Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru- 2013

Aku rasa masih ada masa lagi mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru-2013 kepada pengunjung blog ini.
Sepanjang 2012 tidak banyak aktiviti aku, kerana pada tahun ini aku selalu saja tidak sihat. Diharapkan pada tahun 2013 ini aku bertambah sihat dan Allah memberikan rezki yang lebih banyak. Yang penting Allah tetapkan imanku dan selamatkan semua keluargaku.
Insyallah. Pada tahun baru ini kita rakyat Malaysia mesti berubah. Dan kita pastikan perubahan akan berlaku pada tahun bertuah ini. Pastikan kita ubah kerajaan yang sangat-sangat korup ini. Dan kita harapkan penggantinya tidak akan mengamalkan perangai korup ini. Kita mahu lebih baik, lebih bersih dan lebih beramanah.
Tukar! Jangan Tak Tukar!
Wallhualam!

No comments: