Friday, 25 January 2013

You Scratch My Back, I scratcah your back

Listen! Listen! Listen! Ini ada satu berita pelik tetapi benar. Itu Mahatahir mantan PM yang masih disanjung oleh segelintar masyarakat Malaysia, dalam siasatan Suruhanjaya Di Raja berkaitan projek IC di Sabah mengaku bakawa dia telah mengeluarkan ribuan kad pengenalan kepada rakyat asing pada musim pilihan raya era 1990 lagi. Katanya dia berikan IC itu mengikut prosedure. Akan tetapi dicuba mengaitkan Tunku pula, kononnya Tunku telah memberikan IC kepada rakyat asing selepas kemerdekaan.
Dalam kes ini saksi-saksi menyatakan telah diarahkan untuk menandatangani kertas pengenalan khusus untuk pengundian dan ada mengakui telah diarah keluarkan IC kepada rakyat asing atas arahan orang politik atasan. Ada yang menginap di rumah Aziz Shamsuddin, pada ketika itu Setiausaha politik Mahathir dan ada pegawai pendaftaran diarahkan oleh Megat Joned, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu. Lihat betapa buruknya perangai pemimpin-pemimpin politik Umno termasuk Mahathir. Mereka telah mengkhianati negara. Mereka harus disiasat dan didakwa.
Inikah pemimpin dan parti politik yang mahu kita kekalkan dalam pentadbiran negara?
Ingat tak beberapa bulan lalu ketika ada desas desus mendakwa bahawa keluarga Mahatahir memonopoli Petronas. Jawab Mahathair, bukan dia dan anak-anak dia sahaja yang membolot kekayaan negara, tetapi anak menantu Abdullah Badawi juga sama. Kenapa mesti pin point pada dia saja?
Jelas, memang terang dan nyata para pemimpin UMNO di atas sana semuanya pak lahap dan sapu harta rakyat tanpa belas kasihan. Buktinya, Mahathir sendiri menyatakan bukan dia seorang yang lakukan, PM-PM lain sama juga macam dia. Jangan kaitkan dia seorang saja. Ada perumpuaan Inggeris mengatakan, "If you scratch my back, I'll scratch your back."  Kalau kau cuba garu belakang aku, aku akan garu belakang kamu pula.
Hah! jelas. Kalau banyak lagi skandal rasuah dan penyelewengan kuasa dibongkar, tentu ramai lagi Mahatkahir akan kaitkan.
Akan tetapi, Mahatahir sampai sekarang belum lagi menjawab dakwaan dia memiliki hartanah dan wang ringgit bernilai US 44 billion di seluruh dunia. Kalau masih berdiam diri, bererti dakwaan itu benar. Dari mana dia memperolehi sebanyak itu wang dan hartabenda? Itu belum lagi terdengar ladang 'cowboy' nya beratus ekar di Argentina. Masihkah dimiliki oleh beliau? Siapa yang hadiahkannya harta sebanyak itu? Semua ini perlu disiasat untuk membersihkan nama baik negara kita daripada dipimpin oleh pemimpin rasuah.
Fikir-fikirkanlah! Apakah kita masih mahu kekalkan kuasa parti yang terus rasuah dan merasuah rakyat? Pemimpin kita perlu bersih! Parti yang memerintah negara perlu bersih! Jadi kita NYAHKAN  parti dan pemimpin yang rasuah!
Tukar! Jangan tak tukar!

Wednesday, 9 January 2013

JOM! MARI RAMAI-RAMAI KITA PENUHI STADIUM MERDEKA

BERITA BAIK! BAIK PUNYA BERITA! PENGURUSAN MERDEKA STADIUM SUDAH BERSETUJU MEMBERI KEBENARAN KEPADA PENGERAKAN RAKYAT BERHIMPUN MENUNJUK RASA PADA SABTU INI 12 DISEMBER JAM 2.00 PETANG.

AYUH! KITA RAMAI-RAMAI PENUHKAN STADIUM SEBAGAI MANIFASTESI MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN YANG KORUP!

CUKUP! CUKUPLAH MEREKA SUDAH SAPU HABIS HARTA RAKYAT. KINI RAKYAT SUDAH CERDIK, SUDAH BUKA MATA! NYAHKAN MEREKA DARIPADA KUASA.

AYUH! MARI! MARI! KITA BERAMAI-RAMAI KE STADIUM MERDEKA SABTU INI DENGAN SATU TEKAD, MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN KORUP SECARA AMAN.

JANGAN BUAT ANGKARA. PASTIKAN PERHIMPUNAN BERJALAN SECARA AMAN KERANA SEMUA PIHAK TERMASUK POLIS DAN KERAJAAN TELAH BERJANJI AKAN MEMBERIKAN KERJASAMA MEREKA.

DATANG DENGAN AMAN DAN PULANG DENGAN AMAN. DATANG! JANGAN TAK DATANG!

SELAMAT BERHIMPUN!

HIDUP RAKYAT!

Sunday, 6 January 2013

Wajarkah Hj. Hadi dibenarkan ke udara melalui RTM dan TV3?

Ini kisah 'Amanat' Hj. Hadi Awang dikecohkan semula oleh puak-puak UMNO dan medianya. Dah 31 tahun yang didakwa kononnya 'Amanat' ini dan dikatakan telah memecah belahkan umat Melayu dikitar semula semata-mata bukan kerana mahu mencari penyelesaian tetapi lebih bermotifkan politik.

Hj. Hadi sudah menjawab mengatakan apa yang dikatakan 'Amanat' itu hanya petikan daripada ucapan beliau pada tahun 1981. Dan dia tidak pernah mengatakan ucapannya itu sebagi 'Amanat" apa lagi mendakwa telah mengeluarkan 'Amanat.' Menurut beliau yang melebelkan 'Amanat' ialah puak-puak parti lawan terutama UMNO dan disokong oleh beberapa orang para Mufti yang hanya tahu berkata ya kepada tuan-tuan mereka. Ini lebih bermotifkan politik untuk mencemar nama beliau dan parti PAS yang dipimpin oleh beliau. Ia tidak berunsurkan keilmuan agama Islam.

Kisah ini hanya timbul apabila Pilihan Raya Umum (PRU) menjelang tiba. Setiap kali PRU akan menjelang, inilah cerita yang diputar semula oleh puak-puak ini. Kalau benar ianya memecah belahkan ummah, kenapa tidak diselesaikan sejak awal lagi? Kenapa ditimbulkan pada musim PRU saja? Barangkali orang yang tidak tahu berfikir akan menerima propaganda ini. Sebab itu UMNO mahu orang Melayu terus menjadi bodoh dan boleh diperbodohkan oleh mereka. UMNO tidak mahu Melayu menjadi cerdik. Kesian Melayu!

Jadi tuntutan Hj. Hadi supaya diberikan ruang selama satu jam melalui siaran langsung RTM dan TV 3, adalah sesuatu yang wajar bagi diberi kesempatan para penonton dan rakyat mendengar serta menilai sendiri apa yang didakwa sebagai 'Amanat' itu. Selama ini media ini dan media-media UMNO saja yang menuduh (sebelah pihak) tentang 'Amanat' ini yang kononnya memecah belahkan umat Islam. Rakyat perlu mendengar sendiri daripada beliau dan ini adalah hak rakyat untuk mendengar daripada beberapa pihak dan sumber yang jelas dan utama. Oleh hal yang demikian, RTM dan TV 3 wajar beri laluan kepada mereka.

Sejak awal lagi, apabila Rais Yatim bersetuju memberikan laluan dengan beberapa syarat, aku yakin perkara ini tidak akan dipersetujui oleh kerajaan UMNO. Mereka tak akan beri ruang kepada sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan mereka menggunakan media rakyat untuk menjelaskan beberapa isu. Sebab itu, setelah pengkhianat-pengkhinat parti keluar draipada PR, mereka diberi ruang yang luas menghentam kembali musuh politik mereka. Contoh, Hasaan Ali, Zulkifli Nordin dan beberapa orang lagi.

Media ini bukan untuk membina keintelektualan rakyat tetapi sebagai medan politik untuk memperbodohkan rakyat. Rakyat terus-terusan dinafikan hak untuk mendapat maklumat daripada pihak yang satu lagi. Mereka memaksa rakyat supaya menerima saja maklumat yang dibentangkan oleh mereka sebagai sahih. Sebab itu isu Depak, Atantutya, Kapal Selam, Feedlot, terbaru Raja Roopiah digelapkan dalam media mereka. Mereka cuba menggambarkan mereka inilah kononnya 'Malaikat' bukan 'Syaitan'. Akan tetapi lebel 'Syaitan' sudah dimeteraikan sendiri oleh Dr. Mahatahir yang mengaku 'UMNO lah syaitan' itu!

Oleh kerana Rais Yatim sudah menutup ruang untuk Hj. Hadi menjelaskan melalui media ini, aku kira pihak Hj. Hadi dan PAS tak payah lagi melayani sebarang pertanyaan atau interview media dalam isu ini. Kalau dilayan akan menjadi lebih celaru lagi dan akan diputar belitkan lagi oleh puak-puak mereka, Cukuplah setakat ini. Kalau tidak diberikan ruang, tutup mulut saja. Kalau dilayan akan diberikan 'political mileage' kepada puak-puak Umno ini. Aku fikir itu lebih molek! Walahhualam!

Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru- 2013

Aku rasa masih ada masa lagi mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru-2013 kepada pengunjung blog ini.
Sepanjang 2012 tidak banyak aktiviti aku, kerana pada tahun ini aku selalu saja tidak sihat. Diharapkan pada tahun 2013 ini aku bertambah sihat dan Allah memberikan rezki yang lebih banyak. Yang penting Allah tetapkan imanku dan selamatkan semua keluargaku.
Insyallah. Pada tahun baru ini kita rakyat Malaysia mesti berubah. Dan kita pastikan perubahan akan berlaku pada tahun bertuah ini. Pastikan kita ubah kerajaan yang sangat-sangat korup ini. Dan kita harapkan penggantinya tidak akan mengamalkan perangai korup ini. Kita mahu lebih baik, lebih bersih dan lebih beramanah.
Tukar! Jangan Tak Tukar!
Wallhualam!