Friday, 26 August 2011

Novel 'Cinta AF' dalam pasaran

Salah sebuah novel terbaru Razali Endun sudah berada di pasaran.





Salah sebuah novel terbaru saya berjudul 'Cinta AF' sudah berada di pasaran. Novel ini terbitan 2011 dan diterbitkan oleh Penerbitan Fikir Enterprise. Harga sebuah RM 18.50 (SM) dan RM 20.00 (S/S). Tambah RM 2.00 bagi pesanan melalui pos. Pesanan boleh dibuat melalui e mel razaliendun@gmail.com atau SMS di talian 019-6658064.


Novel ini meskipun diberi tajuk 'cinta,' namun saya tidak terjumpa ada kisah cinta per se di dalamnya, demikian komen Prof Dr. Irwan Abu Bakar ketika mengulas novel ini. Katanya lagi, kandungannya banyak berunsur dakwah dan sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat terutama golongan remaja.


Untuk pengetahuan pembaca di bawah ini diperturunkan sinopsis novel ini seperti tercatit di belakang novel berkenaan:-


" Dunia hiburan menjadi kegilaan anak-anak muda. Ramai yang bercita-cita mahu menjadi penyanyi, pelakon atau selebriti. Kerjaya ini dianggap sesuatu yang menjanjikan kemewahan, kepopularitian dan glamor.


Cita-cita ini juga menjadi impian Lokman dan Alif, dua orang remaja di sebuah perkampungan Felda untuk mencuba nasibnya di dalam sebuah program realiti yang penuh fantasi, anjuran sebuah stesen tv. Flasfahnya, 'biar gagal dalam usaha, jangan takut mencuba,' menjadi dorongan kuat baginya menyertai AF sebagai pentas mencungkil bakatnya.


Manakala ustaz Munir mahukan supaya Lokman menyelam sambil minum air. Beliau tidak menghalang Lokman memenuhi cita-citanya dalam bidang nyanyian, tetapi disamping itu mahu Lokman berdakwah kepada peserta-peserta AF yang dianggapnya sudah terpesong daripada adab sopan.


Ketika di AF, Lokman berasa suasana yang sangat berlainan daripada suasana persekitaran di kampungnya. Sebagai anak di perkampungan Felda yang berpendidikan agama, pengalaman barunya di AF menjadi kejutan budaya pada dirinya. Dia bukan berhadapan dengan realiti tetapi di kelilingi oleh suasana fantasi dan ilusi.


Setelah berjaya dalam AF, Lokman semakin terbelenggu dalam dunia hiburan yang mencabar kerja-kerja fardhu 'ain dan dakwahnya. Dia di kelilingi oleh gadis-gadis cantik, menjadi pujaan dan idola para remaja sehingga menimbulkan kecurigaan tunangnya yang berada di kampung.


Lokman menghadapi konflik besar dalam dirinya, bergelojak dan tidak tenteram, walaupun di kelilingi kemewahan, kepopularitian serta glamor. Lokman berada di persimpangan. Apa sebenarnya yang dicari oleh Lokman???"




Wednesday, 24 August 2011

Ralat

Sedikit kesilapan tarikh dalam artikel saya berkaitan Azizi. Tarikh sebenarnya 21 Ogos 2011 bukan 12 Ogos seperti tertulis. Maaf atas kesilapan, maklum saja manusia tidak sunyai daripada kesilapan.

Pemergian Azizi Kehilang Besar Bagi Dunia Kesusasteraan Negara

Pada awal pagi Ahad lalu 12 Ogos 2011 sedang saya menekuni novel 'Bumi Manusia,' karya Pramoedya Ananta Toer, di rumah di Melaka, saya menerima sms daripada Dinsman memaklumkan bahawa sahabat kami Azizi Hj. Abdullah baru meninggal dunia jam 7.50 pagi itu. Saya amat sedih menerima makluman itu kerana tidak menyangka beliau akan pergi secepat itu. Beliau sebaya dengan saya, cuma saya tua sekitar sebulan. Terasa pula bagaikan itu satu amaran pada saya bahawa giliran saya akan sampai tidak lama lagi.

Saya berkesempatan melawat beliau di hospital Pulau Pinang beberapa hari sebelum dibuat pembedahan jantung. Ketika itu beliau amat ceria dan cergas. Selepas itu saya tidak berkesempatan melawatnya kerana mendengar beliau dalam ICU selepas di operation. Keadaan kesihatannya saya dapat lewat Kassim melalui anaknya yang menghantar berita.

Saya lantas beritahu isteri untuk pergi ke Kulim melawat jenazahnya kali terakhir. Saya berlepas dari Melaka jam 11.45 pagi dan sampai di rumah beliau di Kulim sekitar jam 5 petang. Hanya berhenti solat di Tapah. Saya rasa hebat hari itu kerana tidak berasa mengantuk dan badan sihat. Jarang saya berhenti rehat satu tempat saja dalam perjalanan segeitu jauh. Tapi malam itu saya tidak pulang, sebaliknya bermalam di Butterworth kerana takut mengantuk dan keletihan.

Sesampai di rumah beliau, jenazah sudah dikebumikan selepas waktu zohor. berkesempatan bertemu isteri dan anak-anak beliau berserta sdra Anuar Asmadi. Dinsman, Kassim dan Nordin sudah pulang. Dengar kekawan dari Kedah ramai yang datang ziarah. SN Shahnon Ahmad juga datang. Alahamdulillah!

Segera saya teringat akan kelucuan dan jenakanya, ketika beliau masih hidup. Beliau memang suka berjenaka dan pada kawan-kawan rapatnya beliau memang suka berjenaka dengan macam-macam cerita yang dibawanya.

Saya memang minat membaca karya-karya Azizi. Novel, cerpennya memang bagus dan mempunyai nilai sastera yang tinggi. Beliau mengkritik masyarakat lewat karya-karya sasteranya. Banyak novel telah ditulisnya. Peminat sastera tentu tidak akan lupa novelnya, 'Seorang tua di kaki bukit,' yang pernah menjadi teks sastera di sekolah-sekolah. Novel terbarunya yang memenangi hadiah Mastera ialah, 'Sangeeta.' Saya pernah ulas novel ini dalam Mingguan Malaysia.

Sayangnya Azizi telah tidak sempat dinobatkan sebagai Sasterawan Negara, yang ramai sasterawan meyakini beliau layak dinobatkan gelaran itu. Dalam artikel saya dalam akhbar Siasah beberapa bulan lalu, saya telah membayangkan bahawa sekiranya anugerah SN ke 11 tidak jatuh padanya, maka beliau akan kepunan untuk mendapat anugerah itu. Dengan erti kata lain, kalau anugerah ke-11 SN terlepas, bermakna beliau tidak akan bermimpi menerima gelaran itu sebelum beliau mati. Secara kebetulan, andaian saya bagaikan menjadi kenyataan. SN ke-11 dinobatkan kepada Dr. Mohamad Kamal Abdullah atau Kemala.

Azizi banyak berjasa dalam jagat kesusasteraan tanah air. Banyak karya-karyanya seperti novel, cerpen, skrip drama radio/tv, rencana dsb. Walaupun beliau menerima banyak hadiah dan anugerah sastera termasuk SEA Write Awards, namun sepatutnya beliau telahpun dinobatkan sebagai Sasterawan Negara. Cerpen dan novel-novel beliau mengatasi beberapa orang SN yang lain. Mutu sastera dalam karya-karyanya tidak kurang hebat dengan beberapa SN yang lain. Mungkin beliau kekurangan dalam tulisan berbentuk kajian sastera yang berbentuk akademik, yang menjadikan pertimbangan jawatankuasa pinilai untuk tidak memilih beliau sebagai SN. Atau kerana beliau penyokong kuat parti pembangkang, yang menjadikan jawatankuasan penilai menerima tekanan untuk menobatkan beliau? Walahuallam!

Apapun kita berharap keluarganya menerima dugaan ini dengan sabar dan tabah dan marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah mencucuri Rahmat terhadap Rohnya dan ditempatkan di dalam para syuadak di dalam Jannah. Amin!

Wednesday, 10 August 2011

Isu Serbuan Jais Terhadap Gereja

Aku tertarik nak buat sedikit komen tentang serbuan Jais dan Polis terhadap sebuah gereja di Damansara. Isu ini menjadi besar. Ianya dibesar-besarkan oleh orang politik yang ada kepentingan politik. Bak kata Dinsman, apa sahaja akan dipolitikkan oleh orang politik untuk kepentingan mereka. Justeru itu kita tidak harus ditentukan oleh orang-orang politik semata-mata.

Dalam hal ini aku kurang setuju dengan tindakan MB Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, yang dalam nada 'apologetiknya' terus menelefon Paderi gereja itu seolah-olah memohon maaf atas tindakan Jais itu. Ini satu perbuatan yang kurang bijak. Pertama sebagai Ketua Kerajaan Negeri, beliau seharusnya mempertahankan tindakan agensi-agensi di bawah pentadbirannya. Lagipun kes itu masih dalam siasatan Jais dan beliau belum dimaklumkan tentang peristiwa itu. Seharusnya beliau menunggu, atau paling tidak memanggil Ketua Pengarah Jais untuk mendapatkan maklumat. Kalaupun kedapatan ada pelanggaran undang-undang oleh Jais atau berlaku kesilapan, beliau seharusnya cuba memberikan alasan yang lebih lunak supaya tidak menjentuh perasaan kakitangan Jais mahupun penganut kristian. Janganlah kerana nakkan undi orang bukan Islam kita harus benamkan tindakan-tindakan yang berlawanan dengan Islam yang dilakukan oleh orang yang bukan Islam.

Pendirian YB Datuk Dr. Hassan Ali mempertahankan tindakan Jais, aku kira tentu dia punya alasan yang munasabah mempertahankan pendiriannya. Pertama beliau ialah exco yang dipertanggungjawabkan hal-hal agama Islam. Kedua mungkin Jais sudah memaklumkan kepada beliau tindakan yang akan diambil. Ketiga, mungkin serbuan Jais mendapat restu beliau sesudah mendapat aduan dan mempertimbangkan implikasinya kelak.

Beberapa bulan lalu isu pengharaman jualan arak di kedai-kedai runcit heboh diperkatakan di Selangor. Beliau salah seorang yang mahu mengharamkan penjualan itu, akan tetapi dibantah oleh exco-exco DAP malah oleh ahli parlimen Pas juga. Beliau hanya mahu penjualan arak diharamkan di kedai-kedai di mana majoriti penduduk Melayu/Islam. Cuba bayangkan di kedai-kedai 7 eleven, bukan saja penjualan arak berleluasa, tetapi kondom juga dijual secara terbuka!
Kekadang, demi undi hal-hal seperti ini kita tidak ambil peduli!

Kebiasaannya apabila isu seperti ini berlaku, maka ramailah juak-juak yang mahu jadi hero kononnya mahu mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka ini ramai datang daripada kalangan gerombolan Umno dan Ngo-Ngo yang menyokongnya. Kenyataan YB Sallehuddin Ayob berkaitan beberapa usahanya untuk mengemukakan usul berkaitan dengan isu murtad dalam parlimen, bukan saja tidak diendahkan oleh MP-MP Umno, malah menolaknya. (lihat laporan harakahdaily). Pas juga gigih mengemukakan usul yang sama apabila kehangatan isu murtad berlaku beberapa ketika dulu. Tetapi sekarang mereka ini yang dulunya menentang usul tersebut, mereka pula mahu jadi jaguh dan hero memperjuangkan tentang Islam. Betul-betul mereka ini hipokrit. Apakah kita harus percaya orang seperti ini?

Aku setuju bangat dengan tindakan Pas mahu mendapatkan penjelasan daripada Jais dan Gereja sebelum menentukan pendirian. Pas sudah berjumpa dengan Datuk Dr. Hassan Ali, mungkin penjelasan beliau tidak memadai atau tidak memuaskan untuk dibuat kesimpulan. Menemui mereka yang terbabit untuk mendapat penjelasan lanjut seperti ini adalah sesuatu yang amat bijaksana kerana ianya lebih mementingkan fakta daripada emosi. Syabas Pas. Diharapkan pertemuan dengan Jais pada 15 dan gereja pada 16 Ogos ini akan menimbulkan hasil yang posotif, bukan saja untuk dibuat kesimpulan atau pendirian Pas, akan tetapi dapat membantu mereda dan menyelesaikan isu yang sangat sensitif ini. Selamat bertemu!

Tuesday, 2 August 2011

Ralat

Luahan rasa para pekerja Dawama dilakar di atas sepanduk

YB Azmin Ali, DUN Hulu Kelang menerima salinan Memorandum daripada wakil pekerja
Dawama. Tiga Memorandum telah diserahkan kepada TPM YB Muhyiddin Yassin, tetapi satu pun tidak mendapat perhatian.


Ada sedikit kesilapan dalam artikel saya bertajuk, 'Ramadan yang suram bagi pekerja Dawama.' Nama YB Wakil Rakyat Ampang sebenarnya ialah, Zuraidah Kamaruddin, bukan Fauziah Salleh seperti yang tercatit. Saya mohon maaf atas kesilapan ini.


Pagi tadi YB Azmin Ali, YB Abdullah Sani dan YB Zuraidah Kamaruddin ada di hadapan premis Dawama bersama-sama dengan kakitangan Dawama yang berkumpul di situ. YB Abdullah Sani menasihatkan para pekerja itu supaya segera mengambil tindakan segera. Sebagai tindakan segera YB Abdullah Sani telah mengajak ketua kesatuan sekerja di situ, En Zainal Awit dan beberapa orang lagi wakil pekerja ke Putrajaya untuk berjumpa dengan Ketua Pengarah Kementerian Sumber Manusia.


YB Azmin bersimpati dengan situasi sedih yang dihadapi oleh para pekerja. Beliau akan berusaha menyelesaikannya dan berharap agar kes itu segera mendapat perhatian dan tindakan TPM yang juga menteri pelajaran. Adalah diluar rasa perikemanusiaan perkara itu berlaku pada bulan Ramadan ini. Lagipun, menurut aduan pekerja notis yang diberikan oleh majikan terlalu singkat dan pekerja diberitahu secara mengejut.


Demikianlah sedikit berita yang kurang enak yang dipaparkan di sini untuk maklumat anda sekalian.


Ramadan yang suram bagi kakitangan Dawama

Wakil Rakyat Ampang, Fauziah Salleh sedang melihat surat yang diterima oleh pekerja Dawama membenarkan cuti tanpa gaji. Di sebelahnya (berketayap dan berkemeja putih) ialah En. Zainal Awit, Ketua Kesatuan Sekerja Dawama Sdn. Bhd.

Sebahagian perkerja Dawama berdemonstrasi di hadapan premis Dawama setelah tidak dibenarkan masuk.


Pagi Isnin, 1 Ogos aku ke Dawama di Hulu Kelang dengan hasrat mahu membeli buku-buku aku yang diterbitkan oleh DBP dengan harga potongan yang paling tinggi. Aku sempat membeli 50 naskah novel terbaru aku berjudul, 'Gelora Belantara' dengan potongan 50% pada hari Khamis 28 Julai. Jumaat aku tak ada masa nak pergi beli kerana ada urusan di DBP. Memang bercadang pada Isnin.


Malangnya pada pagi Isnin 1 Ogos bersamaan 1 Ramadan, ketika sampai di Dawama aku melihat pintu get permis itu dikunci dan ramai pekerjanya berhimpun di hadapan permis itu. Beberapa kereta peronda polis turut berada di situ. Baru aku tahu mereka (kakitangan) Dawama tidak dibenarkan masuk berkerja pada hari itu (lock-out).


Rupa-rupanya mereka telah menerima surat daripada majikan mereka pada hari Jumaat 29 Julai sebelum tamat waktu berkerja memberi mereka bercuti tanpa gaji, tanpa memberi tahu berapa hari cuti tanpa gaji itu diberikan. Ramai yang kesal dan bersedih dengan situasi begitu, lebih-lebih lagi ketika mahu menyumbat Ramadan dan Hari Raya.


Kisah Dawama ini memang dah lama didengar. Keluhan para pengarang, penulis dan sasterawan terhadap sikap Dawama yang tidak serius mengedarkan buku-buku terbitan DBP menyebabkan nama baik DBP terjejas, disamping menanggung kerugian setiap tahun. Dawama adalah salah satu projek zaman Mahathir yang berkonsepkan pensawastaan, dan nyata dan jelas sekali konsep ini adalah gagal, walaupun ada segelintir yang berjaya. Akibatnya bukan sahaja nama DBP terjejas, tetapi perkembangan bahasa dan sastera Melayu turut terbantut.


Aku pun hairan bagaimana perjanjian antara DBP dengan Dawama tidak boleh dibatalkan? Tidak adakah klausa pembatalan sekiranya salah satu pihak ingkar? Perjanjian ini pun semacam rahsia dan sepanjang pengetahuan aku tak pernah didedahkan kepada umum. Adakah perjanjian ini juga disenaraikan sebagai 'Rahsia' dan di bawah Akta Rahsia Kerajaan? Pelik dan hairan? Perjanjian pun nak di rahsiakan. Inilah sikap gerombolan yang mahu merahsiakan semua hal menyebabkan orang ramai menaruh syak wasangka terhadap tindakan mereka.


Alasan yang diberikan oleh Dawama dalam suratnya kepada kakitangannya ialah DBP ingkar perjanjian menyebabkan mereka sudah tidak ada kemampuan lagi untuk beroperasi. Aku pun hairan, perbalahan antara Dawama dengan DBP apa kena mengena dengan pekerja? Sepatutnya kedua belah pihak berunding dan mencari penyelesaian sebaik mungkin. Bukan bermusuhan dan menyebabkan para pekerja menjadi mangsa.


Pihak perkerja melalui Kesatuan sekerjanya dikhabarkan sudah pun menghantar Memorandum kepada TPM, Mahyiuddin Yassin yang juga selaku Menteri Pelajaran. Kata pekerja Dawama dua Memorandum telah disampaikan, tetapi sehingga krisis ini berlaku, tidak atau belum ada apa-apa tindakan lagi daripada TPM. Sebelum itu Gerakan Darurat Bahasa (GDB) yang diketuai oleh cik gu Azmi Hamid telah juga menyampaikan Memorandum meminta supaya TPM mengambil tindakan segera menyelamatkan DBP. Nampaknya Memo itu diperam begitu sahaja?


Mujur Ahli Parlimen Ampang, YB Fauziah Salleh sudi berkunjung untuk menyatakan rasa simpatinya. Dalam pertemuan YB Fauziah dengan para perkerja, beliau memberitahu akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan kemelut itu. Langkah pertama ialah dengan memanggil Sidang Media pada pagi ini (Selesa 2 Ogos) di hadapan premis Dawama di Hulu Kelang, menggariskan permasalahan dan cadangan penyelesaian. Yang paling utama, katanya ialah agar dapat menghubungi pihak majikan untuk berunding penyelesaian itu. Yang penting penyelesaian jangka pendek, iaitu bayaran gaji bagi bulan Julai harus dibayar terlebih dahulu kepada perkerja. Notis pun terlalu pendek dan tidak mengikut peraturan. Kalau tidak berjaya, tindakan susulan lain akan diambil termasuk meminta TPM masuk campur.


Apapun, ramai mempertikaikan bagaimana Dawama boleh mengalami kerugian, sedangkan dia memonopoli pengedaran dan percetakan buku terbitan DBP termasuk mencetak buku-buku teks untuk sekolah-sekolah. Kalau kerugian itu disebabkan kelemahan mereka mengurus, sepatutnya mereka bertanggungjawab. Aku kira DBP sepatutnya mengambil alih semula bahagian-bahagian yang telah diswastakan itu daripada Dawama. Malah, mengikut beritanya, premis di Hulu Kelang itu milik DBP. Ambil sahaja permis itu kembali dan manfaatkan sebaik mungkin.


AKU NAK CADANGKAN, KALAU DBP JADI AMBIL PREMISNYA DI HULU KELANG ITU, KHASKAN SUATU RUANGAN UNTUK KEGIATAN GOLONGAN PENULIS. SUDUT PENULIS DI BANGUNAN LAMA DBP PUN SUDAH LAMA DITIADAKAN, MENYEBABKAN AKTIVITI PENULISAN DAN SASTERA TIDAK ADA TEMPAT UNTUK DILAKSANAKAN. SEMOGA DBP AKAN DAPAT MEMULIHKAN IMEJNYA KEMBALI DAN PERKEMBANGAN BAHASA DAN SASTERA MELAYU AKAN TERUS SUBUR, TIDAK BAGAIKAN HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU!





Monday, 1 August 2011

Pelembang yang permai

Isteri Gabnor Sumsel, Nyonya Alex Noerdin sedang melancarkan Antologi Puisi, 'Akulah Musi.' Kelihatan juga Pak Gabnor (kemeja batik) di sisi isterinya.

Kelihatan SN Mohamad Hj. Salleh (Malaysia), Djamal Tukimin (Singapura), Taufik Ismail (Indonesia) dan Dr. Nik Abdullah (Thailand) pada majlis perasmian PPN V di Palembang.



Penulis (berkemeja-T Kuning) dan isteri turut sama dalam majlis bersejarah itu.


Hari ini 1 Ogos bersamaan dengan 1 Ramadan. Pada kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan, semoga tahun ini kita berjaya menghabiskan 1 bulan berpuasa dengan sempurna. Moga-moga amalan kita di terima oleh Allah SWT.


Seperti yang dijanjikan, saya akan melaporkan secara ringkas trip kami ke Palembang baru-baru ini. Kami ke Palembang bagi menyertai Pertemuan Penyair Nusantara ke-V (PPN V). Ianya berlangsung selama 3 hari mulai pada 16 - 19 Julai lalu. Akan tetapi kami berada di sana sehingga 21 Julai baru pulang ke Malaysia.


PPN V disertai oleh para penyair dan penulis Nusantara, terdiri daripada perwakilan dari Brunei, Thailand, Singapura, Malaysia dan Indonesia sebagai tuan rumah. Manakala wakil dari Sri Langka dan Sweden hadir sebagai pemerhati.


Rombongan dari Malaysia terdiri dua kelompok. Satu di bawah PENA yang membawa kira-kira 40 orang peserta. Satu lagi di bawah E-Sastera. Saya menyertai kelompok E-Sastera yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr Irwan Abu Bakar, pengasas sastera siber. Kelompok kami seramai 27 orang.


Dalam kelompok Pena kelihatan SN Datuk Mohamad Hj. Salleh, Salleh Rahamad, Shamsuddin Othman, Rahimidin Zahari, Khalid Salleh dll. Kelihatan Tan Sri Ismail Hussein daripada Gapena, tetapi beliau pulang awal kerana kurang sihat. Dalam kelompok Singapura kelihatan Djamal Tukimin dll. Brunei kelihatan Zefri Arif dll. Manakala Indonesia diwakili oleh Taufik Ismail, Sutardji Calzoum Bachri dan ramai lagi. Indonesia diwakili teramai perwakilan terdiri seramai 160 orang.


Pada keseluruhannya rombongan kami menerima sambutan hangat daripada tuan rumah. Apa lagi apabila Gabnor Sumatra Selatan (SUMSEL), bapak H. Alex Noerdin sudi merasmikan majlis itu di kediamannya Griya Agung, di Jalan Demang Lebar Daun. Malam pertama kami sampai kami dijamu makan malam di kediaman itu, walaupun Pak Gabnor tidak dapat turut serta pada majlis makan malam, beliau terpaksa beredar setelah majlis perasmian kerana ada acara lain untuk dihadiri.


Malam kedua kami dijamu pula oleh Wali Kota Palembang di hadapan rumahnya dengan makanan Jawa Barat. Dituruti dengan petarungan baca puisi beramai-ramai malam itu. Meskipun kelihatan sempurna, namun ada sedikit kecacatan di sana sini. Misalnya, atur cara panitia sambutan agak bercelaru sedikit kerana tidak begitu teratur dan sempurna. Peserta tidak dibekalkan dengan kertas kerja. Yang lebih memburukkan apabila pembentang tidak membicarakan kertas kerja mereka, sebaliknya berpuisi panjang di atas pentas.


Di Palembang tidak banyak tempat yang menarik kecuali beberapa tempat bersejarah. Yang paling diagung-agungkan oleh penduduk Palembang ialah Jambatan Ampira yang melintasi Sungai Musi yang terkenal itu. Selain itu terdapat Monumen Perjuangan Rakyat di tapak di mana berlaku perang lima hari antara pejuang kemerdekaan Sumatera Selatan dan Belanda. Terdapat juga Benteng Besak di sepanjang pinggir Sg. Musi.


Di Palembang makan yang terkenal ialah 'Pumpet'. Ianya diperbuat daripada cebisan daging ikan dan disalut dengan kanji lalu di goreng. Ia kelihatan macam keropok likur di sini. Di sana Pumpet menjadi makanan popular dan dijual di setiap kedai dan restoran. Ianya dimakan dengan santan atau kicap digaul dengan cabai (cili api). Memang kalau dihidangkan setiap hari tentu sekali kami tidak berselera. Mujur ada beberapa buah kedai makan Minang yang mampu menampung selera kami.


Kami juga berkesempatan ke Bukit Seguntang di mana dipercayai tempat asal bangsa Melayu. Bk Seguntang tidak jauh dari Kota Palembang, kira-kira 20 minit dengan mobil. Kami berharap akan dapat meziarahi makam Wan Embok Wan Malini dan Demang Lebar Daun. Malangnya di atas bukit itu tidak terdapat makam kedua-dua individu ini yang amat terkenal dalam sastera tradisional Melayu. Peliknya, penjaga dan orang ramai di situ tidak tahu siapa Wan Embok Wan Malini dan Demang Lebar Daun. Yang ada di atas bukit itu Makam-Makam Raja Sigentar Alam, Putri Kembang Dadar, Panglima Bagus Kuning, Panglima Bagus Karang, Putri Rambut Seleko, Pengeran Raja Batu Api dan Panglima Tuan Junjungan.


Bukit Seguntang juga tempat lahir lagu-lagu Melayu asli. Dalam tahun 1940 an dan 50 an, Orkes Melayu Bukit Seguntang amat terkenal sekali dengan lagu-lagu Melayu asli. Penyanyi wanitanya yang terkenal, Hasnah Taha telah merakamkan banyak lagu-lagu Melayu asli. Salah satunya yang paling terkenal ialah 'ibarat air di daun keladi, kuda hitam' dan banyak lagi. Penyanyi lelakinya yang terkenal antaranya ialah Suhaimi. Lagu-lagu mereka berkumandang di Radio Malaya ketika itu untuk mengisi kekosongan lagu-lagu Melayu kerana masih belum ramai penyanyi Melayu di Tanah Melayu yang muncul ketika itu, kecuali dari Singapura.


Apapun, aku lihat gadis-gadis Palembang memang ramai yang cantik-cantik. Yang menjadi penyambut tetamu pada majlis PPN ini memang ramai yang cantik-cantik. Kekadang teringin juga nak buka cawangan di Palembang. Tetapi apabila terfikir usia sudah pikun, sudah tidak terdaya lagi jasmani dan rohani, maka keinginan itu ditinggalkan saja di Palembang sebagai kenangan kami pernah berada di tempat lahir Prameswara yang menjadi pelopor kerajaan Melayu Melaka yang terkenal di seluruh buana. Malangnya tidak siapa tahu di mana sebenarnya tempat lahir Prameswara di Palembang. Belum ada lagi sesiapa dari jurusan arkeologi membuat kajian untuk mengesan tempat lahirnya pemuka Melayu yang memashyurkan kesulatanan Melayu di seluruh Nusantara dan benua barat sehingga menjadi rebutan para penjajah barat.


Demikianlah sedikit coretan saya berkenaan Palembang yang terkenal dengan Sungai Musinya. Sungai Musi pernah dijadikan lagu dan dinyanyikan oleh S. Affandi. Pada kesempatan PPN V ini sebuah antologi puisi yang ditulis oleh para penyair Nusantara telah diterbitkan dan dinamakan, 'Akulah Musi.' Antologi ini telah dilancarkan oleh istri Gabnor Sumatra Selatan, Nyonya Alex Noerdin pada majlis perasmian majlis.







Wednesday, 27 July 2011

Padan Muka - 2

Aku baru pulang dari Palembang menghadiri Pertemuan Panyair Nusantara V, tak sempat nak masukkan gambar-gambar di Palembang dalam komputer. Sebaik tiba dari Palembang pada Khamis lalu 21 Julai, aku terus ke Melaka kerana pada 23 Julai ada majlis baca puisi anjuran IPM dengan DBP berlangsung di Kota Fesyen, Air Keroh. Jadi lebih satu minggu aku tak buka komputer untuk melihat e mel dan berita portal.

Tiba-tiba hari ini Malaysiakini melaporkan ramai pengikut blog dan facebook Najib (PM) dihujani dengan ungkapan, 'DIAM LAH.' Ungkapan ini diluahkan kerana Najib sudah macam sasau dan macam orang hilang akal dengan 'statement-statementnya' yang bukan saja kelihatan bodoh, tetapi memang pun bodoh. Yang paling bodohnya, dia cuba memperbodohkan rakyat. Dengar kabar semakin ramai yang masuk ke dalam facebooknya dengan ungkapan itu.

Apa lagi yang boleh aku kata, melainkan PADAN MUKA! Kah!kah!kah!

Saturday, 16 July 2011

Padan Muka

Aku lihat dalam internet, Najib disambut oleh himpunan sokong Bersih 2.0 di London. Semua yang ambil bahagian memakai baju kuning Bersih yang ditakuti oleh Najib. Tambah memalukan lagi ketika Najib menghadap Queen Elizabath 11, Ratu itu memakai gaun berwarna kuning. Ada Menteri British juga memakai tali leher warna kuning.

Najib dan Rosmah buta warna kah? Tak fahamkah dengan simbol itu? Itu menyindir namanya! Walaupun diterima sebagai tetamu, nampaknya penerimaan itu dengan sindiran! Kata cucu aku, padan muka!

Esok Sabtu pertama selepas perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu. Esok hari kuning, ayuh! kita ramai-ramai memakai baju kuning esok. Aku juga akan memakai baju kuning esok, tetapi bukan baju kuning Bersih, kerana baju itu menjadi fobia kepada polis. Aku akan pakai baju kuning yang ada tulisan sambutan 50 tahun kemerdekaan dan juga ada tulisan Gapena.

Baju ini diberi secara percuma oleh Gapena sempena menyambut 50 tahun kemerdekaan negara. Aku pun tidak tahu kenapa Gapena memilih warna kuning waktu itu? Nak kata Gapena sokong Bersih, tak mungkin kerana Gapena tidak ada 'bola' dalam hal-hal seperti ini. Nak kata sokong Pak Samad, jauh panggang dari api, kerana setakat ini tak ada kenyataan pun daripada Gapena sama ada sokong Pak Samad atau tidak. Kalau tak sokong lebih baik berdiam diri sahaja daripada memberi kenyataan kerana yang jelas kenyataan itu nanti akan membodek kerajaan. Inilah yang dikatakan oleh mantan Mufti Perlis, Dr. Asri bahawa fahaman fedual masih pekat dan menebal mempengaruhi orang Melayu.

Entahlah! Apalah yang ada pada Melayu lagi? Melayu sudah hilang didunia, kata Khalid Salleh. Siapa yang hilangkan Melayu dari dunia ini, jelas bukan DAP, bukan Pas, bukan PKR, bukan PRM. Tentu anda tahu siapa? tak lain ialah puak-puak gerombolan!

Bacalah buku Khalid Salleh yang tajuknya. 'Melayu sudah Hilang di Dunia.'

Saturday, 9 July 2011

Himpunan Bersih dan himpunan Pemuda Umno

Himpunan Bersih sudah selesai secara aman petang tadi. seperti dijanjikan oleh penganjurnya bahawa himpunan akan diadakan dengan aman, ianya benar-benar sudah dibuktikan. Tidak ada kekecohan, tidak ada harta dimusnahkan, tidak ada pergaduhan antara kaum. Ini kerana perhimpunan ini ialah perhimpunan pelbagai kaum. Malah etnik dari Sarawak juga dilaporkan turut sama dalam perhimpunan ini. Syabas!

Seperti biasa laporan bodoh dibuat oleh TV 3 yang mengatakan peniaga menanggung kerugian besar kerana terpaksa tutup kedai disebabkan perhimpunan ini. Tapi yang jelas dalam laporan TV 3 itu kelihatan yang suruh mereka tutup kedai ialah polis. Jelas polis memaksa mereka tutup kedai. Kalau kerugian berlaku, maka polislah puncanya.

Lagi satu laporan bodoh TV 3 mengatakan pengusaha bas ekspress juga menanggung kerugian kerana perhimpunan ini. Pengarang Berita TV 3 memang baghal, bagaimana bas-bas itu tak rugi kerana mereka tak dibenarkan masuk ke dalam pusat bandaraya Kuala Lumpur. Bodoh sangatlah depa ni! Kalau dah bodoh, jangan fikir orang ramai juga turut bangang mancam mereka.

Satu lagi yang menarik bahawa mengikut laporan media hanya kira-kira 500 orang pemuda Umno yang datang menyertai perhimpunan mereka. Jumlah ini tak dapat menyaingi jumlah pendemostran Bersih yang ditangkap polis, yang mengikut laporan media melebihi 1,500 orang. Kumpulan Perkasa kangsung tak kelihatan, yang ada seramai 20 orang saja di restoran Titiwanga menyaksikan melalui tv. Kah! kah! kah! ketawa Tukar Tiub dalam blognya.

Apa pun aku kira Bersih telah berjaya menyampaikan maksud dan hasratnya walau pun jumlah yang turut serta tidak seramai yang dijangkakan. Ini kerana polis telah siang-siang menghalang ramai lagi penyokong Bersih memasuki kawasan tunjuk perasaan. Termasuk aku, walau pun kepingin sangat nak turut serta, kerana mengakhiri kenduri kahwin di Kajang, aku tersekat hampir 4 jam dalam kesesakan. Jam 6 petang baru sampai di rumah. Sesal aku tak dapat turut sama.

Aku salahkan polis buat sekatan jalan raya kerana ianya benar-benar menyusahkkan orang ramai. Kalau tidak ada sekatan dan polis berkerjasama menjayakan perhimpunan aman itu, aku berani jamin tidak akan berlaku kesesakan dan kesusuahan kepada orang ramai.

Sekarang rakyat boleh berfikir dan menilai sendiri apakah masih mahu menyokong pemimpin negara yang bersikap kejam dan zalim. Malah Pengerusi Suhakam sendiri, badan yang diwujudkan oleh kerajaan mengatakan bahawa tindakan polis adalah melampaui batasan di negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Salah satu yang berada dalam kategori ini ialah membenarkan rakyat berhimpun secara aman. Malah Pengerusi Suhakam juga memberi komen apabila diminta oleh media, bahawa negara memerlukan pemimpin yang lebih berwibawa dan lebih terbuka, tidak mengongkong fikiran rakyat.

Nah! fikir-fikirkanlah.

9 Julai 2011 - Hari Bersejarah Suara Rakyat

Hari ini 9 Julai 2011, jam di dinding pukul 9.30 pagi. Ayuh! Kita ramai-ramai menyuarakan hak kita sebagai rakyat di negara demokrasi untuk berhimpun secara aman dan bersuara secara sopan demi menegakkan demokarasi. Apa lagi kalau ianya menyentuh perihal penambahbaikan sistem pilihan raya yang bukan saja dilihat kotor tetapi mengotori sistem demokrasi yang kita amalkan. Aku sokong sertai perhimpunan ini bukan kerana apa, kerana Najib mungkir janji. Setelah Bersih bersedia menerima nasihat Agong untuk mengadakan dalam stadium dan Najib mengumunkan melalui tv dan media bersetuju membenarkan menggunakan stadium, tiba-tiba semuanya tidak menjadi kerana mungkir janjinya seorang pemimpin dan Perdana Menteri.

Kalau begini sikap seorang PM, haruskah rakyat sokong? Ini bukan pertama kali pembohongan dilakukan oleh beliau, malah banyak lagi sebelum ini. Hubaya! Hubaya! wahai rakyat, apakah pemimpin seperti ini harus dikekalkan sebagai pemimpin kita? Fikir-fikirkanlah!

Kita ramai-ramai berhimpun untuk membersihkan yang kotor. Aku kira itu tidak salah, walaupun polis kata itu salah. Suara Rakyat adalah suara keramat! Suara polis ialah suara politikus muflis!

Pastikan kita berhimpun secara aman. Jangan dilayan sebarang provokasi. Kotakan kata-kata kita. Jangan jadikan kita orang munafik seperti si anu yang mungkir janji!

Wednesday, 6 July 2011

Bersih- Najib, Hisham dan Polis

Aku sebenarnya malas mahu campur secara langsung tentang perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini. Aku lebih selesa menjadi pemerhati melihat perkembangannya. Akan tetapi apabila berlaku dolak dalik Najib, Hishamuddin dan tangkapan semborono polis terhadap penyokong yang memakai baju kuning Bersih, aku jadi mual dan meluat, malah naik benci terhadap mereka ini. Yang pakai baju warna kuning tanpa tulisan bersih pun ditangkap polis. Hari ini pula dibuat sekatan jalan raya di Lembah Kelang hingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang melampau. Apa dah jadi ni? Negara kita dah jadi negara polis bukan negara demokrasi lagi ke?




Aku kira ini satu langkah ke belakang yang diakukan oleh Najib dan pihak polis. Daripada strategi politik jangka panjang, BN/Umno akan menerima tamparan hebat. Rakyat semakin sedar tentang tekanan kerajaan yang menyuarakan demokrasi, tetapi mereka sendiri menuju ke arah kemusahan demokrasi itu. Rakyat tidak akan menyokong BN/Umno dengan cara yang dilakukan sekarang, kerana rakyat sudah cerdik, kecuali beberapa kerat yang masih berada dalam lingkaran kekotoran yang dicipta oleh BN/Umno sendiri. Mereka ini kebanyakkannya ada kepentingan, mahu tidak mahu terpaksa menyokong kerajaan walaupun jelas melakukan ketidak adilan dan menzalimi kebebasan rakyat bersuara dan berhimpun.




Aku tidak nampak apa mesti kerajaan takutkan perhimpunan ini kalau Najib dan kajian badan bebas mengatakan BN/Umno mendapat sokongan besar rakyat. Sebagai negara mengamalkan demokrasi, kebebasan bersuara dan berhimpun seharusnya tidak dihalang. Apa lagi ianya termaktub dalam Perlembagaan Negara.




Di Indonesia, Thailand dan Filifina yang dulunya terkebelakang dalam amalan demokrasi, mereka kini sudah maju kehadapan dengan tidak menghalang demostrasi aman. Bersih sudah membuktikan pada perhimpunan 2007 dulu, ianya berlangsung dengan aman tetapi diganggu oleh polis dengan tembakan air kimia dsb. Tidak sebuah buah kedai atau cermin kereta yang diletakkan di tepi jalan dipecah atau dirosakkan oleh penunjuk rasa. Tidak seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang, mengikut laporan media cermin kereta dipecahkan oleh penunjuk rasa yang terdiri daripada kalangan orang Umno. Tak pula terdengar mereka ini ditangkap polis atau Menteri Dalam Negeri mengisytiarkan itu perhimpunan haram kerana tiada permit polis! Inilah dia tindakan 'double standard' yang diamalkan oleh polis, KDN dan kerajaan pimpinan Najib. Rakyat memerhati keadaan ini dan rakyat boleh menilai tindakan polis dan kerajaan ini.




Apa lagi apabila SN Datuk A.Samad Said diheret ke balai polis dan disiasat di bawah Akta hasutan hanya kerana membaca sajaknya 'Unggun-Bersih.' Ini sudah melampau. Mujur ada kekawan Pak Samad yang turut sama dianugerahkan Sasterawan Negara yang berani memberi kenyataan membantah tangkapan polis terhadap penyokong Bersih dan menyekat kebebasan berkarya Pak Samad. Mereka yang berani mengambil sikap dan pendirian itu ialah SN Datuk Shahnon Ahmad, SN Datuk Anuar Ridwan, SN Nordin Hassan dan

Thursday, 30 June 2011

Gambar-gambar Pelancaran Novel 'Cinta AF.'

S.N. Datuk A. Samad Said sedang mengupas novel 'Cinta AF.'






Gambar kiri: Sebahagian hadiran pada Gambar atas: Gimik pelancaran setelah dipotong

pelancaran novel, 'Cinta AF.' riben oleh Pak Samad. Dari kiri Kassim Mohamad
Razali Endun, Pak Samad dan Prof. Irwan.




Cinta AF Selamat dilancarkan

Alahamdulillah! Novel terbaru saya 'Cinta AF' telah selamat dilancarkan oleh SN Datuk A. Samad Said petang semalam Rabu 29 Jun 2011 di pentas aktiviti Pesta Buku Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam. Seramai 30 orang hadir memenuhi kerusi di hadapan pentas itu untuk menyaksikan pelancaran itu.




Selepas pelancaran, novel tersebut telah diulas oleh dua orang pembicara berwibawa iaitu SN A. Samad Said sendiri dan Prof. Ir. Dr. Wan Abu Bakar bin Wan Abas @ Irwan Abu Bakar. Manakala moderatornya ialah Ir. Kassim Mohamad.




Dalam ulasannya Prof Irwan berpendapat tajuk novel itu tidak selari dengan isi kandungannya. Saya tidak terjumpa ada episod cinta dalam novel ini. Mungkin pengarangnya mahu memikat pembaca muda dengan tajuknya itu.




Penceritaannya lancar dan bahasanya mudah. Razali mengisahkan peristiwa Lokman yang bagi saya membayangkan watak 'Mawi' dalam program Akademi Fantasia. Lokman budak Felda berlatar belakang ajaran agama ditugaskan untuk berdakwah di program itu. Kisah novel ini bermula dengan kematian Hakim, bapa Lokman. Bapa Lokman mati bukan sahaja kerana penyakit kencing manisnya, tetapi oleh angkara Teja Lawa, janda beranak satu. Pengarang menggambarkan janda ini seorang penggoda. Dia berhenti menggoda setalh berkahwin. Lepas itu watak itu mati.




Lokman berjaya menjuarai program ini dan kemudiannya merasakan beliau tidak punya masa untuk beribadat. Dia berdepan dengan pelbagai dugaan tanpa disangkanya. Saya lihat aktiviti dakwahnya tidak dapat dokongan daripada para ustaz yang mula-mula menyarankan supaya Lokman berdakwah dalam program itu. Lokman ditinggalkan keseorangan dalam misi dakwahnya, kecuali sekali sekali menerima sms daripada ustaz




Saya dapati banyak bidalan atau frasa yang digunakan Razali dalam novel ini hidup dan menarik. Ada antaranya saya sendiri tidak tahu atau terlupa. Misalnya, 'Mohd Alif melompat-lompat serperti kijang mendapat pucuk muda,' (m/s 63). Episod ini diceritakan oleh pengarang semasa Lokman dan Mohd Alif berada di atas pokok manggis berangan-angan ketika zaman kanak-kanaknya. Dari segi logiknya, tak mungkin dia boleh melompat-lompat dia atas dahan pokok manggis itu.




Bagi saya, sambung Prof Irwan, bab Maria di dunia bunian tidak seharusnya diadakan dalam novel ini. Ia semacam diada-adakan saja. Pengakhiran ceritanya juga bagi saya mengelirukan. Tiba-tiba saja watak Sudir hadir pada pengakhiran cerita dan saya tidak nampak apa perlunya watak ini dihadirkan?




SN Datauk Samad Said pula menyatakan Razali bukan baru dalam dunia penulisan. Ini buku yang ke-9 ditulisnya. Saya percaya banyak lagi buku akan dihasilkan oleh beliau.




Menyentuh novel Cinta AF, Pak Samad berpendapat novel ini ada flasfahnya sendiri dan ianya berkisar dalam kegiatan dunia hiburan yang cuba didakwahkan . Pengarangnya cuba memperkatakan hiburan dari prespektif Islam dan hiburan dibolehkan dalam Islam asalkan ianya tidak bercanggah dengan prinsipnya. Misalnya hiburan harus bermula selepas waktu sembahyang, selepas Isyak kalau diadakan pada waktu malam. Penyanyinya mesti menutup aurat. Penonton diasingkan antara lelaki dan perempuan. Semuanya adalah saranan positif untuk kebaikan masyarakat terutama umat Islam.




Ada satu adengan yang saya anggap melampau, ujar Pak Samad lagi. Misalnya pada muka surat 232, "Saya cuba gapai tangannya sebagai petunjuk supaya memeluk saya. Saya kuyukan kelopak mata sembari bibir saya direnggangkan sedikit sebagai petanda saya sedia dikucup. Lama saya tunggu. Tidak ada sentuhan. Saya renggangkan lagi sedikit bibir saya supaya dia bertambah ghairah. Saya menanti dan terus menanti. Bibir saya kaku menunggu tanpa sentuhan.............." Pada usia saya sebegini saya kira gambaran ini sedikit melampau.




Pak Samad berpendapat novel ini mempunyai mesejnya tersendiri. Sebagai hasil sastera setiap karya seharusnya mempunyai mesej serta buah fikiran untuk menjadi renungan masyarakat pembaca. Razali telah melontarkan beberapa persoalan untuk difikirkan. Kata pak Samad lagi, "Seni bukan lagi hiburan. Seni bukan lagi menghantar kisah. Seni mendesak kita setelah dihantar kisah."




Wednesday, 29 June 2011

Ini Komen Pendek Barajiwa tentang Novel 'Cinta AF.'

Di bawah ini diperturunkan komen pendek Ir. Kassim Mohamad @ Barajiwa. Beliau akan menjadi moderator dalam bicara novel itu petang ini di Pusat Konvensyen Shah Alam. Dua orang sasterawan akan membicarakan novel tersebut iaitu SN Datuk A. Samad Said dan Prof. Ir. Dr. Wan Abu Bakar bin Wan Abas @ Dr. Irwan.

Membicarakan Cinta AF nya Razali Endun

Orang kerap berpesan 'janganlah sekali-kali meneliti buku dengan melihat kulitnya.' Apapun wisdom orang, sesungguhnya penampilan dan pandangan pertama itu biasanya cukup untuk meninggalkan kesan, paling tidak kesan awalnya. Ertinya manusia - umumnya terkesan oleh citra luaran. Untuk sebuah buku itu adalah kulitnya.

(Sebenarnya kita boleh bercakap panjang dalam sesi khas tentang buku. Tentang buku p (P-book) atau buku e (e-book). Tentang DBP dan sahabat karibnya Dawama, tentang 'Al-Amin' semasa bersama DBP dan 'Al-Amin setelah diambil alih oleh sahabat kita PTS nya Puan Ainon. Tentang kenapa Gerakan Darurat Bahasa itu sebenarnya sudah terlewat).

'Cinta AF' adalah sebuah karya pop untuk hiburan santai sekali lalu. Ia karya popular untuk menangkap perhatian anak-anak muda. Ia mengingatkan kita kepada watak yang namanya Mawi, anak Felda dari Johor.

2

Apakah perhatian ini tepat atau meleset tidak ada cara lain melainkan saudara teliti sendiri isi buku ini. Entah buku yang ke berapa puluh oleh pengarang yang tidak asing lagi kepada khalayak sastera kita. Saya tidak mahu membaca profilnya yang panjang, saya cuma ingin katakan inilah manusia penulis yang tidak pernah kenal penat lelah dalam berkarya. Syabas dan syukur Alahamdulillah, Razali Endun adalah anggota setia rumah Paksi.

3.

Yang akan membicarakan 'Cinta AF' adalah SN Datuk A. Samad Said dan Prof. Dr. Irwan Abu Bakar, pengasas E-Sastera. Tentu menarik ulasan mereka. Datanglah beramai-ramai meraikan majlis ini di pentas aktiviti Pesta Buku Selangor, di Pusat Konvensyen Shah Alam petang ini, 29 Jun 2011, antara jam 4-6 petang. Ayuh! Jangan lepaskan peluang ini. TK.

Kassim Mohmad adalah mantan jurutera di Jabatan Saliran dan Tali Air (DID). Beliau seorang penulis cerpen dan pengkritik sastera yang baik. Pejuang bahasa yang tegar. Terlibat dalam banyak NGO. Kunjungi blog beliau di; barajiwa.blogspot.

Tuesday, 28 June 2011

Ini Puisi Samad Said Yang Ditakuti Polis

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara-
kita laungkan juga pesan merdeka:
demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hangat semurni harga diri

lama resah kita - demokrasi luka
lama duka kita -demokarasi lara
demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami

dua dekad lalu Sam Adams berseru
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
tak diperlu gempita sorak yang gebu
diperlu hanya unggun api yang syadu

kini menyala unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu

A. Samad Said
24-25 Jun 2011

Lihat betapa indahnya puisi ini. Di sebalik keindahannya tersembunyi mesej yang mengusarkan pihak gerombolan. Puisi seperti ini bukan baru dicipta oleh para sasterawan. Malah ada yang lebih berterus terang lagi tanpa dihiasi atau berselinduang di sebalik keindahan bahasa. Saya fikir pihak polis hanya mahu mengertak Pak Samad. Kita yakin Pak Samad tidak akan gentar menegakkan kebenaran! Teruskan perjuangan Pak Samad!

Samad Said disiasat polis - Penulis, Sasterawan dan Seniman perlu Melahirkan Sikap

Wah! Aku terasa pelik dan hairan juga kenapa SN Datuk A.Samad Said diheret ke rumah pasung untuk disiasat hanya kerana keberaniannya meluahkan perasaannya melalui puisi sinisnya dan dideklamsikan pula pada perhimpunan pelancaran 'Bersih' di Dewan Perhimpunan Cina baru-baru ini. Bak kata Pak Samad, pihak polis (baca kerajaan Umno/BN) sekarang sudah gentar dengan puisi yang sudah menjadi 'senjata' bukan lagi suatu hiburan. Dengan kata lain puisi dan bidang kesusasteraan sudah mula boleh mengoncang sesebuah kerajaan, mungkin juga menjatuhkan sesebuah kerajaan (tentunya kerajaan yang korup, zalim dan menyelewang). Kerajaan yang bersih dan tidak kotor tak usah takut dengan sesiapapun waimah Kumpulan Bersih atau sasterawan. Gerakan 'bersih' ialah hendak membersihkan yang kotor. Untuk membuat pembersihan ini pun menjadi kesalahan. Ini bukti depa ni sememangnya kotor!

Ini suatu perkembangan baru, di mana kesusasteraan sudah mula mendapat perhatian pihak pemerintah yang dulunya memandang enteng dan remeh bidang ini. Pak Samad yang sudah berusia (76 tahun) mempunyai semangat yang kental bagaikan orang muda. Pak Samad berdepan kerana memperjuangkan kebenaran. Dulu dia juga disiasat polis kerana turut berada di barisan hadapan dalam demo anti PPSMI. Pak Samad perjuangkan dan mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu dan mahu PPSMI dimansuhkan, yang diperkenalkan oleh Umno. Orang Umno tak buat apa-apa pun hanya mengangguk aje walaupun PPSMI memusnahkan bahasa Melayu dan melanggar Perlembagaan Negara. Itulah fiil orang UMNO termasuklah Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim Ali. Kini mereka melalak ke sana ke sini kononnya memperjuangkan ketuanan Melayu. Pi lah! Poorah! Merekalah sebenarnya pengkhianat bangsa Melayu! Banyak bukti boleh diberikan.

Sekarang kita mahu lihat di mana berdirinya para penulis, sasterawan serta persatuan-persatuan penulis terutama Gapena dan Pena yang gah dengan perjuangan mereka kononnya mahu mendaulatkan kesusasteraan dan bahasa Melayu. Apakah mereka ini masih berfikiran pasif dan menerima apa-apa saja yang disogokkan oleh pihak pemerintah? Apakah mereka ini akan bersekongkol dengan juak-juak dan gerombolan ini yang sudah nampak tanda-tanda mahu menyekat kebebasan berkarya? Bangun! Bangun! Bangkitlah para penulis dan sasterawan. Jangan kamu bersembunyi di sebalik selimut! Kalau pemimpin persatuan tak berani bersuara dan tidak berfikiran kritis, jatuhkan mereka! Ganti dengan orang yang lebih berani bersuara! Kalau yang sudah tua, berhentu saja lah, jangan sampai ahli meluat. Ayuh tunjukkan pendirian kamu!

Aku sokong di atas keberanian Pak Samad. Sukar untuk mendapat seorang seniman/sasterawan macam dia. Apa lagi memegang anugerah Sasterawan Negara dan bergelar 'datuk' pula. Pak Samad tak bimbang gelarannya dicabut kerana apa yang diperjuangkan ialah suatu kebenaran dan menuntut keadilan. Pak Samad sebenarnya Sasterawan Rakyat, gelaran ini sudah cukup untuknya kalau pihak wewenang mahu mengambil balik gelaran itu. Pak Samad bukan macam sesetengah penulis/sasterawan apabila mendapat gelaran semacam terhutang budi dan sanggup pula mengorbankan prinsip perjuangan. Orang macam ini bachul! Hipokrit dan mementingkan diri sendiri aje.

Ayuh! kita sokong pak Samad. Inilah jasa dan baktinya semasa hayatnya. Kita doakan semoga Allah panjangkan umurnya dan berikan kesihatan kepadanya! Insyallah!

Wednesday, 22 June 2011

Pelancaran Novel, 'Cinta AF' pada 29 Jun ini

Novel 'Cinta AF' karya terbaru Razali Endun akan dilancarkan oleh Samad Said pada 29 Jun ini.






Samad Said Lancar Novel ‘Cinta AF’ 29 Jun


Sebuah lagi novel terbaru Razali Endun akan dilancarkan pada 29 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. Novel itu yang diberi judul, ‘Cinta AF’ akan disempurnakan pelancarannya oleh SN Datuk A. Samad Said. Selepas pelancaran Samad akan membicarakan novel tersebut Turut akan membicarakannya nanti ialah sdra. Dinsman. Manakala Prof. Dr. Wan Abu Bakar bin Wan Abas akan menjadi moderator pada majlis itu.

Majlis pelancaran ini mengambil sempena pesta buku dan sambutan Hari Ilmu Selangor yang akan diadakan bermula 24 Jun hingga 1 Julai 2011. Majlis pelancaran novel ini antara acara daripada beberapa banyak acara yang disediakan untuk memeriah dan menceriakan lagi pesta buku tersebut. Slot yang diberikan untuk acara ini ialah antara pukul 4-6 petang pada 29 Jun (Rabu), bertempat di pentas aktiviti, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di Shah Alam.

Novel ‘Cinta AF’ yang diterbitkan pada tahun ini mengisahkan kegilaan remaja Melayu yang mahu menjadi penyanyi, pelakon serta selebriti bagi mengejar kemewahan, kepopularitian dan glamor. Kegilaan ini juga tidak terkecuali mempengaruhi dua orang remaja, Lokman dan Alif dari sebuah perkampungan Felda untuk mencuba nasib dalam sebuah program realiti yang penuh fantasi anjuran sebuah stesen tv. Falsafahnya, ‘biar gagal dalam usaha, jangan takut mencuba,’ menjadi dorongan kuat baginya menyertai program realiti ini.

Apabila diketahui oleh ustaz Munir bahawa Lokman dan Alif akan mencuba bakat seni suaranya dalam program itu, ustaz Munir tidak membantah sebaliknya meminta Lokman menyelam sambil minum air. Pada kesempatan itu ustaz Munir mahu supaya Lokman menyerapkan aktiviti dakwahnya di kalangan peserta program itu yang dianggap oleh ustaz itu sudah mula terpesong daripada aqidah dan ajaran Islam. Lokman yang mempunyai latar pendidikan agama di kampungnya amat sesuai untuk melaksanakan misi itu.

Lokman mengalami kejutan budaya ketika berada dalam program itu dan beliau berasa suasana di situ sangat berlainan daripada persekitaran di kampungnya. Dia bukan berhadapan dengan realiti tetapi di kelilingi oleh suasana fantasi dan ilusi. Lokman berdepan dengan konflik besar dalam dirinya, bergelojak dan tidak tenteram, meskipun mengecapi kemewahan, kepopularitian dan glamor. Lokman berada di persimpangan yang bersilang. Lokman merasakan ada kelompangan dalam hidupnya meskipun sudah mengecapi kemewahan, kepopularitian dan glamor. Apa sebenarnya yang dicari oleh Lokman? Berjayakah Lokman dalam misi dakwahnya? Bacalah novel ini sampai habis.

Majlis pelancaran dan bicara novel ini terbuka kepada orang ramai secara percuma. Novel tersebut akan turut dijual pada majlis pelancaran itu. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Razali Endun 019-6658064.

Pelancaran Novel, 'Cinta AF' pada 29 Jun ini









Samad Said Lancar Novel ‘Cinta AF’ 29 Jun


Sebuah lagi novel terbaru Razali Endun akan dilancarkan pada 29 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. Novel itu yang diberi judul, ‘Cinta AF’ akan disempurnakan pelancarannya oleh SN Datuk A. Samad Said. Selepas pelancaran Samad akan membicarakan novel tersebut Turut akan membicarakannya nanti ialah sdra. Dinsman. Manakala Prof. Dr. Wan Abu Bakar bin Wan Abas akan menjadi moderator pada majlis itu.

Majlis pelancaran ini mengambil sempena pesta buku dan sambutan Hari Ilmu Selangor yang akan diadakan bermula 24 Jun hingga 1 Julai 2011. Majlis pelancaran novel ini antara acara daripada beberapa banyak acara yang disediakan untuk memeriah dan menceriakan lagi pesta buku tersebut. Slot yang diberikan untuk acara ini ialah antara pukul 4-6 petang pada 29 Jun (Rabu), bertempat di pentas aktiviti, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di Shah Alam.

Novel ‘Cinta AF’ yang diterbitkan pada tahun ini mengisahkan kegilaan remaja Melayu yang mahu menjadi penyanyi, pelakon serta selebriti bagi mengejar kemewahan, kepopularitian dan glamor. Kegilaan ini juga tidak terkecuali mempengaruhi dua orang remaja, Lokman dan Alif dari sebuah perkampungan Felda untuk mencuba nasib dalam sebuah program realiti yang penuh fantasi anjuran sebuah stesen tv. Falsafahnya, ‘biar gagal dalam usaha, jangan takut mencuba,’ menjadi dorongan kuat baginya menyertai program realiti ini.

Apabila diketahui oleh ustaz Munir bahawa Lokman dan Alif akan mencuba bakat seni suaranya dalam program itu, ustaz Munir tidak membantah sebaliknya meminta Lokman menyelam sambil minum air. Pada kesempatan itu ustaz Munir mahu supaya Lokman menyerapkan aktiviti dakwahnya di kalangan peserta program itu yang dianggap oleh ustaz itu sudah mula terpesong daripada aqidah dan ajaran Islam. Lokman yang mempunyai latar pendidikan agama di kampungnya amat sesuai untuk melaksanakan misi itu.

Lokman mengalami kejutan budaya ketika berada dalam program itu dan beliau berasa suasana di situ sangat berlainan daripada persekitaran di kampungnya. Dia bukan berhadapan dengan realiti tetapi di kelilingi oleh suasana fantasi dan ilusi. Lokman berdepan dengan konflik besar dalam dirinya, bergelojak dan tidak tenteram, meskipun mengecapi kemewahan, kepopularitian dan glamor. Lokman berada di persimpangan yang bersilang. Lokman merasakan ada kelompangan dalam hidupnya meskipun sudah mengecapi kemewahan, kepopularitian dan glamor. Apa sebenarnya yang dicari oleh Lokman? Berjayakah Lokman dalam misi dakwahnya? Bacalah novel ini sampai habis.

Majlis pelancaran dan bicara novel ini terbuka kepada orang ramai secara percuma. Novel tersebut akan turut dijual pada majlis pelancaran itu. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Razali Endun 019-6658064.

Thursday, 16 June 2011