Pejabat Peguam Negara terlalu pantas dan cepat meyahut saranan Majlis Raja-Raja Melayu supaya skandal 1 MDB dipercepatkan siasatan dan dibawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat melakukan kesalahan. Kenyataan Majlis Raja-Raja tidak pula dinyatakan supaya 1 MDB dibersihkan daripada sebarang dakwaan.
Pejabat Peguam Negara nampaknya tersilap tafsir maksud yang tersirat di sebalik kenyataan Majlis Raja-Raja. Amat memeranjatkan Pejabat Peguam Negara dengan pantas menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa salahlaku dalam skandal 1 MDB. Mereka merujuk kepada laporan siasatan oleh Bank Negara terhadap 1 MDB yang mereka yakin dan percaya bahawa ada salahlaku berlaku dalam skandal itu. Bank Negara tidak boleh berbuat apa-apa kerana kuasa pendakwaan HANYA terletak di tangan Pejabat Peguam Negara. Walaupun mereka yakin ada kes untuk didakwa, tetapi kalau Pejabat Peguam Negara kata tidak ada kes, maka mereka tidak boleh buat apa-apa.
Walau bagaimanapun sebaik sahaja Pejabat Peguam Negara memberi kenyataan itu, Bank Negara dengan segera mengarahkan supaya 1 MDB membawa balik wang yang laburkan di luar negara. Menurut Bank Negara ketika meminta kebenaran itu daripada Bank Negara, 1 MDB memberikan dokumen yang meragukan. Apakah itu saja yang mampu dan terdaya dilakukan oleh Bank Negara? Bagaimana kalau 1 MDB tidak hiraukan arahan itu? Apa yang boleh Bank Negara lakukan.
Tindakan Pejabat Peguam Negara menimbulkan spekulasi baru pula. Dr. M sendiri meragui bahawa tidakan Pejabat Peguam Negara itu dipengaruhi oleh PM. Tanggapan ini tidak boleh ditolak begitu saja kerana campur tangan Najib dalam penyiasatan skandal ini sebelum ini menjadi sandaran kuat pandangan umum. Kalau benar ini berlaku, maka kes 1 MDB nampaknya tidak ke mena. Orang yang terlibat dalam kes ini nampaknya akan terbang bebas ke sana ke mari tanpa didakwa oleh sesiapa.
Perkembangan mutahkir, yang mencuri terlepas bebas, yang mahu menangkap pencuri akan didakwa. Begitulah nampaknya episod di negara kita yang semakin terancam peraturan perundangan.
1 comment:
Majlis raja-raja bukan badan siasatan ??????
Post a Comment