Wah! Mat Sabu berjaya kalahkan ustaz Nasaruddin dan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pertandingan tiga penjuru jawatan kedua tertinggi dalam Pas. Tahniah! Aku harap kemenangan ini tidak akan membawa perpecahan dalam Pas. Yang kalah terima dengan tenang dan gentleman. Jangan ada dendam kerana kalah menang memang adat dalam pertandingan. Aku percaya kepimpian dan ahli akar umbi Pas sudah dididik supaya menjadikan jawatan dalam parti sesuatu yang amanah, bukan satu kemegahan untuk berkuasa. Pikullah amanah ini dengan baik dan ikhlas. Pasti akan dibalas oleh Allah juga akhirnya.
Tahniah juga kepada Sallehuddin Ayub, Datuk Mahfus Omar dan Husam Musa yang berjaya dalam pertandingan Naib Presiden. Aku harap tuduhan kickdefella bahawa dia diupah sejumlah besar wang oleh Husam, tidak benar. Kalau ada bukti dan ada kebenaran, Husam harus letak jawatan atau dipecat daripada jawatannya. Pas mesti tegas dalam disiplin kepimpinan dan ahlinya. Kita tidak mahu pemimpin rasuah memimpin parti. Barulah ada perbezaan dengan Umno.
Aku kurang percaya dengan dakwaan kickdefella itu. Satu, kerana sudah ada beberapa peristiwa dakwaan beliau tidak tepat. Lagipun sebagai penulis, tak kiralah bidang penulisan apa sekalipun termasuk blogger, beliau tidak sepatutnya menjadi penulis upahan mana-mana pihak atau individu. Menerima upah seperti didakwanya menjejaskan reputasinya sebagai penulis. Di mana letak maruhnya sebagai penulis. Kalau penulis boleh diupah, apakah penulis seperti ini punya maruah? Anda fikirkanlah sendiri. Tentu ada jawapannya!
2 comments:
Assalamualaikum,
InsyaAllah saya akan hadir di majlis Konvensyen tersebut. Terima kasih, Tuan Razali atas makluman itu.
zaman ustaz fadzil Noor jadi presiden dulu Mat Sabu dipertikaikan oleh ramai perwakilan.
Zaman Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang Mat Sabu menang dan naik jadi timbalan presiden.
Orang Nombor dua bukan sebarangan hebatnya.
Mungkin boleh menang jika lawan Haji Abdul Hadi Awang.
Kalau dia menang juga sudah tentu PAS beroperasi ala syiah yang membuat umno kecut perut.
Sekarang ini pun nampak gaya sudah ramai orang umno kecut perut apabila Mat sabu menang jawatan timbalan presiden.
Begitulah nasib manusia miskipun bukan seorang ulamak tapi boleh tunduk golongan ulamak.
Profesional pun tidak ulamak pun tidak tapi boleh menang jawatan timbalan presiden dan orang nombor dua gerakan islam Malaysia.
Hebat?
Post a Comment