Monday, 13 July 2015
PRU 13 dicemari rasuah
Dakwaan akaun bank Najib menerima berbilion ringgit deposit sebelum PRU 13 menimbulkan pelbagai tanggapan. Ada dakwaan wang itu disalurkan oleh 1MDB. Pasukan Penyiasat sedang menyiasat kes ini. Kita tunggu hasil siasat.
Ada yang mendakwa wang itu digunakan untuk kempen PRU 13. Bermakna wang tersebut digunakan untuk merasuah rakyat supaya mengundi BN, untuk mengekalkan kuasa politik BN. Mungkin sebab itu Najib menafikan dengan berkata dia tidak 'caluk' duit rakyat untuk kepentingan peribadinya.
Sebuah NGO telah menyatakan wang tersebut digunakan oleh Najib untuk diagih-agihkan kepada parti komponan BN. Najib berbuat demikian sperti mana yang dibuat oleh Dr. Mahathir dalam masa pemerintahannya. Akan tetapi mungkin Mahathir tidak gunakan akaun banknya untuk menerima wang ini. Silap Najib ialah kerana menggunakan akaun peribadinya. Kes yang sama juga pernah berlaku pada Allahyaraham Datuk Haron Idris, yang menganjurkan perlawanan boxing antara Mohamad Ali dengan Mike Tyson. Hasil wang itu khabarnya bukan untuk didirinya, tetapi UMNO. Datuk Harun didapati bersalah dan dihukum penjara.
Kisah lambakan duit pada setiap pilihan raya bukan lagi rahsia kepada rakyat. Memang ianya pernah berlaku pada setiap pilihan raya. Ini dinyatakan sendiri oleh Allayaraham Tan Sri Sulaiman Ninam Shah ketika pilihan raya di Sabah beberapa tahun lalu. Beliau sendiri tidak tahu dari mana datangnya duit itu. Saya turut terperanjat. Apakah ini budaya BN untuk memenangi pilihan raya? BN menang semata-mata dengan cara yang curang demi kuasa. Dengan demikian keputusan kemenangan BN dalam PRU 13 boleh dipertikaikan.
SPR patut bertindak segera terhadap BN/Umno. Ini sesuatu yang melanggar peraturan pilihan raya. Jangan sampai rakyat pertikaikan kewibawaan SPR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment