Dr. Mahathir merungut kononnya penyokong-penyokng Najib dibawa beramai-ramai bagi menyatakan kesetiaan terhadap Najib. Ini bagi membuktikan bahawa Najib masih lagi mendapat sokongan daripada pemimpin dan ahli-ahlinya. Kata Dr. Mahathir lagi mereka yang tidak menyokong Najib diugut.
Tak menghairankan, memang itu budaya Umno dan kepimpinannya. Setiap majlis yang dihadiri oleh PM atau TPM, penganjur akan membawa orang ramai berduyun-duyun datang ke majlis itu. Berpuluh-puluh bas disewa bagi membawa orang kampung dan penduduk setempat. Ada kalanya diberikan wang poket pula. Kata pihak penganjur pihak kepimpinan tidak suka kalau audiennya tidak ramai. Kehadiran mereka seolah-olah dipaksa, bukan kerelaan sendiri.
Pada zaman Dr. M jadi PM dulu, ini juga yang terjadi. Kepimpinan Umno memang suka dipuja puji, malah dijulang sudah menjadi lumrah. Jadi apabila Pemuda Umno menjulang Najib, yang merah padam mukanya, tidak menghairankan kerana ianya memang budaya Umno.
Kekesalan Dr. M ibarat kata dulang batu serpih, kata orang, awak yang lebih.
No comments:
Post a Comment