Sunday, 29 April 2012

Syabas Anak Muda !

Syabas! Aku kira Bersih 3.0 amat berjaya sekali mengumpul ratusan ribu rakyat di Kuala Lumpur, walaupun mengikut laporan Utusan hanya sekadar 4,000 orang saja dan mereka ini kononnya diupah.
Nasihat aku pada Utusan, janganlah cuba memperbodohkan orang ramai terutama pembaca kamu. Masyarakat sekarang sudah celik dan terserlah dengan pelbagai informasi.

Bidalan orang tua-tua dulu ada mengatakn, 'ukur baju di badan sendiri.' Ini buktinya wartawan Utusan cuba mengukur baju orang lain mengikut ukuran bajunya. Jangan samakan himpunan Umno/BN dengan PR. Bukan menjadi rahsia  kalau himpunan Umno/BN tidak akan ramai orang yang datang, yang datang pun kakitangan kerajaan, murid-murid sekolah yang dipaksa hadir. Orang kampung diangkut dengan berpuluh-puluh buah bas dengan percuma dan  dihulurkan duit kepada mereka. Ini bukan rahasia, ini kenyataan!

Aku kagum dengan kehadiran Bersih 3.0 yang mengikut anggaran S.Ambiga tidak kurang 250,00 yang turut serta. Ini satu jumlah yang besar. Dan aku yakin mereka datang atas kesedaran dan kehendak sendiri, tidak dipaksa oleh sesiapa, apa lagi diupah! Yang kelihatan anak muda pelbagai kaum, Cina, India, Iban orang asli yang rata-rata lahir pada era 80 dan 90 an. Ini satu perkembangan yang positif dalam jagat politik tanah air. Kesedaran inilah sangat dialu-alukan kerana tanpa kesedaran anak muda akan menajdai pasif dan hanya mengiyakan saja apa yang diucapkan oleh kuasawan.

Cuma aku kesian kali ini Pak Samad tidak dapat mengepalai perarakan kerana siang-siang lagi dia sudah dihalang oleh polis menggunakan jambatan melintasia dari Pasar Seni  ke Daya Bumi. Beliau hampa dengan tindakan polis lalu duduk bantah di atas jambatan itu. Seharusnya peserta memimpin beliau dan membawa beliau ke Dataran Merdeka. Beliau harus bersama-sama rakyat, jangan dibiarakn duduk di atas jambatan itu. Apa pun aku salut Pak Samad yang masih bertenaga menyatakan pendiriannya walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan.

Meskipun Unggun Bersih tidak dapat dinyalakan di Dataran Merdeka, namun semangat mereka lebih panas daripada unggun api yang membara. Apa lagi apabila dilarang menggunakan hak mereka sebagai rakyat negara ini menggunakan Dataran Merdeka. Inilah puncanya mereka marah dan ada yang berani merempuh halangan itu dan akhirnya mereka ditembak juga dengan semburan air kimia dan gas pemedih mata. Ada berita mengatakan sebuah kereta peronda polis diterbalikkan di hadapan Sogo kerana orang ramai marah kononnya ada peserta dilanggar oleh kereta polis. Mujur anggota polis itu diselamatkan oleh, khabarnya pemuda Keadilan (AMK), akan tetapi ada peserta dan anggota polis yang cedera. Aku simpati dengan keadaan ini kerana ianya tidak harus berlaku. 

Sudah dijangkakan peristiwa ini akan dibsesar-besarkan oleh konco-konco Umno/BN dan media arus perdana menuduh Bersih punca segala-galanya. Rais Yatim pun dah komen katanya Bersih sudah kotor kerana peristiwa tersebut. Tak apalah itu hak mereka untuk kata apa saja.

Bagi aku kesalahan harus dipikul oleh kerajaan yang berdolak dalik sejak dari mula lagi. Sama juga ketika Bersih 2.0 mahu adakan perhimpunan pada 9 Julai 2011 dulu, PM berdolak dali, Hisahamuddin berkata begitu, Polis berkata begini, akhirnya kekecohan berlaku. Kemudian mereka salahkan pengajur.

Kerajaan sewajarnya membenarkan penganjur Bersih menggunakan lokasi yang mereka pohon. Sekiranya setelah kebenaran diberikan, masih berlaku peristiwa seperti yang berlaku kali ini, barulah kerajaan boleh menyalahkan penganjur. Ini semua berpunca daripada kerajaan yang memegang teraju pemerintahan. Berikan mereka peluang, aku percaya kerajaan akan mendapat kreditnya.

Rakyat sudah menunjukkan perasaan mereka yang kurang senang dengan proses pengundian yang dikendalikan oleh SPR. Kerajaan dan SPR harus mengambil tindakan segera kalau tidak mahu rakyat turun sekali lagi di jalan raya. Syabas! Rakyat Malaysia! Jangan dibiarkan gerombolan ini menarik hidung dan terus memperbodohkan kita. Kalau mereka sudah bodoh, jangan diajak kita menjadi bodoh macam mereka ! Wallahualam!

1 comment:

barajiwa said...

Adakah satu dosa besar, menuntut pilihan raya yang bersih, adil dan telus? Bolehkah sesebuah parti politik itu terus memerintah dengan cara MENIPU? Bukankah itu isu pokok yang diperjuangkan Bersih, sejak awal-awal lagi - di bawah pimpinan Syed Shahir?

Kini di tengah-tengah kita sudahpun muncul API. Kita baru saja selesai Bersih 3.0. Kita juga semakin ketahui wajah sebenar orang kuat SPR itu apa.

Apakah pilihan kita? Ayuh, kita terus maju sehingga pilihan raya kita - betul-betul telus, adil dan bersih.