Nampaknya BN khususnya Umno sudah amat terdesak menghadapi PRU 13. Pelbagai macam cara diguna dan dipergunakan untuk menakut-nakutkan rakyat terhadap PR. Bermula daripada pendakwaan Anwar kerana kononnya meliwat Saiful, kes ditolak. Kemudian ditimbulkan gambar lucah kononnya Anwar bersama amoi cina dalam sebuah hotel, juga tidak dipercayai rakyat. Mereka diedarkan pula gambar-gambar wajah mirip Azmin Ali dengan seorang perempuan dalam bilik hotel, inipun ramai rakyat tidak percaya. Jelas sekali stratgei kelucahan dengan cara pembohongan ini memakan diri mereka.
Kini mereka beralih taktik pula dengan menggunakan kekerasan mengganggu ceramah-ceramah PR di seluruh negara. Insiden membaling batu dan telur sehingga mencederakan orang ramai, merosakkan kenderaan dengan memancitkannya serta dilempar cat, ugutan dengan tujuan menakut-nakutkan rakyat semakin menjadi-jadi. Bagaimana Polis boleh membenarkan ceramah kedua parti yang berseteru ini mengadakan ceramah dalam jarak 10 meter, amat membingungkan. Apakah polis mahu menggalakan pergaduhan?
Anehnya selepas kejadian tak terdengar pula sesiapa ditangkap atau didakwa di mahkamah. Ini kerana perbuatan itu dilakukan oleh Umno/BN, maka polis tutup sebelah mata. Aku percaya kalau insiden buruk ini dimulakan oleh penyokong PR, pastinya mereka segera akan ditangkap dan dituduh di mahkamah. Polis kena adillah dalam melaksanakan undang-undang. Kalau polis hanya memandang dengan sebelah mata dan mendengar dengan satu telinga, pastinya akan memburukkan lagi nama Polis di kalangan rakyat.
Aku percaya kerja-kerja hina dan jijik ini yang dilakukan oleh Umno sudahpun memakan diri.
Sebagai contoh, tindakan penjaja menjaja serta perbuatan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga, sudah mula menimbulkan kebencian rakyat. Pada mulanya mereka ini mendapat sokongan kuat UMNO/BN. Kalau tak silap saya pada hari pertama penjaja yang buka perniagaan di hadapan rumah Ambiga memakai baju T berlambangkan dacing. Maka jelas mereka adalah penyokong kuat BN, maka tindakan mereka itu tentu sekali direstui oleh BN.
Apa dah jadi sekarang? Masyarakat memandang jijik dan tidak menyokong tindakan mereka, akibatnya BN/Umno menafikan mereka ini mendapat sokongan BN. Ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor baru-baru ini. Begitu juga dengan peristiwa membaling batu, Umno menafikan ada arahan dikeluarkan. Sama ada arahan dikeluarkan atau tidak, pastinya yang memaling batu itu penyokong dan orang Umno. Ini bukan berlaku di suatu tempat saja, tetapi di seluruh negara terutama di Semenanjung. Umno/BN jangan cuba bersembunyi di sebalik daun sehelai. Rakyat yang peka, berfikiran terbuka dan kritis tahu membuat penilaiannya. Cuma rakyat yang tolol dan bodoh saja macam keldai dicucuk hidung akan mempercayai apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno. Kesian mereka. Kalau mereka diberikan pendedahan kita yakin mereka ini juga akan diberikan hidayah oleh Allah dan dapat membezakan antara kebenaran dan pembohongan.
Yang lagi membingungkan, kerajaan pula mengemukakan sama sivil terhadap jawatankuasa pemandu Bersih. Kerajaan minta gantirugi kerana kerosakan dan kemusnahan kereta peronda polis dan kenderaan yang lain. Aku pun tak faham atas asas apa tindakan sivil ini diambil oleh kerajaan. Ianya memperlihatkan kerjajaan sudah hilang autoriti. Ini petanda jelas kerajaan Umno/BN akan hilang kuasanya pada PRU13 nanti. Yang jelas ini satu perang psikologi politik, cuba menimbulkan keresahan dan ketakutan dalam kalangan rakyat dan PR. Ia cuma gertak, mahu melihat sejauh mana gertakan ini memberi kesan kepada keuntungan politik BN.
Umno/BN akan rugi sekiranya terus menggunakan taktik kotor dan jijik ini. Rakyat sudah pandai menilai mana yang betul dan mana yang salah. Rakyat sekarang tidak boleh disamakan dengan rakyat pada zaman 60-70an dulu. Kini pelbagai informasi boleh diperolehi melalui media internet. Media yang masih mengamalkan propaganda bodoh dan cuba memperbodohkan rakyat akan hilang krebiliti mereka dan tidak akan dibaca atau didengar oleh rakyat. Rakyat sudah celik maka mereka mendambakan suatu era politik yang lebih aman, terbuka, intelektual dan dapat mewujudkan politik budiman. Rakyat sudah muak, bosan dan jelik dengan politik kotor, fitnah serta membunuh karekter ahli politik lawan. Politik ialah berhujah, bukan memfitnah. Justeru lawanlah berhujah dengan fakta, maka dengan itu rakyat akan menilai kepintaran, kebolehan dan kewibawaan seseorang ahli politik dan parti politik yang mereka wakili.
Debat Rafizi dengan KJ baru-baru ini satu permulaan yang baik ke arah dunia politik yang budiman. KJ telah menunjukkan kepetahannya berpidato, begitu juga denga Rafizi. Keberanian KJ adalah manifestasi pencerahan dalam dunia politik Umno dan BN sendiri. Jangan takut berdebat, kerana debat memperlihatkan kebijaksanaan kita sebagai ahli politik. Di negara-negara maju debat antara pemimpin parti politik sudah lumrah dan dijadikan budaya mereka. Debat ini pula disiarkan secara langsung melalui TV. Sebab itu tindakan Astro Awani menyiarkan debat KJ dengan Rafizi secara langsung patut dipuji dan diberi penghargaan.
Oleh yang demikian kita tunggu debat antara PM Najib dengan Anwar Ibrahim. Jangan takut berhujah secara gentleman, jangan hanya berani berhujah di hadapan khalayak yang pekat menyokong parti masing-masing. Najib mesti sahut cabaran ini.
No comments:
Post a Comment