Saturday 14 April 2012

Wacana Hassan Ali di PPAS

Aku terima SMS daripada Dinsman pagi ini, katanya wacana pemikiran Datuk Hassan Ahmad, 'Metofora pemikiran Melayu,' anjuran PAKSI dan Perpustakaan Awam Selangor, di PPAS mendapat sambutan baik terutama para cendiakawan, profesor dan pensyarah universiti. Sayangya aku tak dapat hadir kerana tidak sihat. Aku sepatutnya menjadi moderator pagi ini, nampaknya terlepas peluang aku untuk beraksi dan mempamirkan diri sebagai seorang moderator.

Apapun aku ucapkan syabas kepada Dinsman dan Paksi yang berjaya melaksanakan program tersebut, dengan banyak lagi program keilmuan akan menyusul. Seharusnya persatuan-persatuan penulis mengikut langkah ini, terutama Gapena yang mungkin boleh mengajurkan wacana yang lebih besar lagi. Bagi kami dalam Paksi, kita mahu, perlu dan menghormati perbezaan pendapat dan meraikan percambahan pendapat ini dengan hujah-hujah yang bersifat intelektual dan positif.

Tak mengapalah, manusia hanya mampu merancang, yang menentukan ialah Allah. Begitu juga dengan kesihatanku, aku kira dapat menghabiskan segala komitmen yang sudah ada dalam perancangan, tak tahulah sama ada akan dapat memenuhinya atau tidak.

Semalam IJN sudah mengingatkan aku melalui SMS nya tentang janjitemu pada Isnin ini. Insyallah, aku akan hadir. Aku tidak tahu apa nasihat dan keputusan doktor nanti. Kalau mengikut nasihat doktor pakar jantung di Hospital Pantai di Melaka, aku harus menjalani 'agioplasty' atau kemungkinan besar pembedahan 'by-pass.'

Masyallah! aku hanya mampu pasrah. Kepada kawan-kawan, sahabat handai dan saudara mara, doakan semoga apapun keputusan doktor, aku akan diselamatkan oleh Allah AWT. Insyallah!

Kalau ada kesempatan akan aku cuba laporkan dalam blog ini. Wasalam!

2 comments:

barajiwa said...

Sdr Razali,

Di sebalik kesihatan yang kurang memuaskan, masih juga saudara mencoretkan sesuatu untuk perhatian teman-teman. Terima kasih kerana masih mahu mencoret. Percayalah, doa kami sentiasa bersama saudara.

Pagi ini insyallah, ada yang berkumpul di sebuah masjid di Rawang, bercakap tentang penulisan kepada teman-temannya Masjid.

Sebagai penutup, kita ingin bertanya:

Apakah tajuk catatan ini menunjukkan bahawa tempias fenomena anak Ali itu masih lagi bersisa dalam diri saudara?

Semoga kita dapat berkumpul semula tidak lama lagi. Amin.


Kassim Muhamad.

Azman Daud said...

Pakcik, saya rasa tajuk tu silap... Sepatutnya wacana Hassan Ahmad bukan Hasan Ali... :)