Listen! Listen! Listen! Ini ada satu berita pelik tetapi benar. Itu Mahatahir mantan PM yang masih disanjung oleh segelintar masyarakat Malaysia, dalam siasatan Suruhanjaya Di Raja berkaitan projek IC di Sabah mengaku bakawa dia telah mengeluarkan ribuan kad pengenalan kepada rakyat asing pada musim pilihan raya era 1990 lagi. Katanya dia berikan IC itu mengikut prosedure. Akan tetapi dicuba mengaitkan Tunku pula, kononnya Tunku telah memberikan IC kepada rakyat asing selepas kemerdekaan.
Dalam kes ini saksi-saksi menyatakan telah diarahkan untuk menandatangani kertas pengenalan khusus untuk pengundian dan ada mengakui telah diarah keluarkan IC kepada rakyat asing atas arahan orang politik atasan. Ada yang menginap di rumah Aziz Shamsuddin, pada ketika itu Setiausaha politik Mahathir dan ada pegawai pendaftaran diarahkan oleh Megat Joned, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu. Lihat betapa buruknya perangai pemimpin-pemimpin politik Umno termasuk Mahathir. Mereka telah mengkhianati negara. Mereka harus disiasat dan didakwa.
Inikah pemimpin dan parti politik yang mahu kita kekalkan dalam pentadbiran negara?
Ingat tak beberapa bulan lalu ketika ada desas desus mendakwa bahawa keluarga Mahatahir memonopoli Petronas. Jawab Mahathair, bukan dia dan anak-anak dia sahaja yang membolot kekayaan negara, tetapi anak menantu Abdullah Badawi juga sama. Kenapa mesti pin point pada dia saja?
Jelas, memang terang dan nyata para pemimpin UMNO di atas sana semuanya pak lahap dan sapu harta rakyat tanpa belas kasihan. Buktinya, Mahathir sendiri menyatakan bukan dia seorang yang lakukan, PM-PM lain sama juga macam dia. Jangan kaitkan dia seorang saja. Ada perumpuaan Inggeris mengatakan, "If you scratch my back, I'll scratch your back." Kalau kau cuba garu belakang aku, aku akan garu belakang kamu pula.
Hah! jelas. Kalau banyak lagi skandal rasuah dan penyelewengan kuasa dibongkar, tentu ramai lagi Mahatkahir akan kaitkan.
Akan tetapi, Mahatahir sampai sekarang belum lagi menjawab dakwaan dia memiliki hartanah dan wang ringgit bernilai US 44 billion di seluruh dunia. Kalau masih berdiam diri, bererti dakwaan itu benar. Dari mana dia memperolehi sebanyak itu wang dan hartabenda? Itu belum lagi terdengar ladang 'cowboy' nya beratus ekar di Argentina. Masihkah dimiliki oleh beliau? Siapa yang hadiahkannya harta sebanyak itu? Semua ini perlu disiasat untuk membersihkan nama baik negara kita daripada dipimpin oleh pemimpin rasuah.
Fikir-fikirkanlah! Apakah kita masih mahu kekalkan kuasa parti yang terus rasuah dan merasuah rakyat? Pemimpin kita perlu bersih! Parti yang memerintah negara perlu bersih! Jadi kita NYAHKAN parti dan pemimpin yang rasuah!
Tukar! Jangan tak tukar!
No comments:
Post a Comment