Tuesday, 24 April 2012

MSO dan Anwar

Aku baru baca artikel MSO dalam blog Anwar Ibrahim bertajuk, "Penghinaan terhadap Anwar tidak memberi bekas." Aku dah kenal MSO agak lama dan tahu benar pendirian, pandangan dan tempat dia berdiri. Artikel ini menarik kerana ia membongkar insiden di kalangan juak-juak yang telah meninggalkan Anwar dan PKR, yang ramai tidak tahu. MSO menulis apa yang berlaku di depan matanya, apa yang ada dalam fikirannya. Elok dibaca oleh pembaca umum.

Aku bersetuju dengan pandangan MSO. Aku  percaya Anwar bukan calang-calang orang yang kental semangat fizikal dan spritualnya. Tidak ramai  orang yang sanggup menghadapi pelbagai fitnah yang datang satu demi satu. Aku percaya waimah Mahathir mahupun Najib tentu tidak akan sanggup menghadapi fitnah yang dimainkan setiap hari oleh media seperti apa yang berlaku terhadap peribadi Anwar. Namun setakat ini semangat Anwar semakin kental dan berani menghadapi fitnah ini dan memang pun segala tohmahan itu tidak mendatangkan bekas, malah meimbulkan simpati orang ramai terhadapnya.

Bukan nak memuji atau nak mengampu (kerana itu bukan sifat aku) akan tetapi semakin difitnah Anwar semakin kuat menghadapi serangan fitnah ini. Semangat melawannya harus dipuji, sifat sabarnya harus dicontohi. Sejujurnya, kalau aku sendiri dalam keadaan Anwar, dah lama aku angkat tangan.  Sejak disingkir daripada kerajaan dan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir Mohamad, pelbagai fitnah dilempar terhadap beliau. Yang memulakannya ialah Mahtahir Mohamad, bolehlah juga dianggap Mahatahir sebagai bapak fitnah. Kemudian dituruti oleh koco-konconya termasuk mutakhir sekali kawan-kawan baik Anwar yang mengikut MSO pernah makan minum dan berak di rumah Anwar.

Satu lagi yang aku dapat lihat pribadi Anwar ialah, selama ini dia tidak pernah menimbulkan keburukan terhadap mereka yang memfitnahnya. Dia tidak membalas dengan kata-kata buruk, kasar atau mencungkil peribadi lawan-lawannya, apa lagi memfitnah mereka. Anwar hanya akan mengambil tindakan undang-undang terhadp mereka yang diyakininya memfitnah beliau. Aku belum dengar lagi Anwar memburukkan perangai Ruslan Kassim, Ezam Md. Nor, Nallakurapan dan yang lain-lain, sebaliknya mereka inilah yang banyak memburuk-burukkan Anwar. Peribadi Anwar mencerminkan watak kepemimpinannya.

Tak apalah, biarkanlah mereka terjun dengan labu-labunya. Rakyat boleh menilai jenis peribadi apakah mereka ini kerana jelas sekali mereka hanya pentingkan perut dan saku sendiri daripada mempertahankan prinsip perjuangan, apa lagi mempertahankan hak rakyat. Lihat Ezam, Nalla sudah jadi senator. Ruslan Kassim terkial-kial untuk mendapat jawatan tinggi dalam Umno. Akhirnya jadi timbalan presiden Perkasa di bawah Ibrahim Ali yang juga boleh dipertikaikan kewibawannya. Itupun syukurlah!

Apapun, aku salut Anwar Ibrahim, bukan kerana apa-apa tetapi kerana semangat, pendirian dan prinsipnya. Bukan semua yang dilakukan Anwar aku setuju, tetapi dalam kes fitnah ini, aku rasa aku patut salut beliau terhadap pendirian dan semangat kental beliau.

Aku tak kenal rapat pun dengan Anwar. Pujian ini bukan mengampu tetapi suatu penrnyataan ikhlas daripada aku. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan pandangan aku, tak mengapa, aku menghormati pandangan kalian selagi ianya tidak bertentangan dengan kebenaran dan tidak berunsur fitnah.

Fitnah bukan saja merosakkan masyarakat, tetapi berdosa besar. Hanya mereka yang beriman saja yang takut membuat fitnah! Wallahualam!

JANGAN LUPA JANJI KITA UNTUK BERHIMPUN 'DUDUK BANTAH'  DI DATARAN MERDEKA PADA 28 APRIL INI !

1 comment:

barajiwa said...

Sdr Razali,

Setuju dengan tanggapan tuan walaupun masih belum begitu selesa dengan 'deklarasi' tersohor saudara di kalangan sahabat-sahabat dalam PAKSI:

"Semua orang politik itu sama saja. Bila dapat kuasa, mereka serupa!"

Ya, saya juga sedih pabila melihat sudah ada yang katanya Islami itu juga sudah karut marut tingkah lakunya. Pada tanggapanku yang mungkin keliru, sebenarnya mereka, para penjual agama ini lebih teruk kedudukannya jika dibandingkan dengan yang sekular totok itu.

Demikianlah pentingnya kenapa penulis itu 'jujur' pada dirinya sendiri. Ya, penulis sejati tak menjadi lalat dan juga alat.

Marilah kita teruskan usaha untuk melahirkan penulis generasi baru. Penulis - bukannya alat atau pun lalat.

Wallahuaklam.