Selamat berjmpa lagi. Hampir 2 tahun saya tidak kemas kini blog ini kerana jatuh sakit selama satu setengah tahun. Masuk hospital keluar hospital. Tak boleh bangun. Berak kencing pun isteri yang cebukkan. Kata doktor saya menghidap, 'anemia.' Sel darah merah hilang setiap kali masuk darah. Setiap dua minggu kena masuk darah dua pint. Air sum-sum tulang diambil oleh doktor untuk dikaji selidik. Hasil kajian doktor bilang, tulang sum-sum saya 'malas' berkerja untuk 'reproduce' sel darah yang baru. Alahamdulillah, berkat doa keluarga dan kekawan, sekarang sudah boleh bangun dan kesihatan semakin pulih. Lepas itu sakit pula tulang belakang, 'slip disk.' Sekarang masih dalam rawatan doktor di hospital Ampang. Walau bagaimanapun, syukur kepada Allah yang telah menyembuhkan saya.
Berbalik kepada interview PM Najib tadi malam, saya rasa tidak ada petunjuk baru. Dia masih mengulangi kenyataannya sebelum ini. Jawabannya terhadap 1MDB dan kes Atantuya, sama aja. Apa yang Dr. M mahu ialah siasatan terhadap motif pembunuhan itu. Dr. M tidak tuduh Najib yang melakukan pembunuhan itu. Yang dia mahu siasatan secara menyeluruh siapa yang memberi arahan dan motif pembunuhan itu. Kata Sirul dia diarahkan. Siapa yang arahkan?
Tambah pelik dalam kes ini pendakwa raya dan mahkamah tidak ambil kisah tentang motif. Kata mereka motif tidak perlu dalam kes ini. Sepanjang yang saya tahu motif adalah elemen penting dalam perbicaraan jenayah terutama pembunuhan.Apakah motifnya? Adakah soal komisin kapal selam? Soal percintaan antara Razak dan si mati?
Rakyat mahu tahu motif kes ini sehingga terjadinya kes bunuh dan meletupkan mayat dengan kaedah mengebom menggunakan bom yang kuat ledakannya.
No comments:
Post a Comment