Hari ini 25 Disember 2010, hari ini umat Kristian menyambut Hari Natal atau Christmas. Hari ini cuti umum hampir di seluruh dunia. Di negara kita juga ianya diisytiarkan sebagai cuti umum. Pada hari cuti ramailah orang membuat kenduri, macam-macam kenduri. Kebetulan hari ini dua orang kawanku membuat kenduri kahwin sambut menantu. Sdra Kassim Muhamad atau barajiwa jemput aku kendurinya, tapi aku tak dapat hadir kerana dia buat di Sungai Petani. Hari ini juga sdra Mohd Sayuti Omar (MSO) juga buat kenduri sambut menantu. Aku baru tahu semalam kerana dia telefon mengingatkan supaya aku datang pada majlisnya. Aku bilang aku tak tahu tentang jemputan itu. Katanya dia sudah beri kad jemputan pada Pyan Habib, mungkin dia lupa kot. Tak apa ler, aku bercadang nak pi ke rumahnya tengah hari ini. Selamat menyambut menantu!
Berbalik kepada Hari Natal, hari ini dipercayai ialah hari kelahiran Jesus Christ atau Nabi Isa as. Umat Islam wajib beriman kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, dan salah seorang daripadanya ialah Nabi Isa as. Apapun kita harapkan hari Natal disambut dengan kegembiraan oleh penganut Kristian. Asalkan hari Natal jangan dijadikan hari gatal, sudahlah!
Santa Clause:
Christmas tidak boleh dipisahkan dengan Santa Clause. Tanpa Santa hari Christmas seolah-olah tidak ceria dan tidak sempurna. Kanak-kanak ternanti-nantikan kedatangan makhluk yang berpakaian serba-serbi berwarna merah serta tutup kepala yang berekor, biasanya berwarna putih. Makhluk merah ini biasanya datang membawa hadiah untuk kanak-kanak. Santa sebenarnya sebuah dogeng barat, aku percaya ianya bukan suatu kepercayaan orang Kristian. Namun sambutan Christmas bagaikan suatu sambutan global layaknya, kerana ianya turut disambut oleh pelbagai bangsa termasuk yang bukan beragama Islam. Maka dengan yang demikian ada pula terdapat umat Islam yang memakai pakaian Santa Clause dalam majlis-majlis yang diadakan. Kita percaya pemakaian ini hanya suka-suka, tidak melibatkan soal keagamaan dan aqidah. Dalam konteks di Malaysia kita melihat pemakaian ini hanya semata-mata untuk pengiklanan bahan minuman saja. Namun ianya mendapat perhatian Mufti Johor yang melarang umat Islam memakainya kerana ianya adalah pakaian orang Kristian.
Hujah Tukartiub
Aku amat tertarik membaca hujah Tukartiub dalam blognya. Ada logik dalam hujahnya. Lihat blog beliau dan boleh fikir-fikirkan. Kalau alasan Mufti melarang pemakian pakaian itu kerana ianya dipakai oleh orang Kristian, yahudi atau bukan Islam, apakah pakaian yang kita pakai sekarang seperti seluar atau celana, baju kemeja, T-Shirt, slacks, memakai tali leher, berkot, bukan pakaian mereka? Pakaian ini sudah menjadi amalan masyarakat dunia termasuk di negara kita. Ianya sudah menjadi budaya universial, bukan budaya sesuatu agama.
Buku berwarna jingga
Dari warna merah kita beralih pula ke warna Jingga. Baru-baru ini pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 di Kepala Batas, Seberang Perai, PR telah melancarkan sebuah buku berwarna Jingga. Buku ini mengandungi semacam manifesto PR sekiranya menang dalam PRU-13 nanti. PR berjanji dalam 100 hari pemerintahan, mereka akan mereformasikan segala pentadbiran negara yang pincang dan longgar dalam tempoh tersebut. Aku sebenarnya belum lagi memperolehi dan membaca buku tersebut, jadi tidak wajar aku buat komen. Apapun aku fikir perubahaan harus ditunjukkan secara drastik dalam pentadbiran negeri-negeri di bawah anggota PR. Setakat ini tidak kelihatan dengan jelas ada perubahan yang berlaku secara holistik. Memang tidak mungkin dibuat perubahan dengan sekali gus, kerana perubahaan memerlukan suatu perancangan yang rapi. Bukan tidak ada perubahaan, mungkin perubahaan itu tidak menonjol dan tidak mendapat liputan media utama. Namun begitu, ianya boleh dirangka dan diimplematasikan perkara-perkara yang kecil tetapi besar ertinya, seperti mengisytiarkan secara terbuka harta Adun dan AP PR. Mengadakan kempen jimat cermat dalam pentadbiran kerajaan. Mengumumkan kerangka penurunan harga komuniti, minyak dll. Semuanya amat dinanti-nantikan oleh rakyat marhean. Apapun, kita harapkan ianya tidak terlekat di atas kertas saja, perlu dipraktikkan dan dijadikan contoh, kalau boleh sekarang. Yang penting, menang dulu PRU 13. Atur strategi dan pikat hati rakyat supaya menyokong PR.
Tahanan dipukul polis
Ada berita terbaru mengatakan seorang lelaki Cina ditahan polis lalu dibelasah hanya kerana tidak membaharui cukai jalan keretanya. Bukan itu saja, malah lelaki itu mendakwa wangnya juga dirompak oleh polis-polis tersebut. Wah! ini kes melampau! Kalau benar berita itu, ianya perlu disiasat. Soalnya yang akan menyiasat ialah polis juga, sedangkan anggota mereka membuat angkara yang membusuk dan mencemarkan nama polis. Orang ramai sudah hilang kepercayaan terhadap kewibaan polis apa lagi mahu menyiasat anggota mereka, tentu sekali menimbulkan keraguan dan persoalan.
Kita juga hairan kenapa pihak polis membantah kewujudan Surihanjaya Polis yang diura-urakan pada era pemerintahan Pak Lah dulu? Salah satu tugas suruhanjaya ini ialah menyiasat salah laku polis seperti kejadian ini dan kejadian rasuah. Kerajaan seolah-olah tunduk pada tekanan pihak polis dengan berlengah-lengah mewujudkan suruhajaya itu. Aku fikir sudah sampai masanya suruhanjuaya ini diwujudkan dengan segera, memandangkan ada sebahagian anggota polis semakin bermaharajalela menyalahgunakan kuasa. Walahualam!
No comments:
Post a Comment