 Oktober 2013 lalu. Wow, banyaknya! Macam mana boleh jadi begini? Calon dalam kepimpinan Umno banyak yang muflis? Apa dah jadi dengan Umno ini?
Ini semua gara-gara mungkin mendapat tender atau kontrak kemudian tak dapat disempurnakan dan hutang bank masih tersangkut. Itulah akibatnya apabila diberikan sesuatu projek bukan kepada yang mahir, tetapi berdasarkan kerana mereka puak-puak Umno belaka.
Apakah masih ada orang Melayu meyakini perjuangan Umno yang rata-rata mengamalkan kronisme dan rasuah. Kepimpinan tertinggi Umno jelas dan nyata mengamalkan rasuah apabila memberikan BR1M kepada rakyat dengan alasan menolong rakyat. Kalau orang biasa memberi rasuah dengan alasan sebagai hadiah, sudah tentu orang berkenaan akan didakwa kerana memberi rasuah. Ada dua set undang-undang untuk mendakwa, nampaknya.
Ini semua berlaku kerana tidak ada kecenderungan untuk mentadbir negara mengikut lunas-lunas Islam. Kalau keroh air di hulu, mana mungkin jernih air di kuala. Fikir-fikirkan lah!

Subscribe to:
Posts (Atom)