Hanita Hassan, pengarang novel, "Haruskah Aku Berlari," turut dibicarakan pada majlis Bicara Karya tersebut
Dari kanan: Azhar Salleh, Ramli Abu (moderator) Mohamad Hj.Musip dan Shamsuddin Othman.
Bicara Karya Sastera Negeri Melaka 2010.
Bicara Karya Sastera Negeri Melaka yang berlangsung di Dewan Tun Fatimah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPGM), pada 22 Januari lalu menyingkap tirai aktiviti sastera di negeri Melaka bagi tahun 2010. Majlis Bicara Karya Sastera itu dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama IPGM Kampus Perempuan Melayu.
Sebanyak tiga buah karya telah dibicarakan pada majlis tersebut iaitu dua buah novel berjudul ,”Haruskah Aku Berlari,” dan ‘Meraduk Ranjau,’ masing-masing ditulis oleh Hanita Hassan dan Mohd Kassim Mahmud dan sebuah Kumpulan Puisi berjudul,” Simbiosis” karya Borhan Md. Zain. Ketiga-tiga karya tersebut telah dikupas dengan rinci oleh tiga orang tokoh sastera yang pakar dalam bidang masing-masing. Novel, ‘Haruskah Aku Berlari’ dipertanggungjawabkan kepada Mohamad Hj. Musip, ‘Meranduk Ranjau,’ dibicarakan oleh Azhar Salleh, manakala Kumpulan Puisi ‘Simbiosis’ diulas oleh Shamsuddin Othman.
Novel ‘Haruskah Aku Berlari’ (HAB) memaparkan kisah cinta golongan remaja. “Walaupun demikian, ianya bukan sekadar cinta yang jiwang-jiwang,” ujar Mohamad Hj.Munsip. Katanya lagi, cinta yang dipaparkan di dalam novel ini ialah sebuah cinta sejati yang masih dalam lingkungan batas-batas agama, adab dan tata-susila budaya Melayu.
Sebagai novel remaja, novel ini menepati cita rasa pembacaan golongan remaja. Ianya mampu memberikan pendidikan dan hiburan kepada kumpulan sasar iaitu golongan remaja. Pengarangnya berjaya dalam penggunaan bahasa dan nahu dengan betul, yang menjadi asas kepengarangan sesebuah karya kreatif. Dalam sesebuah karya, bahasalah yang berbicara, bukan pengarangnya.
Mohamad Munsip yang menggunakan pendekatan Stilistik dan Psikologi cinta berpendapat novel ini telah memperlihatkan dua dimensi yang terjalin erat iaitu dimensi kebijaksanaan psikologi dan dimensi keupayaan berbahasa. Menurutnya, novel ini berjaya dalam faktor bahasa dan gaya penceritaannya berviarasi, segar dan rinci.
Meskipun novel ini bertemakan percintaan, tetapi ianya disulam dengan nilai yang positif. Ayat-ayat yang dibina dengan berlandaskan psikologi cinta dan pemikiran rasional yang berlapikkan agama menguatkan lagi tanggapan ianya bukan sekadar novel cinta. Hanita Hassan sebagai bekas wartawan telah menunjukkan keterampilannya memilih gaya penulisan yang bersahaja, segar dan luwes. Ayat-ayat yang dibina menerapkan tatabahasa yang mesra nahu.
Kumpulan Puisi Borhan Md. Zain, ‘Simbiosis’ diambil pendekatan teori ‘Rasa Insianiah’ ciptaan Shamsuddin Othman untuk tesis PHD-nya. Shamsuddin Othman pada mukadimahnya menyatakan bahawa makna ‘simbiosis’ pada umumnya merujuk kepada interaksi akrab antara dua organisma. Sesuai dengan konsep Rasa Insaniah, maka ‘simbiosis’ dilihat lebih menekankan aspek ketauhidan yang memiliki sifat-sifat keinsanan yang secara halus diserap di dalam puisi-puisi Borhan Md. Zain.
Sajak-sajak seperti, ‘Ketika berbisik di telinga Rina, Puisi buat sang gadis, Perempuan yang berdiri, Isteriku, Puisi sang suami, Puteri Siliwangi, Kekasih, Bona fida dan Selamat tinggal kekasih,’ antara contoh pengaliran rasa cinta yang tidak dapat disembunyikan kehadirannya di dalam puisi-puisi Borhan.
Puisi Sang Suami memperlihatkan kejujuran pengucapan tentang rasa cinta dalam hubungan sesama insan. Keputusan memilih seorang wanita kemudian memuji keberuntungan wanita itu menjadi isterinya adalah satu simbiosis yang jarang-jarang berlaku di dalam kehidupan pasangan suami isteri. Cuba perhatikan bait-bait puisi beliau:-
Aku sesungguhnya beruntung
menjadikan kau isteri
dan dapat memilikimu sepanjang hari
- dalam hati
- dalam budi
- dalam emosi dan naluri
- dalam setiap bait puisi.
Dalam setiap lingkaran hidup
kau adalah penyambung hujungnya
dalam setiap denyutan nadi ini
kau adalah penggerak sarafnya
Setiap gerak kau di hujungnya
setiap marah kau di hati
menyirami diri ini.
Azhar Salleh dalam membicarakan novel Mohd Kassim Mahmud bertajuk, ‘Meranduk Ranjau,’ mengambil pendekatan Teori Konseptual Kata Kunci yang diperkenalkan oleh Prof. Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Menurut Azhar, novel ini bukan novel sejarah, tetapi novel yang berbicara tentang sejarah.
Pendekatan feminisme melalui novel ini lebih banyak memperlihatkan upaya sang wanita dalam gerakan nasionalisme. Pengarang seolah-olah menafikan peranan kaum lelaki. Meranduk Ranjau mengisahkan perjuangan menentang penjajah Portugis di Batu Sawar. Dang Bunga yang berguru dengan Pak Guru Lela Perkasa terpaksa berdepan dengan keangkuhan Dang Seri ‘anjing penjilat’ kongkongan Portugis. Dang Bunga sentiasa dibantu oleh rakan-rakannya dan tidak pernah menyerah kalah.
Novel ini ditampilkan untuk memberi dimensi nasionalisme kepada pembaca. Dimensi atau perspektif ini diolah melalui pendekatan feminisme. Membaca novel ini pembaca didedahkan kepada dua kesedaran. Pertama kesedaran sejarah dan kedua kesedaran sastera.
Pengarang novel ini menghadirkan sesuatu yang segar untuk tatapan generasi kini. Beliau tidak melihat unsur sejarah perlu dihafal dengan unsur tarikh dan peristiwa. Beliau memandang suatu kewajaran untuk memartabatkan wanita dan memperkukuhkan sejarah melalui gaya naratif.
Majlis yang dipenuhi oleh guru-guru pelatih itu turut disertai oleh encik Mohamad Daud Mohamad, Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera DBP, Pengarah IPGM Hajah Norhayati dan para penulis negeri Melaka.

3 comments:
Tuan Haji,
Terima kasih kerana memuatkan laporan berita tentang kegiatan Bicara Karya Sastera Melaka ini dalam blog Tuan Haji.
Tuan Haji,
Saya baru selesai membaca coretan tuan. Terima kasih kerana prihatin terhadap perkembangan sastera di Melaka, termasuk yang berlangsung di IPGKPM baru-baru ini. Kegigihan tuan berkarya menjadi teladan kepada penulis muda. Terima kasih tuan. Mari kita semarakkan sastera di Melaka.
Tuan Haji Razali,
Saya baru selesai membaca coretan tuan. Terima kasih kerana telah mencoretkan sesuaut untuk dikongsi oleh pengunjung blog tuan. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada pihak IPGKPM dalam sebarang aktiviti bahasa-sastera-budaya. Karya tuan kerap saya baca. Kegigihan tuan menjadi teladan kepada penulis muda. Syabas.
Post a Comment