Dalam ucapannya pada masjlis minum teh bersama Dr.M anjuran Umno Taman Cempaka, sekali lagi Dr. M menyatakan bahawa faktor ringgit merosot dan skaldal 1 MDB adalah kerana Najib. Katanya, kalau Najib turun nilai ringgit akan naik. Menurut Dr. M lagi Malaysia adalah negara yang paling tinggi kes rasuahnya.
Namun begitu, Najib masih bebas keluar negara walaupun sudah ada aduan tentang rasuah yang dikaitkan dengan 1 MDB kepada FBI, di Switzerland, Hongkong dan Singapura. Benarlah kata Dr.M, Najib enggan bercuti atau letak jawatan kerana takut akan didakwa dan dipenjarakan. Timbul persoalan, apakah di Malaysia, selagi kamu berkuasa dan memegang jawatan PM maka tiada siapa berani mendakwa kamu? Kalau begitu keadaannya, maka tidak ada gunanya kita ada SPRM, Polis, Bank Negara yang tidak punya kuasa mendakwa. Sistem perundangan negara ini hanya memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk mendakwa. Apabila Peguam Negara mahu mendakwa PM, Dia pun ditendang oleh PM. Maka PM pun lantik orang yang sebulu dengannya sebagai Penguam Negara. Lalu tiadalah pendakwaan.
Dr.M telah meminta supaya parti pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen. Beliau juga telah meminta Ahli Parlimen BN supaya menyokong usul itu. Setakat ini belum terdengar lagi ada Ahli Parlimen BN terutama Umno yang menyokong saranan Dr. M. Malah YB Azlina, sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen menyatakan, setakat ini belum ada usul seperti itu dikemukankan di Parlimen. Beliau juga berpendapat usul itu masih boleh dibincangkan dalam Parlimen walaupun Speaker Parlimen menyatakan sebaliknya.
Jelas sekali daripada senario mutakhir, walaupun ada ahli Umno yang mahukan Najib turun, mereka masih tidak berani menyatakan secara jelas dan lantang seperti Dr. M. Ini ialah kerana mereka mungkin sudah termakan budi dengan Najib. Maka slogan Najib, 'Cash is King' seolah-olah menjadi kenyataan.
Apapun, tinduk tanduk Najib sekarang ini adalah cerminan Dr. M sewaktu berkuasa dahulu. Ketika berkuasa Dr. M tidak nampak dari kaca mata umum (rakyat) apa yang dilakukannnya sebagai Penguasa. Dr. M pernah memecat Tun Salleh Abas dan menjadikan senario perundangan dan penghakiman menjadi kecoh. Dr.M pernah pecat Timbalan Perdana Menteri, malah memfitnah Anwar sehingga mengaibkannnya. Dr. peranah dibodek oleh orang-orang di sekelilingnya termasuk ada yang menangis terisak-isak apabial beliau mengumumkan mahu meletak jawatan. Dr. M dikatakan menggalakkan rasuah dalam kalangan ahli Umno terutama ketika pemilihan kepimpinan Umno diadakan. Semua yang Najib buat sekarang adalah cerminan apa yang dilakukan oleh Dr. M ketika berkuasa dahulu. Sekarang, apabila dia tidak memegang kuasa, baru dapat dilihatnya gelagat Najib daripada kaca mata orang awam (rakyat). Saya masih teringat lagi pesanan Allahyaraham Ustaz Fazil Nor, mantan Presiden Pas supaya ahli Pas mendoakan Dr. M panjang umur dengan harapan dia akan dapat melihat kesilapannya nanti. Maka benarlah pesanan Ustaz Fazil.
Maka dengan itu Dr. M sudah tidak ada taring lagi yang boleh menggugat kedudukan Najib. Ramai orang Umno sama ada suka atau tidak akan terus menyokong Najib, kerana Najib ada kuasa. Dr. M sudah tidak ada kuasa lagi. Jadi, apa perlu dibodek orang yang tidak ada kuasa? Kuasa dan wang adalah 'king of politik.'
Demikianlah episod sedih seorang bekas PM yang telah berkuasa selama 22 tahun di penghujung hayatnya. Kadang-kadang Allah tunjukkan kesilapan dan kesalahan kita ketika kita masih hidup. Tak perlu tunggu hingga mati. Walau bagaimanapun keberanian Dr.M menegur kepincangan Najib termasuk skandal 1 MDB dan pembunuhan Atantuya patut dihargai dan dipuji. Kalau beliau tidak lantang membangkitkannnya, sudah pasti kes dan skandal ini akan senyap tanpa diketahui umum.
No comments:
Post a Comment