Jelas dan nyata sekali pihak polis terutama IGP melaksanakan pendakwaan terpilih atau pilih kasih. Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah penyokong kuat Umno walaupun pemikirannya mirip parti pembangkang mecerakinkan lagi isu ini. Saifuddin menyatakan pihak polis mengamalkan pilih kasih dalam isu 'gereja' ini.
Sementara itu Datuk Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, menteri yang menjaga pasukan polis mempertahankan dakwaannya ada unsur menghasut dalam isu ini. Manakala IGP tegas menyatakan tidak ada unsur menghasut kerana tidak ada sesiapa yang cedera dalam tujuk perasaan itu. Kalau begitu andaiannya, banyak lagi kes tunjuk perasaan yang pesertanya ditangkap dan ditahan di dalam lokap kononnya kerana mengadakan perhimpunan haram, walaupun tiada sesiapa yang cedera. Zunar kartonis yang melukis yang melahirkan persaaannya melalui lukisan pun ditangkap dan dikenakan 9 pertuduhan, pada hal lukisan-lukisannya tidak pun mempengahruhi khalayak untuk membenci sesiapa.
Apa dah jadi dengan negara kita ini? Dakwaan pembangkang menyatakan pihak polis mempertahankan kuasa dan parti Umno jelas terbukti sekarang. Polis hanya mengambil tindakan segera apabila pihak pembangkang melakukan kesalahan. Sedangkan apabila pihak Umno membuat kesalahan, tiada apa-apa tindakan. Lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan abang sendiri yang menjadi dalang tunjuk perasaan itu. Jelas ada pilih kasih di sini.
Saya kira sudah sampai masanya IGP meletak jawatan secara terhormat, jangan sampai dipecat atau dipaksa oleh rakyat. Kita mahukan polis bertindak adil, bukan menyebelahi sesiapa, waimah ianya bersangkut dengan saudara kita sendiri. Berundurlah IGP! Undur secara hormat!
No comments:
Post a Comment