Apa dah jadi, sudah terjadi? Akhirnya TH mengumumkan akan menjual sekeping tanah di Tun Razak Exchange yang dibelinya daripada 1MDB. Pengerusi TH kata, atas nasihat PM, bukan arahan, maka TH mengambil keputusan akan menjualkan tanah itu kepada pihak ketiga dengan keuntungan RM 5 juta. Umum sedar nasihat PM secara tidak langsung adalah arahan.
Apapun penjualan tanah itu oleh TH kepada pihak ketiga tidak boleh menyembunyikan hakikat bahawa TH sudahpun melakukan 'Bail-out' terhadap 1MDB. Pembelian TH daripada 1MDB adalah 'bail-out' walaupun tanah itu akan dijual semula kepada pihak ketiga. Penjualan itu sebenarnya adalah permainan silap mata oleh TH bagi mengabui mata rakyat.
Pegawai-pegawai tinggi TH semacam tidak ada maruah apabila enggan meletakkan jawatan mereka atas desakan rakyau. Ingatlah, TH bukan hak kalian. Ianya hak pendeposit yang ramai bilangannya. Mereka semacam tidak ada maruah terhadap skandal ini. Masih mahu kekal di situ, walaupun sudah melakukan kesilapan yang nyata.
Demikianlah permainan silap mata TH bagi mengabui mata rakyat. Sampai bila silap mata ini akan berlangsung? Kita tunggu sama ada TH akan umumkan harga penjualan tanah itu daripada pihak ketiga. Rakyat mahu tahu betapa keuntungan hasil penjualan tanah itu.
Sunday, 10 May 2015
Saturday, 9 May 2015
Tabung Haji dan 1MDB
Apa dah jadi dengan Tabung Haji (TH)? TH jangan sesuka hati melaburkan duit pendeposit iaitu bakal calon-calon haji yang menyimpan di dalamnya. Duit pak ngah, petani di ulu Kelantan, mak som ibu tunggal di Pontian, pak long di Kedah yang berjimat cermat mengumpul wang di TH, sekarang dalam kebimbangan duit mereka akan digunakan untuk menyelamat syarikat 1MDB yang semakin tenat menanggung berbilion ringgit hutang.
Khabarnya pegawai-pegawai eksekutif TH juga menjadi ahli lembaga pengarah 1MDB. Ini sudah menjadi 'conflic of interest.' Kalau demikian, sudah berlaku salah guna kuasa pihak berkepentingan dalam kedua-dua organasasi itu. SPRM atau Polis mesti lakukan siasatan segera. Nampaknya ada unsur-unsur kepetingan politik dalam isu ini. Pengerusi TH seorang ahli politik Umno. Pastinya dia akan patuh atas segala arahan daripada bos politiknya. Nampak gayanya dalam hal ini kebarangkalian perkara ini berlaku tidak boleh diremehkan. Apakah Najib yang mengarahkan pengerusi TH membeli sekeping tanah seluas satu ekar setengah dengan harga yang sama nilainya tanah seluas 70 ekar di Tun Razak Exchange yang dimiliki oleh 1MDB? Jelas sekali ini skandal 'bail out', kata Dr. M.
Pengerusi TH cuba menyembunyikan skandal ini pada mulanya. Akan tetapi apabila semakin banyak rahsia terbongkar, dia tidak dapat menyembunyikan bangkai gajah dengan sehelai daun pisang. Najib nampaknya gemar meletakkan orang-orang kuat politiknya menjadi Pengerusi dalam syarikat GLC dan yang bersangkutan dengannya. Saya tidak setuju orang politik menjadi pemimpin dalam organasasi-orgnasasi seperti ini. Akan berlaku sentimen politik dan terhindar nanti unsur profesionilisme dalam organasasi ini. Banyak buruknya apabila orang politik menjadi pemimpin dalam organasasi-organasasi seperti ini.
TH ditubuhkan atas insiatiaf dan idea Ungku Aziz. Beliau berhasrat mengukuhkan ekonomi orang Melayu/Islam melalui pengumpulan wang di dalam TH. Ungku Aziz mahu konsep asal penubuhan TH dikekalkan. Jangan cuba nak alihkan kepada bidang komersial pula. Nak cari untung sahaja. Natijahnya, yang akan lebih menguntungkan ialah pegawai-pegawai tinggi dalam TH sahaja.
Kalau TH tidak mahu kembali kepada konsep asal, saya fikir ada lebih molek pendeposit mengeluarkan beranai-ramai wang simpanan mereka dalam TH. Baru padan muka.

Subscribe to:
Posts (Atom)