Aku juga agak terkeliru dengan isu 'Seksualiti Merdeka' anjuran sekelompok aktivis hak asasi yang menjadi kontrovesi hangat sekarang. Sejujurnya sebelum ini aku tidak pernah mendengar isu ini walaupun sudah diadakan semenjak 2008 lagi. Aku juga tidak tahu bahawa Marina Mahatahir, anak bekas PM Mahathair Mohamad pernah merasmikan persidangan itu dua tahun lalu. Tak pula aku tahu selain Marina siapa agaknya yang pernah merasmikan pertemuan itu sebelum ini? Aku agak tentu orang kenamaan atau penyokong BN kut?
Apabila mendengar, melihat serta membaca kenyataan media yang dikeluarkan oleh Marina dan Ambiga berkaitan isu itu, baru aku faham bahawa tujuan sebenarnya persidangan itu bukan menganjurkan sex bebas seperti yang dibesar-besarkan oleh media. Kata Marina, media telah memfitnah penganjur dengan memberi gambaran yang salah. Beliau merujuk terus kepada TV 3. Ambiga juga demikian pendiriannya dan mencabar media supaya menyiarkan kenyataannya sepenuhnya, kalau tidak akan menghadapi risiko disaman.
Aku kira ramai orang terkeliru dengan tajuk penganjuran itu. 'Seksualiti Merdeka' bererta seks bebas, kerana erti merdeka umumnya ialah 'bebas' atau 'kebebasan'. Maka penganjur juga harus memikul tanggungjawab terhadap kekeliruan ini. Kenyataan Ambiga dan Marina menyatakan bahawa pihak pengajur cuba memahami permasalahan kelompok gay yang minoriti supaya mereka diberitahu dan difahamkan hak-hak mereka sebagai gay atau pondan dalam kerangka undang-undang negara. Persidangan itu bersifat membimbing, bukan menganjurkan seks bebas! 'Gila ke dan anjurkan seks bebas?' tanya Marina dengan marah.
Tapi lama juga ya persidangan itu? Apa yang dibincangkan terlalu lama begitu? Berat sangatkan masalah gay atau pondan ini?
Apapun aku tidak pasti sama ada penjelasan itu ada kebenarannya atau tidak. Mungkin betul, kalau tidak takkan boleh berlangsung selama 4 tahun berturut-turut tanpa kontrovesi serta ganguan daripada pihak polis.
Aku lihat media milik BN/Umno sengaja membesar-besarkan isu ini bukan kerana objektif persidangan ini, tetapi kerana S. Ambiga yang akan merasmikan persidangan ini pada 9 November ini. Maka inilah peluang bagi BN/Umno menghentam Ambiga menggunakan isu ini supaya menimbulkan rasa meluat dan marah rakyat kepada Ambiga. Umum tahu Ambiga adalah Pengerusi Bersih 2.0 serta lantang memperjuangkan pembersihan SPR dan mendapat sambutan ratusan ribu rakyat ketika demonstrasi Bersih Jun lalu. Inilah peluang dan masanya bagi juak-juak BN/Umno membinasakan nama baik Ambiga.
Aku percaya kalau orang lain (selain Ambiga) yang merasmikan persidangan itu kali ini, sudah tentu isu ini tidak dibesar-besarkan, maka dengan itu rakyat pun tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi objektif persidangan. Ambiga telah memilih salah waktu dan salah tempat, dan yang demikian menjadi sasaran mudah untuk dimangsakan.
Aku lihat daripada sudut ini iaitu persidangan ini dipolitikkan oleh media BN/Umno untuk kepentingan mereka. Inilah jadinya, kalau semua perkara mahu dipolitikkan. Politik sudah mengotori budaya dan menghodohkan kehidupan manusia.
Entahlah! 'dunia sekarang bukan saja hodoh, tetapi bodoh!' demikian madah SN Dato' A. Samad Said.
2 comments:
Syukurlah saudara juga turut memberikan ulasan dalam isu ini. Demikianlah kita, khususnya orang-orang Melayu digiring, dikepung untuk dihimpunkan supaya sentiasa dalam kegelapan, diperbodoh-bodohkan olehnya. Sedih juga jika terus-terusan begini: Bayangkan berapa banyak tenaga dan sumber dibazirkan demi untuk mempertahankan kuasa. Kita perlukan perubahan dengan ingatan yang mahu mengubah tidak menjadi seperti yang mau diubah. Bak kata Sdr: Dua kali lima.
Saya juga berpendapat begitu.
Post a Comment