Thursday, 17 October 2013

Siapa Menang Naib Presiden Umno?

Majlis Tertinggi Umno tahun ini menyaksikan pemilihan kepimpinan parti itu. Umum sudah maklum bahawa Presiden dan Timbalan Presiden menang tanpa bertanding. Ini bermakna Najib dan Mahyuddin tidak siapa yang berani mencabar mereka. Apakah dengan tidak mencabar Presiden dan Timbalannya, maka dapat mengelak daripada perpecahan di dalam parti?

Sebelum ini terdengar beberapa orang penganalisis politik membayangkan bahawa Mahyuddin akan mencabar Najib dalam pemilihan kali ini bagi mempercepatkan dia naik ke puncak. Nampaknya Mahyuddin masih belum berani mencabar Najib kerana beberapa sebab yang lain. Mungkin Mahatahir menasihatinya supaya tidak mencabar Najib kerana itu akan menghalang anaknya Mukriz memanjat tangga hearaki Umno. Sebab itu Mukriz mahu naik satu lagi anak tangga sebelum sampai ke puncak.

Mahathir seorang ahli stratigist politik yang pintar dan licik. Dia bisa saja memungkinkan yang tidak mungkin. Matlamatnya ialah mahu menaikkan anaknya sehingga menjadi Presiden Umno sekaligus menjadi PM. Dia mahu keturunannya menerajui Malaysia, kalau boleh ketika dia masih hidup.

Berbalik kepada pertandingan Naib Presiden Umno, kita lihat tiga pencabar yang berani mencabar pemegang jawatan sedia ada. Penyandang jawatan itu ialah Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Hishamuddin Tun Hussein dan Shafie Apdal dari Sabah. Pencabar mereka ialah, Mukriz Mahathir, mantan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda Mohd Isa Abd. Samad. Sekurang-kurangnya kita dapat menyaksikan pertandingan dalam jawatan Naib Presiden. Nampaknya pemegang dan pencabar sama-sama mempunyai kelebihan dan kelemahan dalam hal ini.

Siapa agaknya akan menang? Pada firasat aku Ali Rustam akan kecundang kerana dia sudah tidak lagi pegang jawatan Ketua Menteri sekarang. Lagipun dia kalah di tempatnya sendiri iaitu Parlimen Bukit Katil dalam PRU 13 lepas. Tambah menyulitkannya lagi apabila polis pula dikatakan sedang menyiasatnya ketika pemilihan di ambang pintu. Ali Rustam kemungkinan tidak akan dipilih oleh perwakilan. Dia pun sudah dilantik sebagai Senator, suatu tempat yang dianggap peti sejuk bagi orang politik dalam perjalanan ke alam persaraan. Kalau dia kalah dalam pemilihan ini bermakna kerjaya politiknya berakhir di sini.

Isa Samad, si mulut celupar ini pun aku rasa tidak akan dipilih oleh perwakilan kecualilah kalau dia bermain dengan politik wang. Sebagai Pengerusi Felda dia banyak wang yang boleh ditaburkan kepada perwakilan. Sudah ada rekod dulu pun. Maka peluang untuk menang mungkin tiada.

Mukriz dijangkakan akan menang besar. Ini berasaskan dia anak bekas PM dan Mahathir masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam Umno. Orang Umno masih mendengar nasihatnya walaupun nasihat itu bukan untuk kepentingan Umno. Maka peluang untuk Mukriz menang memang cerah.

Dalam ketiga-tiga penyandang sekarang, seorang lagi si mulut celupar ialah Zahid Hamidi. Dia bukan saja celupar mulut, adakalanya berlagak samseng pula. Polisinya tembak dulu, siasat kemudian menjadikan dia semakin popular. Zahid kebelakangan ini sangat kontrovesial dengan pelbagai statement yang kontrovesi membuatkan pengamal media menonjolkan perwatakannya. Bagi orang Umno yang ekstrim, watak Zahid ini sangat disukai mereka. Maka peluangnya cerah.

Hishamudin, sepupu Najib ada peluang juga kerana dia juga anak bekas PM dan saudara terdekat kepada Najib. Perwakilan akan memilihnya berdasarkan latar belakang keluarganya saja. Dia tidak kelihatan mempunyai visi dan misi yang jelas dalam Umno.

Shafie Apdal mungkin terkeluar kali ini kerana dia juga macam tidak nampak visi dan misinya. Dia lebih banyak berdiam diri dan tidak kelihatan mau menonjolkan diri dalam pemilihan Umno. Dalam Umno, kalau tidak popular kemungkinan tidak akan dipilih. Sebab itu calon-calon dalam pemilihan Umno sanggup membuat kenyataan kontrovesi termasuk dalam isu-isu sensitif seperti isu perkauman misalnya. Maka oleh yang demikian, peluang Shafie sangat tipis sekali.

Jadi pada firasat aku yang akan menang ialah Zahid Hamidi, Hishamudin dan Mukriz. Tiga tokoh yang mengimpikan jawatan Presiden. Apakah Najib tidak kisah kalau Mukriz cuba menghalang perjalanan sepupunya ke puncak? Kita tunggu dan lihat kekecohan dalam perebutan kuasa ini. Walahuallam!

Sekian, coleteh untuk hari ini.

No comments: