Wednesday 2 May 2012

Tubuhkan Segera IPCMC

Melihat pelbagai video dalam internet yang memaparkan keganasan polis terhadap para peserta Bersih 3.0, saya berasa amat jelik, jijik dan geram. Seperti entri saya sebelum ini semua insiden ini berlaku selepas 4 petang iaitu waktu yang dijanjikan oleh Bersih untuk bersurai. Malahan menurut laporan Ambiga sudah mengeluarkan arahannya supaya bersurai seawal sekitar jam 3 petang.

 Ada insiden sekumpulan polis beruniform masuk mengamuk di dalam sebuah restoran di mana beberapa orang peserta Bersih sedang minum, mengarahkan mereka keluar dan mengasari mereka. Aku lihat mereka yang di dalam restoran itu tidak berbuat apa-apa, hanya minum dan makan, sebaliknya sekumpulan anggota polis yang datang dan masuk dengan kasar dan memecahkan sesuatu di muka pintu. Alahai Polis!

Majlis peguam mahu membantu peserta Bersih mengambil tindakan undang-undang sibil terhadap polis. Saya kira itu tidak cukup, polis yang melakukan kesalahan ini mesti menghadapi tindakahn dan dihukum mengikut undang-undang negara. Mereka tidak boleh dilepaskan begitu saja, kerana undang-undang tidak boleh mengatasi sesiapa waimah pihak polis. Banyak kes polis tidak diambil tindakan pun walaupun bukti jelas mereka melakukan kesalahan melanggar hak asasi kemanusiaan.

Malangnya, peserta harus membuat aduan kepada pihak polis, sama ada polis siasat atau tidak, belum tahu. Kalau polis siasat dia siasat anggotanya, pastinya kalaupun didapati anggotanya melakukan kesalahan kemungkinan besar mereka akan cuba menutupnya kerana mendakwa anggota sendiri seperti membuka pekung di dada. Rakyat tidak boleh biarkan polis melakukan apa saja mengikut suka mereka. Mereka mesti juga dikawal oleh undang-undang supaya mereka patuh pada peraturan.

Sudah sampai masanya rakyat menuntut supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis atau (IPCMC) ditubuhkan segera untuk mebendung tindakan liar polis. IPCMC pada mulanya dulu dipersetujui oleh Pak Lah ketika jadi PM, akan tetapi pihak polis menentang, maka IPCMC pun ghaib dan dilupakan orang. Polis menentang kerana mereka tidak mahu disiasat oleh badan lain kecuali oleh polis sendiri. Betulkah ini? Adilkah ini? Tentu rakyat ragu akan timbul pelbagai persepsi.

Bersih serta Ngo lain termasuk parti-parti pembangkang harus memberi tekanan kepada kerajaan supaya menubuhkan semula IPCMC. Tuntutan kesatuan wartawan supaya sebuah badan bebas yang tidak melibatkan polis ditubuh untuk menyasiat kekasaran polis terhadap ahlinya adalah sesuatau yang wajar. Kalau IPCMC sudah diwujudkan, maka semua pihak boleh buat aduan kepada IPCMC dan menjadi tanggungjawab badan itu menyaisat dan mendakwa anggota polis yang didapati melakukan salahlaku.

Bukan tak boleh mengadu kepada Suhakam, tetapi badan ini hanya boleh menyiasat dan tidak boleh mendakwa. Suhakam ibarat harimau yang dipelihara tetapi taring dan kukunya awal-awal lagi sudah dipotong.

Apapun kita tidak harus dihanyutkan oleh pelbagai insiden oleh pihak polis ini. Matlamat Bersih ialah memperjuangkan piliharaya yang bersih, adil dan saksama. SPR harus membersihkan kekotoran yang terpalit pada tubuh mereka. Senarai nama pemilih mesti dibersihkan sebelum pilihanraya diadakan. Di samping menuntut penubuhan semula IPCMC tuntutan asal ini mesti terus diperjuangkan. Wallahulam!

1 comment:

barajiwa said...

"Apapun kita tidak harus dihanyutkan oleh pelbagai insiden oleh pihak polis ini. Matlamat Bersih ialah memperjuangkan piliharaya yang bersih, adil dan saksama."

Itulah yang menjadi tumpuan sejak mula dulu. Yang lain-lainnya, biar betapa xxxx xxx sekali pun hanyalah pembasuh mulut.

Lihatlah muka depan akhbarnya. Tak malu bila anak, cucu melihatnya? Perosak bangsa ini masih mau dipertahankan? Seminarlah sebulan, siang dan malam, cerita perbuatan Umno tak akan khatam.

Kita humban saja Umno. Humban secara sah via pilihan raya yang halal.

Wallahuaklam.

ps: Bila nak baca yasin di Dataran Merdeka?