Thursday 30 December 2010

Siapa Menteri jadi perogol?

Esok 31 Disember 2010 merupakan hari terakhir bagi tahun Masehi 2010. Esok juga PM telah isytiarkan cuti umum di seluruh negara kerana Malaysia telah memenangi Piala Suzuki mengalahkan Indonesia di stadium Garuda, Jakarta. Tahniah kepada pasukan Malaysia. Indonesia mesti terima kekalahan ini sebagai 'gentleman' kerana adat bemain, ada kalah, ada menang.

Aku nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada pengunjung blog ini dan kekawan yang sama-sama berjuang dalam pelbagai lapangan.

Berita yang paling sensasi dan panas menjelang penghujung tahun ialah pembongkaran oleh Wikileakis yang melaporkan ada berlaku kejadian rogol oleh seorang Menteri Kanan Kabinet Malaysia terhadap pembantu rumah Indonesia pada 2007. Menurut blog-blog yang aku baca, wanita Inonesia itu yang berasal di Jawa Tengah mengakui kejadian itu pernah dilaporkan kepada Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika dan juga kepada mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi. Akan tetapi kes itu ditutup rapat sehinggalah baru-baru ini ianya tiris.

Wah! ini soal berat ni! Menteri pula yang melakukan jenayah. Apakah kalau menteri yang melakukan jenayah atau kesalahan, mereka tidak boleh didakwa? Mereka mengatasi undang-undang ke? Undang-undang dirangka untuk siapa? Untuk kita yang tidak berkuasa, bukan untuk mereka yang berkuasa! Itulah nampaknya apa yang berlaku dalam kalangan elit yang berkuasa, termasuk para menteri dan taiko mereka PM! Amat memalukan sekali. Oh! Malaysia negaraku!

Hah! beginilah yang berlaku dulu, sekarang dan selamanya di kalangan elit-elit yang berkuasa. Dulu pernah kita dengar seorang menteri ditangkap khalwat dengan seorang penyanyi terkenal. Seorang lagi menteri didakwa menceroboh marwah seorang wanita. Kisah rasuah, penyalahgunaan kuasa, malah sehingga ada didakwa terlibat dalam kes bunuh. Dan banyak lagi kes- kes tidak bermoral berlaku di kalangan golongan elit yang berkuasa ini.

Apa nak jadi dengan mereka ni? Masihkah kita mahu menyokong penyagak-penyagak ini memimpin negara? Kalau kepala dah busuk, tentu sekali yang lain ikut busuk sama. Perumpamaan Cina ada mengatakan, 'Ikan yang busuk bermula dari kelapanya.' Perumpamaan Melayu pula berbunyi, 'keroh air di hulu, tak kan jernih air di kuala.'

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia yang bijaksana. Lakukan tarnsformasi segera. Jangan ditunggu lama-lama lagi. PRU 13 nanti, buktikan tranformasi dan reformasi berlaku serentak. Tukar! Jangan tak tukar! Kereta dah terlalu tua, dah 53 tahun. Enginnya dah semput. Catnya dah pudar. Bereknya sudah tak berfungsi dengan baik. Kelajuannya sudah menurun. Rosak selalu. Tak payah simpan lagilah kereta ini. Humbankan saja dalam sungai Kelang.

Aku tak tahu adakah kes ini dipanjangkan untuk disiasat oleh polis atau sesiapa yang berkuasa membuat siasatan. Jangan tunggu arahan, tak mungkin arahan akan diterima daripada pihak atasan, kerana mereka yang terpalit dengan najis ini.

Wallahuallam bisawab! Anda fikir-fikirkan dan jawab!

No comments: