Sunday 10 May 2015

TH main silap mata

Apa dah jadi, sudah terjadi? Akhirnya TH mengumumkan akan menjual sekeping tanah di Tun Razak Exchange yang dibelinya daripada 1MDB. Pengerusi TH kata, atas nasihat PM, bukan arahan, maka TH mengambil keputusan akan menjualkan tanah itu kepada pihak ketiga dengan keuntungan RM 5 juta. Umum sedar nasihat PM secara tidak langsung adalah arahan.

Apapun penjualan tanah itu oleh TH kepada pihak ketiga tidak boleh menyembunyikan hakikat bahawa TH sudahpun melakukan 'Bail-out' terhadap  1MDB. Pembelian TH daripada 1MDB adalah 'bail-out' walaupun tanah itu akan dijual semula kepada pihak ketiga. Penjualan itu sebenarnya adalah permainan silap mata oleh TH bagi mengabui mata rakyat.

Pegawai-pegawai tinggi TH semacam tidak ada maruah apabila enggan meletakkan jawatan mereka atas desakan rakyau. Ingatlah, TH bukan hak kalian. Ianya hak pendeposit yang ramai bilangannya. Mereka semacam tidak ada maruah terhadap skandal ini. Masih mahu kekal di situ, walaupun sudah melakukan kesilapan yang nyata.

Demikianlah permainan silap mata TH bagi mengabui mata rakyat. Sampai bila silap mata ini akan berlangsung? Kita tunggu sama ada TH akan umumkan harga penjualan tanah itu daripada pihak ketiga. Rakyat mahu tahu betapa keuntungan hasil penjualan tanah itu.

No comments: