Saturday, 11 April 2015

Apa Hal Degan Wakil Rakyat PR?

RUU Pencegahan Keganasan (POTA) telah diluluskan oleh Parlimen pada jam 2.30 pagi. Khabarnya pengundian telah dibuat beberapa kali dan akhirnya ianya diluluskan dengan undi 70 bersetuju dan 60 tidak bersetuju. Tentu sekali yang tidak bersetuju itu terdiri daripada ramai wakil rakyat PR.

Mengikut laporan Malaysiakini, kelulusan itu kerana ramai wakil rakyat PR ponteng pada hari pengundian itu. Wakil Pas paling ramai sebanyak 10 orang dan DAP 4 orang (Mengikut Sheet 1). Tidak tertulis pula nama-nama wakil PKR dalam senarai itu. Boleh dianggap mereka hadir sepenuhnya.

Antara yang tidak hadir ialah 'big guns' dalam parti. Tersenarai nama Hj. Hadi Awang, Presiden Pas, Lim Guan Eng, setiausaha DAP dan bapanya Lim Kit Siang, penasihat DAP. Yang lain-lain Dato' Mahfus Omar, Nasaruddin Hassan, Takyudin, Idris Ahmad dan lain-lain. Apa dah jadi dengan mereka? Merekalah yang beriya-iya menentang RUU itu yang dikatakan zalim, tetapi mereka bersikap sambil lewa sahaja isu ini dalam parlimen.

Sudah menjadi lumrah, inilah taktik BN meluluskan RUU yang kontravesi, iaitu meneruskan sidang parlimen sehingga dinihari. Saya percaya PR tahu taktik ini, akan tetapi mereka tidak menganggap isu ini serius. Rakyat mahukan mereka, bukan sahaja berbahas dalam parlimen, tetapi mahukan mereka mengundi dalam sesi pengundian. Perdebatan berapi-api sahaja tidak memberi kesan apa-apa sekiranya pengundian kalah. Lainlah kalau semua hadir dan masih kalah, itu cerita lain.

Kalau inilah sikap wakil rakyat PR,  pengundi yang menyokong mereka akan berfikir sekali lagi, apakah wajar mengundi mereka dalam PRU akan datang? Amat memalukan sekali. Rakyat mengharap PR lebik baik daripada BN, akan tetapi mereka pula mengikuti fiil BN. Sungguh menyedihkan.

Akan tetapi apa halnya parlimen bersidang hingga ke pagi? Ini adalah helah Speaker supaya memastikan wakil rakyat PR tidak hadir. Jangan harapkan Speaker akan menyebelahi PR. Speaker tetap sokong BN, dia tidak akan bersikap berkecuali. Memangpun YB-YB PR  tidak sanggup hadir sehingga ke pagi. Ini bermakna mereka tidak rela berkorban demi rakyat. Ini disahkan oleh wakil DAP yang mengatakan, 'kerbau pun sempat mandi.' Kalau tak sanggup berkorban, jangan jadi wakil rakyat! Wakil rakyat bukan kerjanya mengikut 'office-hours.' Mentelah pula sudah menerima kenaikan gaji yang agak lumayan. Jangan tidur YB!

Kalau RUU ini digazetkan, maka ianya akan jadi undang-undang. Khabarnya BN mahu mempercepatkan Dewan Negara meluluskannya supaya ianya boleh dikuatkuasakan. Ini terbukti apabila parlimen bersidang hingga pagi. Kerajaan masih mengatakan rakyat masih diberikan kebebasan. Mereka boleh bersuara dan mengkritik. Kalau ianya sudah digezetkan, maka rakyat akat terbelenggu dengan kebebasan yang ditakrifkan oleh BN. Ianya ibarat melepaskan burung dari sangkar tetapi sayapnya dipotong. Masyallah!

No comments: