Aku naik bingung, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sewenang-wenang aje mengeluarkan fatwa bahawa Bersih 3.0 itu HARAM. Majlis Fatwa ini tak kerja lain hanya mengharamkan apa-apa aje yang difikirkannya tidak sehaluan dengan majikannya.
Aku pelik dan hairan, sepantas dan secepat itu fatwa itu dikeluarkan. Yang aku tahu setiap fatwa yang akan dikeluarkan mestilah berasakan Al-Quran, Hadis dan Itjmak ulama. Itu saja tidak mencukupi, Majlis Fatwa mesti adakan kajian dan penyelidikan yang rinci, terutama yang menyentuh kejadian-kejadian yang tidak terdapat pada zaman Nabi. Bekas Mufti Perlis Dr. Asri juga berpendapat, pada zaman dunia tanpa sempadan dan teknologi canggih ini, fatwa tidak seharusnya bersandarkan pada Al-Quran, dan Hadis semata-mata.
Dalam konteks Bersih 3.0, setahu aku tidak terdengar Jawatankuasa Fatwa ini ada mengadakan interview dengan penganjur dan para peserta untuk mendapat gambaran yang lebih jelas. Nampak gayanya Jawatankuasa ini hanya mendengar sebelah pihak saja, atau mungkin menerima arahan pihak atasan saja.
Kalau begitu jadinya Fatwa itu bukan fatwa sebenarnya tetapi hanya Petua saja. Jangan jadikan Majlis Fatwa dan fatwa-fatwanya bukan saja tidak dihormati, tetapi menjadi bahan ketawa orang ramai aja. Justeru itu berhati-hatilah sebelum mengeluarkan Fatwa supaya fatwa itu tidak berat sebelah dan tidak pula dijadikan sebagai bahan lulucuan.
No comments:
Post a Comment