Berita tentang sekumpulan seramai 50 orang penyokong Umno membuat demostrasi di hadapan sebuah gerjea di Kampung Medan, Jalam Kelang Lama, K.Lumpur amat mengaibkan umat Islam. Lebih memeranjatkan lagi demonstrasi itu diketuai oleh abang Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar serta bekas calon Umno di kawasan itu.
Tidak ada alasan kukuh yang mewajarkan mereka menunjuk perasaan di situ. Menurut media mereka menuntut supaya lambang salib di dinding gereja itu diturunkan, kononnya takut mempengaruhi umat Islam/Melayu di situ, yang majoriti mendiami kawasan itu. Khabarnya, pihak gereja menurunkan salib itu supaya tidak menimbulkan kekecohan lagi.
Berita ini cepat tersebar di internet. Ramai yang tidak setuju kerja bodoh penyokong Umno itu. Takkan lah dengan lambang salib itu umat Islam akan terpesong akidah mereka? Ini menunjukkan seolah-olah umat Melayu/Islam tidak toleren terhadap agama lain. Biarkanlah mereka dengan agama mereka, dan kita dengan agama kita. Alasan untuk berdemostrasi itu sangat dangkal.
Ada yang meminta supaya mereka disiasat mengikut Akta Hasutan. Kata ketua mereka, mereka tidak melanggar Akta Hasutan kerana tiada yang mati atau cedera dalam kejadian itu. Apakah siasatan hanya dilakukan setelah terjadi kematian dan kecederaan? Atau apakah kerana demostrasi itu diketuai oleh abang Ketua Polis Negara, maka tidak perlu diadakan siasatan? Apa adakah pendakwaan terpilih dalam kes ini?
Saya fikir ada asas untuk siasatan di bawah Akta Hasutan. Siasat siapa yang menghasut peserta demostrasi supaya membuat tunjuk perasaan. Jangan apabila penyokong Pakatan melakukan demostrasi, tak sampai 24 jam polis sudah menunggu di rumah untuk mengadakan tangkapan. Kes Nurul Izzah jelas membuktikan dakwaan ini. Kita mahu lihat Ketua Polis Negara mengarahkan anggotanya menjalankan siastan pada kadar segera. Kita tunggu arahannya dalam fb nya.
No comments:
Post a Comment