Sunday, 26 April 2015

Perang Semakin Sengit

Perang di Yaman, Syria dan Iraq masih belum reda. Begitu juga perang antara Dr. M dengan Najib masih bergelora. Dr. M minta Najib letak jawatan atas alasan 1MDB dan siapa arah Atantuya dibunuh masih belum dijawab oleh Najib.

Najib masih berdegil, keberatan mahu letak jawatan. Apa perlukah Najib letak jawatan? Siapa pun yang menggantikan Najib akan serupa juga caranya dengan Najib. Umno/BN sudah setkan kaedah dan cara yang harus diteruskan oleh PM-PM. Dengan penggantian Najib yang didesak oleh Dr. M bererti transformasi Najib GAGAL.

Kalau Najib letak jawatan, harapan Pakatan berhasrat menjatuhkan BN/Umno akan turut gagal. Selagi Najib berada di kerusi PM, maka mudahlah peluru di sasarkan kearah Najib, yang semakin gelabah diasak oleh Dr. M. Tambah lagi masalah GST yang membebankan rakyat menjadi peluru untuk ditembak ke arah Najib. Rata-rata rakyat sangat marah terhadap kerajaan yang mengenakan GST. Barang-barang makanan harian pun dikenakan GST, dahulu tidak pun dikenakan cukai. Biarkan rakyat terus marah, lagi mudah menjatuhkan BN/Umno. Walahuallam!

Tuesday, 21 April 2015

IGP Mesti Letak Jawatan

Jelas dan nyata sekali pihak polis terutama IGP melaksanakan pendakwaan terpilih atau pilih kasih. Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah penyokong kuat Umno walaupun pemikirannya mirip parti pembangkang mecerakinkan lagi isu ini. Saifuddin menyatakan pihak polis mengamalkan pilih kasih dalam isu 'gereja' ini.

Sementara itu Datuk Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, menteri yang menjaga pasukan polis mempertahankan dakwaannya ada unsur menghasut dalam isu ini. Manakala IGP tegas menyatakan tidak ada unsur menghasut kerana tidak ada sesiapa yang cedera dalam tujuk perasaan itu. Kalau begitu andaiannya, banyak lagi kes tunjuk perasaan yang pesertanya ditangkap dan ditahan di dalam lokap kononnya kerana mengadakan perhimpunan haram, walaupun tiada sesiapa yang cedera. Zunar kartonis yang melukis yang melahirkan persaaannya melalui lukisan pun ditangkap dan dikenakan 9 pertuduhan, pada hal lukisan-lukisannya tidak pun mempengahruhi khalayak untuk membenci sesiapa.

Apa dah jadi dengan negara kita ini? Dakwaan pembangkang menyatakan pihak polis mempertahankan kuasa dan parti Umno jelas terbukti sekarang. Polis hanya mengambil tindakan segera apabila pihak pembangkang melakukan kesalahan. Sedangkan apabila pihak Umno membuat kesalahan, tiada apa-apa tindakan. Lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan abang sendiri yang menjadi dalang tunjuk perasaan itu. Jelas ada pilih kasih di sini.

Saya kira sudah sampai masanya IGP meletak jawatan secara terhormat, jangan sampai dipecat atau dipaksa oleh rakyat. Kita mahukan polis bertindak adil, bukan menyebelahi sesiapa, waimah ianya bersangkut dengan saudara kita sendiri. Berundurlah IGP! Undur secara hormat!

Monday, 20 April 2015

Umno dan Salib

Berita tentang sekumpulan seramai 50 orang penyokong Umno membuat demostrasi di hadapan sebuah gerjea di Kampung Medan, Jalam Kelang Lama, K.Lumpur amat mengaibkan umat Islam. Lebih memeranjatkan lagi demonstrasi itu diketuai oleh abang Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar serta bekas calon Umno di kawasan itu.

Tidak ada alasan kukuh yang mewajarkan mereka menunjuk perasaan di situ. Menurut media mereka menuntut supaya lambang salib di dinding gereja itu diturunkan, kononnya takut mempengaruhi umat Islam/Melayu di situ, yang majoriti mendiami kawasan itu. Khabarnya, pihak gereja menurunkan salib itu supaya tidak menimbulkan kekecohan lagi.

Berita ini cepat tersebar di internet. Ramai yang tidak setuju kerja bodoh penyokong Umno itu. Takkan lah dengan lambang salib itu umat Islam akan terpesong akidah mereka? Ini menunjukkan seolah-olah umat Melayu/Islam tidak toleren terhadap agama lain. Biarkanlah mereka dengan agama mereka, dan kita dengan agama kita. Alasan untuk berdemostrasi itu sangat dangkal.

Ada yang meminta supaya mereka disiasat mengikut Akta Hasutan. Kata ketua mereka, mereka tidak melanggar Akta Hasutan kerana tiada yang mati atau cedera dalam kejadian itu. Apakah siasatan hanya dilakukan setelah terjadi kematian dan kecederaan?  Atau apakah kerana demostrasi itu diketuai oleh abang Ketua Polis Negara, maka tidak perlu diadakan siasatan? Apa adakah pendakwaan terpilih dalam kes ini?

Saya fikir ada asas untuk siasatan di bawah Akta Hasutan. Siasat siapa yang menghasut peserta demostrasi supaya membuat tunjuk perasaan. Jangan apabila penyokong Pakatan melakukan demostrasi, tak sampai 24 jam polis sudah menunggu di rumah untuk mengadakan tangkapan. Kes Nurul Izzah jelas membuktikan dakwaan ini. Kita mahu lihat Ketua Polis Negara mengarahkan anggotanya menjalankan siastan pada kadar segera. Kita tunggu arahannya dalam fb nya.

Wednesday, 15 April 2015

Jho Low dah bersuara; Apa Najib nak kata?

Mengikut laporan media, Jho Low berkata, 'Pemimpin Umno kaki putar belit.' Betul ke? Katanya lagi 1DB diketahui oleh Umno bererti dalam pengetahuan Najib juga. Najib semakin resah dengan perkembangan terbaru ini. Apa Najib nak kata? Kita harap Najib akan memberi penjelasan selepas ini.!

Itu belum lagi Sirul bersuara, kalau Sirul bersuara lagi terbeban kepala Najib yang sememangnya sudah terbeban dengan serangan Dr. M. Saya percaya yang benar akan terserlah juga. Kita sama-sama tunggu pecahnya telur tembelang. Tunggu, jangan tak tunggu ! 


Tuesday, 14 April 2015

Budaya UMNO memang suka membodek

Dr. Mahathir merungut kononnya penyokong-penyokng Najib dibawa beramai-ramai bagi menyatakan kesetiaan terhadap Najib. Ini bagi membuktikan bahawa Najib masih lagi mendapat sokongan daripada pemimpin dan ahli-ahlinya. Kata Dr. Mahathir lagi mereka yang tidak menyokong Najib diugut.

Tak menghairankan, memang itu budaya Umno dan kepimpinannya. Setiap majlis yang dihadiri oleh PM atau TPM, penganjur akan membawa orang ramai berduyun-duyun datang ke majlis itu. Berpuluh-puluh bas disewa bagi membawa orang kampung dan penduduk setempat. Ada kalanya diberikan wang poket pula. Kata pihak penganjur pihak kepimpinan tidak suka kalau audiennya tidak ramai. Kehadiran mereka seolah-olah dipaksa, bukan kerelaan sendiri.

Pada zaman Dr. M jadi PM dulu, ini juga yang terjadi. Kepimpinan Umno memang suka dipuja puji, malah dijulang sudah menjadi lumrah. Jadi apabila Pemuda Umno menjulang Najib, yang merah padam mukanya, tidak menghairankan kerana ianya memang budaya Umno.

Kekesalan Dr. M ibarat kata dulang batu serpih, kata orang, awak yang lebih.

Sunday, 12 April 2015

Kenapa Dr. M Tak Respons Interview Najib?

Pagi ini aku buka lagi blog Dr, M dengan harapan dia akan respons terhadap interview TV 3 dengan PM Najib. Hampa. tidak ada komen pun. Saya kira wajar Dr. M respons terhadap interview itu kerana jawapan Najib tidak menjawab soalan pokok Dr. M

Ramai yang komen dalam media sosial berkaitan interview itu, malangnya Dr. M membisu. Apakah Dr. M tidak mahu lagi memanjangkan isu ini dan ingin berdamai dengan Najib?

Saturday, 11 April 2015

Apa Hal Degan Wakil Rakyat PR?

RUU Pencegahan Keganasan (POTA) telah diluluskan oleh Parlimen pada jam 2.30 pagi. Khabarnya pengundian telah dibuat beberapa kali dan akhirnya ianya diluluskan dengan undi 70 bersetuju dan 60 tidak bersetuju. Tentu sekali yang tidak bersetuju itu terdiri daripada ramai wakil rakyat PR.

Mengikut laporan Malaysiakini, kelulusan itu kerana ramai wakil rakyat PR ponteng pada hari pengundian itu. Wakil Pas paling ramai sebanyak 10 orang dan DAP 4 orang (Mengikut Sheet 1). Tidak tertulis pula nama-nama wakil PKR dalam senarai itu. Boleh dianggap mereka hadir sepenuhnya.

Antara yang tidak hadir ialah 'big guns' dalam parti. Tersenarai nama Hj. Hadi Awang, Presiden Pas, Lim Guan Eng, setiausaha DAP dan bapanya Lim Kit Siang, penasihat DAP. Yang lain-lain Dato' Mahfus Omar, Nasaruddin Hassan, Takyudin, Idris Ahmad dan lain-lain. Apa dah jadi dengan mereka? Merekalah yang beriya-iya menentang RUU itu yang dikatakan zalim, tetapi mereka bersikap sambil lewa sahaja isu ini dalam parlimen.

Sudah menjadi lumrah, inilah taktik BN meluluskan RUU yang kontravesi, iaitu meneruskan sidang parlimen sehingga dinihari. Saya percaya PR tahu taktik ini, akan tetapi mereka tidak menganggap isu ini serius. Rakyat mahukan mereka, bukan sahaja berbahas dalam parlimen, tetapi mahukan mereka mengundi dalam sesi pengundian. Perdebatan berapi-api sahaja tidak memberi kesan apa-apa sekiranya pengundian kalah. Lainlah kalau semua hadir dan masih kalah, itu cerita lain.

Kalau inilah sikap wakil rakyat PR,  pengundi yang menyokong mereka akan berfikir sekali lagi, apakah wajar mengundi mereka dalam PRU akan datang? Amat memalukan sekali. Rakyat mengharap PR lebik baik daripada BN, akan tetapi mereka pula mengikuti fiil BN. Sungguh menyedihkan.

Akan tetapi apa halnya parlimen bersidang hingga ke pagi? Ini adalah helah Speaker supaya memastikan wakil rakyat PR tidak hadir. Jangan harapkan Speaker akan menyebelahi PR. Speaker tetap sokong BN, dia tidak akan bersikap berkecuali. Memangpun YB-YB PR  tidak sanggup hadir sehingga ke pagi. Ini bermakna mereka tidak rela berkorban demi rakyat. Ini disahkan oleh wakil DAP yang mengatakan, 'kerbau pun sempat mandi.' Kalau tak sanggup berkorban, jangan jadi wakil rakyat! Wakil rakyat bukan kerjanya mengikut 'office-hours.' Mentelah pula sudah menerima kenaikan gaji yang agak lumayan. Jangan tidur YB!

Kalau RUU ini digazetkan, maka ianya akan jadi undang-undang. Khabarnya BN mahu mempercepatkan Dewan Negara meluluskannya supaya ianya boleh dikuatkuasakan. Ini terbukti apabila parlimen bersidang hingga pagi. Kerajaan masih mengatakan rakyat masih diberikan kebebasan. Mereka boleh bersuara dan mengkritik. Kalau ianya sudah digezetkan, maka rakyat akat terbelenggu dengan kebebasan yang ditakrifkan oleh BN. Ianya ibarat melepaskan burung dari sangkar tetapi sayapnya dipotong. Masyallah!

Paksi Rai Hari Lahir Pak Samad

Tadi malam (10 April 2015) Persatuan Seniman Rakyat (Paksi) yang diketuai oleh Dinsman telah mengadakan 'Malam Baca Puisi ke-4' khusus untuk meraikan ulang tahun kelahiran ke-80 SN Dato' A. Samad Said yang bertemakan "Nurani, Kata Luhur Sahabatmu."

Majlis Baca Puisi ini adalah program bulanan anjuran Paksi bersama Surau Tarbiah (baca Madrasah Seni) diadakan di Madrasah Seni, Kg. Banda Dalam, Jalan Gombak, K.Lumpur . Walaupun majlis itu bertembung dengan Majlis Baca Puisi Pena di rumah Pena, namun kehadirannya tidak mengecewakan. Lebih kurang 150 orang hadir pada majlis ini. Kelihatan juga Raja Ahmad, Pian Habib, Nur Hanim Khairuddin, Shukur Harun, Fadilah Pitt dan ramai lagi. Dari jauh datang Pak Salleh Bakar dari Ipoh, Amni Jagat dari Johor Bahru, Ahkarim dari Kedah dan Anbakri dari Kelantan. Turut hadir YB Sahari Sungip, DUN Hulu Kelang yang turut membacakan sajaknya.

Pada majlis tersebut Pak Samad turut melancarkan antologi puisi dan catatan khusus untuk beliau pada hari lahirnya 9 April. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kg. Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Antologi tersebut berjudul, 'Nurani, Kata Luhur Sahabatmu' mengandungi 16 esei di bawah tajuk 'catatan nurani.' Manakala sebanyak 14 puisi di bawah tajuk, 'puisi nurani' terdapat di dalam antologi ini.

Turut menulis dalam buku ini ialah Prof. Shahir Mohd Zain, Prof Siti Zainon Ismail dan Uthaya Sankar S.B. selain Shukur Harun, Fadzilah Pit, Dinsman, Hazayani Zakaria, Kassim Mohamad, Ali Bukhari Amir (H.Fansuri), Raja Yusof Ariffin, Hasni Abas, Lim Hong Siang, HMS Abu Bakar, Ahkarim, Chan Yong Sin, Rozan Azen Mat Rasip, Sharifah Aisiah Syed Mahazar, Razali Endun dan ramai lagi.

Girhayu Pak Samad. Semoga Allah terus memberikan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran melalui sastera.

'Happy Birthday, Pak Samad."

Friday, 10 April 2015

Interview Najib dengan TV 3

Selamat berjmpa lagi. Hampir 2 tahun saya tidak kemas kini blog ini kerana jatuh sakit selama satu setengah tahun. Masuk hospital keluar hospital. Tak boleh bangun. Berak kencing pun isteri yang cebukkan. Kata doktor saya menghidap, 'anemia.' Sel darah merah hilang setiap kali masuk darah. Setiap dua minggu kena masuk darah dua pint. Air sum-sum tulang diambil oleh doktor untuk dikaji selidik. Hasil kajian doktor bilang, tulang sum-sum saya 'malas' berkerja untuk 'reproduce' sel darah yang baru. Alahamdulillah, berkat doa keluarga dan kekawan, sekarang sudah boleh bangun dan kesihatan semakin pulih. Lepas itu sakit pula tulang belakang, 'slip disk.' Sekarang masih dalam rawatan doktor di hospital Ampang. Walau bagaimanapun, syukur kepada Allah yang telah menyembuhkan saya.

Berbalik kepada interview PM Najib tadi malam, saya rasa tidak ada petunjuk baru. Dia masih mengulangi kenyataannya sebelum ini. Jawabannya terhadap 1MDB dan kes Atantuya, sama aja. Apa yang Dr. M mahu ialah siasatan terhadap motif pembunuhan itu. Dr. M tidak tuduh Najib yang melakukan pembunuhan itu. Yang dia mahu siasatan secara menyeluruh siapa yang memberi arahan dan motif pembunuhan itu. Kata Sirul dia diarahkan. Siapa yang arahkan?

Tambah pelik dalam kes ini pendakwa raya dan mahkamah tidak ambil kisah tentang motif. Kata mereka motif tidak perlu dalam kes ini. Sepanjang yang saya tahu motif adalah elemen penting dalam perbicaraan jenayah terutama pembunuhan.Apakah motifnya? Adakah soal komisin kapal selam? Soal percintaan antara Razak dan si mati?

Rakyat mahu tahu motif kes ini sehingga terjadinya kes bunuh dan meletupkan mayat dengan kaedah mengebom menggunakan bom yang kuat ledakannya.