PRU 13 merupakan pilihan raya paling kotor, menurut ramai ahli dan penganalisis politik. Ini diyakinkan dengan sumpah dan tekad PM Najib mahu mempertahankan Putrajaya sehingga ketitisan darah yang terakhir walau dengan apa cara sekalipun. Tindakan-tindakan Najib mutakhir ini menggambarkan betapa desperatenya beliau mahu mempertahankan kuasa dengan menabur wang ringgit, ugutan dan yang seumpamanya.
PRU 13 yang tarikhnya masih berada di tangan Najib masih menjadi tandatanya orang ramai. Najib belum berani mengumumkan pilihan raya kerana tidak yakin akan menang. Dia tunggu masa yang paling sesuai dan kira-kira yakin akan menang, baru akan diumumkan tarikh pilihan raya. Ketidakberaniannya ini menyusahkan orang ramai dan mencerminkan kegusaranya akan kehilangan kuasa dan era kekuasaan BN/Umno akan berakhir selepas PRU 13.
Justeru itu pelbagai tipu helah digunakan bagi memastikan BN/Umno menang dalam PRU 13. Senarai pengundi dalam simpanan SPR masih belum dibersihkan. Tuntutan Bersih 3.0 supaya senarai nama pengundi dibersihkan daripada sebarang pencemaran masih belum kelihatan dilaksanakan. Sebaliknya kerajaan pula cuba mengalihkan perhatian orang ramai daripada tuntutan 8 perkara oleh Bersin 3.0 kepada pendakwaan terhadap Jawatankuasa pemandu Bersih 3.0 dan Anwar Ibrahim dan teman-temannya. Apabila tumpuan utama tuntutan dapat dipesongkan, maka kerajaan mengharapkan rakyat akan memberi sokongan kepada mereka. Rakyat harus berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan tipu helah ini.
Aku dapat tahu bahawa kertas undi sudahpun dicetak dengan banyaknya. Kertas undi ini siap dicetak pada April lalu. Aku bertanyakan sumber ini, berapa banyak dicetak? Katanya banyak. Aku tanya lagi bukankah seharusnya dicetak cukup-cukup dengan jumlah pengundi yang senarai nama mereka sudah digazetkan? Katanya lebih daripada itu. Aku tanya lagi tidakkah sesiapa, pihak ketiga seperti Badan Audit umpamanya menjadi pemerhati atau saksi apabila kertas undi ini dicetak. Katanya, sepanjang yang dia tahu tidak ada pihak ketiga. Namun katanya memang proses percetakan itu dikawal ketat oleh pihak polis.
Katanya lagi yang cuma belum dicetak di atas kertas undi itu ialah nombor siri serta nama dan lambang calon-calon yang bertanding. Malah, katanya kertas undi untuk Sabah dan Sarawak sudahpun dihantar kedua-dua negeri itu.
Aku tanya lagi, akan adakah kemungkinan kertas undi itu dimanipulasi? Dia tidak menolak kemungkinan itu. Katanya peluang untuk memanipulasi terdedah luas. Malah beberapa buah kontena sudah siap sedia untuk menghantar kertas-kertas undi ini ke tempat-tempat pengundian. Apapun boleh berlaku, katanya.
Wah! PR wajib ambil perhatian ini. Bagaimana kertas undi boleh dicetak tanpa dipantau oleh pihak ketiga? Pergerakan kertas undipun patut dipantau. Pernah terjadi apabila pengiraan undi diminta dikira semula, tiba-tiba calon yang kalah sebelumnya menjadi menang pula walaupun dengan undi yang tipis. Dari mana datangnya undi yang lebih ini? Entahlah!
Kebarangkalian penipuan kertas undi ini tidak boleh dipandang enteng. Ia memberikan impak dan implikasi yang besar dalam pengiraan undi. Dalam saat keraguan yang amat besar terpalit di tubuh SPR, kemungkinan ini berlaku tidak boleh ditolak begitu saja. SPR belum lagi dapat meyakinkan rakyat terhadap kewibawaan mereka. Rakyat mahu melihat pembersihan dilakukan dalam SPR secara drastik. Rakyat mahu pilihan raya ke 13 diadakan selepas senarai nama pengundi dibersihkan.
Setakat ini SPR kelihatan tidak berusaha secara bersungguh-sungguh terhadap tuntutan itu. Sebaliknya SPR cuba melengah-lengahkannya dan turut cuba memesong tuntutan orang ramai supaya PRU 13 diadakan secara adil dan bersih kepada isu-isu lain yang tidak relevan. Rakyat mahu PRU 13 diadakan secara adil, saksama dan bersih. Sebelum SPR dibersihkan, PRU 13 tidak patut diadakan, inilah tuntutan rakyat. Ini jelas terbukti dengan kajian oleh Badan Bebas yang mana 92 peratus respondan dalam kajiannya mahukan SPR membersihkan senarai nama pengundi.
Awas! Hubaya1 Hubaya! jangan kita terus tertipu dan ditipu!
No comments:
Post a Comment