Wednesday 15 December 2010

Sayembara Menulis Cerpen & Sajak IPM


Borang penyertaan sayembara menulis sajak (IPM). Borang boleh difotokopi.


Borang penyertaan sayembara menulis cerpen (IPM). Borang boleh difotokopi.




Ikatan Persuratan Melayu
No: 8988, Taman Wangi, Jalan Malim,
75250, Melaka
Tel: 06 3358577, 017-6709911.


Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak


Sempena menyambut Jubli Intan ulang tahun yang ke 60 tahun Ikatan Persuratan
Melayu (IPM) dan 40 tahun Gapena, IPM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan menganjurkan Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak bermula daripada 15 Disember 2010 dan berakhir pada 15 Mac 2011.

Sayembara ini dibuka kepada anak kelahiran negeri Melaka, tidak kira di mana mereka berada asalkan mereka dilahirkan di negeri Melaka. Bagi bukan kelahiran negeri Melaka, tetapi telah bermastautin selama 3 tahun di negeri itu layak menyertai samyembara ini.

Cerpen hendaklah hasil karya sendiri, bukan terjemahan, saduran atau apa-apa pengertian yang boleh menyebabkan karya itu tidak asli serta belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan bercetak. Panjang cerpen sekitar 10-16 halaman, ditaip dengan kemas, menggunakan fon 12, langkau dua baris dan ditaip di sebelah halaman surat bersaiz A-4.

Bagi sajak pula, panjang sajak tidak menjadi syarat mutlak, tetapi ianya hendaklah sekadar sesuai dengan pertandingan. Sajak hendaklah ciptaan sendiri, belum diterbitkan dalam mana-mana penerbitan dan ditaip dengan kemas menggunakan fon 12, langkau dua baris.

Tema bagi kedua-dua genre ini adalah bebas dan dipilih sendiri oleh penulis. Penulis boleh menghantar sekurang-kurangnya sebuah cerpen atau sajak, dan tidak lebih daripada tiga buah cerpen atau sajak. Semua penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan hendaklah sampai kepada urus setia pada atau sebelum 15 Mac 2011. Majlis penyampian hadiah dijangka akan diadakan pada bulan April/Mei tahun hadapan (2011), setelah panel hakim membuat keputusan. Keputusan hakim adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan bagi genre cerpen ialah:-

Pertama: RM 800.00, sijil penghargaan/hadiah iringan
Kedua : RM 700.00, sijil penghargaan/hadiah iringan
Ketiga : RM 600.00 sijil penghargaan/hadiah iringan
Saguhati : 7 hadiah disediakan bernilai RM 400 setiap satu/sijil/hadiah iringan


Hadiah-hadiah bagi genre sajak ialah:

Pertama : RM 500.00, sijil penghargaan/hadiah iringan
Kedua : RM 400.00, sijil/hadiah iringan
Ketiga : RM 300.00, sijil/hadiah iringan
Saguhati : 7 hadiah disediakan setaip satu RM 150.00, sijil/hadiah iringan


Sebarang pertanyaan, borang permohonan dan syarat-syarat terperinci boleh didapati daripada Setiausaha Satu IPM seperti alamat tertera di bawah ini. Semua karya berserta dengan borang penyertaan hendaklah dikirimkan kepada :-

Setiausaha 1 Ikatan Persuratan Melayu,
No: 8999, Taman Wangi, Jalan Malim,
75250, Melaka. Tel: 06-3358577, 017-6709911 (Hj. Husin Embi)

Pertanyaan juga boleh diajukan kepada Encik Rusdi bin Abd. Rahaman, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Tel: 07-2358802 atau e-mel: rar@dbp.gov.my ATAU kepada Ketua 2 IPM, Hj. Razali Endun, Tel: 019-6658064, e-mel: razaliendun@gmail.com. Syarat-syarat dan borang permohonan boleh juga dimuat turun daripada blog, razaliendun.blogspot.com.

IPM mengharapkan seramai mungkin penulis kelahiran Melaka dan juga penulis yang telah 3 tahun bermastautin di negeri Melaka akan mengambil peluang untuk menyertai sayembara ini.

Syarat-Syarat Penyertaan
(Cerpen)
1. Sayembara ini terbuka kepada :
1.1 Penulis yang dilahirkan di negeri Melaka
1.2 Penulis yang dilahirkan di negeri Melaka dan menetap di luar negeri Melaka
1.3 Penulis yang bermastautin di negeri Melaka sekurang-kurangnya tiga (3) tahun daripada
tarikh tutup penyertaan. Sila sertakan surat pengesahan dari ketua jabatan/majikan,
ketua masyarakat, ketua institusi pendidikan.
1.4 Ahli-ahli Ikatan Persuratan Melayu (IPM) yang bukan dilahirkan di Melaka dan bukan
bermastautin di Melaka adalah layak menyertai sayembara ini, KECUALI Ahli
Jawatankuasa Pengelola Sayembara IPM.
2. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu atau tidak lebih tiga (3) buah cerpen ciptaan
sendiri yang belum memenangi sebarang sayembara/pertandingan dan belum pernah di
terbitkan dalam mana-mana penerbitan bercetak.
3. Cerpen yang dihasilkan hendaklah sekitar 10-16 halaman. Karya hendaklak bertaip dan
menggunakan bahasa Melayu serta ditaip di sebelah muka surat dan langkau dua baris
(saiz fon: 12, jenis fon: Arial atau Times New Roman).
4. Tajuk dan tema karya adalah bebas dan perlu ditetapkan sendiri oleh peserta.
5. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang penyertaan
boleh difotokopi.
6. Tarikh tutup penyertaan pada 15 Mac 2011. Penyertaan yang diterima selepas tarikh itu
tidak akan dipertimbangkan
7. Panel penilai/hakim hanya menilai karya peserta yang lengkap sahaja berdasarkan syarat
pada perkara 5 di atas. Keputusan panel penilai/hakim adalah muktamad.
8. Pihak urus setia tidak bertanggungjawab sekiranya karya atau borang penyertaan yang di
kirim melalui pos tidak diterima, rosak atau hilang.
9. Hasil karya yang dipertandingkan menjadi hak milik sepenuhnya DBP Wilayah Selatan dan
IPM. Pihak urus setia boleh melakukan penyuntingan atau apa-apa perubahan yang difikir
kan perlu bagi sebarang tujuan penerbitan.
10. Karya yang dihantar tidak akan dikirimkan semula kepada peserta sama ada karya tersebut
memenangi hadiah ataupun tidak.
11. Karya tang dihantar mestilah karya asli, bukan terjemahan, saduran penyesuaian atau apa-
apa pengertian yang boleh menyebabkan karya itu tidak asli dan belum pernah diterbitkan
dalam sebarang penerbitan bercetak.
12. Semua keputusan dan pertimbangan daripada pihak penganjur adalah muktamad.
13. Pemenang-pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur melalui surat, e-mel atau
telefon dan dijangka akan diumumkan pada bulan April atau awal bulan Mei 2011.
14. Peserta dilarang menulis nama pada kertas/helaian karya yang dikirimkan. Nama peserta
hanya boleh diisi dalam borang penyertaan sahaja.
Syarat-Syarat Penyertaan
( Sajak )
1. Sayembara ini terbuka kepada :-
1.1 Penulis yang dilahirkan di negeri Melaka
1.2 Penulis yang dilahirkan di negeri Melaka dan menetap di luar negeri Melaka
1.3 Penulis yang bermastautin di negeri Melaka sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dari-
pada tarikh tutup penyertaan. Sila sertakan surat pengesahan daripada Ketua Jabatan,
majikan, ketua masyarakat, ketua institusi pendidikan.
1.4 Ahli-ahli Ikatan Persuratan Melayu (IPM) yang bukan dilahirkan di Melaka dan bukan
bermastautin di Melaka adalah layak menyertai sayembara ini KECUALI Ahli
Jawatankuasa Pengelola Sayembara IPM
2. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu atau tidak lebih tiga (3) buah sajak ciptaan
sendiri yang belum memenangi sebarang sayembara/pertandingan dan belum pernah di
terbitkan dalam penerbitan bercetak
3. Sajak hendaklah bertaip dan menggunakan bahasa Melayu (saiz fon: 12, jenis fon: Arial
atau Times New Roman).
4. Tajuk dan tema karya adalah bebas dan perlu ditetapkan sendiri oleh peserta.
5. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang penyertaan
boleh difotokopi.
6. Tarikh tutup penyertaan pada 15 Mac 2011. Penyertaan yang diterima selepas tarikh itu
tidak akan dipertimbangkan
7. Panel penilai/hakim hanya menilai karya peserta yang lengkap sahaja berdasarkan syarat
pada perkara 5 di atas. Keputusan panel penilai/hakim adalah muktamad.
8. Pihak urus setia tidak bertanggungjawab sekiranya karya atau borang penyertaan yang di-
kirim melalui pos tidak diterima, rosak atau hilang.
9. Hasil karya yang dipertandingkan menjadi hak milik sepenuhnya DBP Wilayah Selatan dan
IPM. Pihak urus setia boleh melakukan penyuntingan atau apa-apa perubahan yang difikir
kan perlu bagi sebarang tujuan penerbitan.
10 Karya yang dihantar tidak akan dikirimkan semula kepada peserta sama ada karya tersebut
memenangi hadiah atau tidak.
11 Karya yang dihantar mestilah karya asli, bukan terjemahan, saduran penyesuaian atau apa-
apa pengertian yang boleh menyebabkan karya itu tidak asli dan belum diterbitkan dalam
mana-mana penerbitan
12 Semua keputusan dan pertimbangan daripada pihak penganjur adalah muktamad.
13 Pemenang-pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur sama ada melalui surat, e-mel
atau telefon dan dijangka akan dimaklumkan pada penghujung April atau awal Mei 2011.
14. Peserta dilarang menulis nama pada kertas/helaian karya yang dikirimkan. Nama peserta
hanya boleh diisi dalam borang penyertaan sahaja.
Sekian, sesiapa yang layak, sila ambil peluang ini. Siapa tahu anda mungkin salah seorang pemenangnya. Selamat berkarya!

1 comment:

Nurul Farehah Jaamad said...

Assalamualaikum. Tuan Razali Endun. Terima kasih di atas makluman itu. Saya sangat berminat untuk menyertainya. ^_^