Baru-baru ini aku balik ke kampung dan pergi ziarah rumah seorang kawan di Nyalas Jasin, Melaka. Ketika sampai ada seorang lelaki kira-kira 45 tahun bersama isterinya sedang memberi ceramah politik kepada tuan rumah. Lelaki itu salah seorang pemimpin UMNO di Gemas. Tuan rumah melongo dan mengiayakan saja apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Kelihatan tuan rumah pun dungu terhadap suasana politik semasa. Dia amat taksub dengan penjelasan lelaki Umno itu sambil beberapa kali mengangkat sebuah akhbar Melayu yang sangat meloyakan pemberitaannya.
Seperti biasalah, orang Umno macam burung kaka tua, hanya tahu mengulang-ulang kata-kata tuannya. Begitulah juga dengan pemimpin Umno bahagian/cawangan Gemas ini hanya menakut-nakutkan tuan rumah dengan mengulang-ulang, "kalau pembangkang menang, orang Melayu akan susah dan jadi hamba. Cina akan jadi tuan dan berkuasa. Mahukah kita bertuankan Cina?" begitulah kira-kira ugutannya yang membuatkan tuan rumah turut sama terpesona kerana ketakutan hilang kuasa.
Telinga aku berdesing mendengar dan mata aku berpinar melihat betapa pemimpin Umno ini memperbodohkan tuan rumah itu yang hanya mengiyakan saja. Lantas aku menyampuk, "Selama ini, dalam Malaysia ini, tidak pernahkan Cina memerintah?"
"Di Pulau Pinang berpuluh tahun Gerakan/BN perintah, Apa Umno buat apabila tanah orang Melayu dirampas atas nama pembangunan dan diusir daripada pulau itu? Kenapa sekarang baru Umno sibuk-sibuk bersuara, menunjuk perasaan kononnya DAP merampas tanah orang Melayu? Dulu kenapa mereka diam? Mungkin mereka juga mendapat habuan, sebab itu diam membisu. Sekarang apabila habuan sudah tidak dapat lagi, mereka pun buat kacau dan bising. Nasib orang Melayu yang terumbang ambing di P.Pinang sekarang, angkara siapa? BN/Umno atau DAP?"
Pemimpin Umno dan tuan rumah tersentak. Termangau-mangau macam orang bodoh sesat jalan. Lalu si Umno menjawab dengan alasan, "Kita tak mahu di peringkat pusat perkara ini terjadi." Tuan rumah pun mengiyakannya.
Aku membalas, "hakikat politik sekarang tidak ada siapa yang boleh menuntut menjadi tuan lagi. Semua warga negara berhak menjadi pemimpin politik dan memimpin negara. Pelantikan pemimpin negara tertakluk kepada Perlembagaan Negara."
Sambung aku lagi, orang Melayu mesti buka minda mereka. Mesti berfikiran terbuka. Jangan baca satu akhbar saja. Jangan tengok satu saluran tv aje? Kalau kita hala kan pandangan kita ke satu arah saja maka yang kita nampak jalur itu saja. Yang di sekelilingnya, di sebelah, di kiri di kanan di belakang, di bawah, di atas kita tak nampak. Maka itu yang nampak itu satu saja, bukan yang pelbagai. Dengan demikian fikiran kita jadi jumud, tak berkembang dan tidak berfikir.
"Tapi dalam surat khabar ini dia kata begitu? Kita percayalah apa yang dia kata," sampuk tuan rumah, nampak sangat kedunguannya.
Baca banyak akhbar, buku dan apa saja dalam apa bahasa sekalipun. Buka internet, blog, facebook dan twitter. Dengan pembacaan kita boleh nilai sendiri baik buruk sesuatu perkara. Benar tidaknya isu yang dibawa. Kalau baca satu akhbar saja, maka yang itulah saja kita anggap benar. Tapi akhbar ini pemberitaannya sangat disangsikan. Cuba baca tentang kononnya 'Amanat Hj. Hadi'; ini sudah 40 tahun lalu, tetapi setiap menjelang pilihan raya perkara yang sama dibangkitkan semula. Orang bodoh saja akan mempercayai apa yang ditulisnya. Lagipun akhbar ini sudah banyak kali kena saman kerana memfitnah, dan dia kalah. Bolehkah kita percaya akhbar ini lagi? Wah! macam orang politik aje aku berhujah.
Mereka diam, maka aku teringat kata-kata Dr. Mahathir, tiada orang bijak pandai Melayu yang mahu masuk Umno sekarang. Kisah di kampung Nyalas ini bukti betapa dungu dan bodohnya orang Melayu yang memang sanggup diperbodohkan oleh Melayu/Umno, kerana dengan kebodohan itu mereka akan terus kekal berkuasa.
Lalu akupun menghadiahkan pemimpin Umno dari Gemas ini sebuah buku politik yang aku tulis bertajuk, "50 Tahun Politik Orang Melayu." Dengan harapan buku itu memberi pencerahan mindanya supaya tidak terus-terusan menjadi jumud.
Mesej cerita ini ialah, Bahawa akhbar memainkan peranan penting untuk mempengaruhi fikiran orang Melayu terutama di kampung-kampung. Jelas sekali di kampung-kampung mereka masih membaca akhbar yang merosakkan pemikiran orang Melayu. Mereka terbelenggu dengan pemikiran yang disebarkan oleh UMNO. Mereka tidak ada internet, maka akhbarlah menjadi penyampai maklumat kepada mereka. PR tidak sampai di rumah seperti tuan rumah ini. Apa lagi media mereka, bukan saja tidak sampai tetapi sudah dianggap haram membacanya.
Maka dengan yang demikian, jangan harap PR akan dapat undi Melayu di kampung-kampung. Wallahualam!
Tuesday, 25 December 2012
Sunday, 23 December 2012
SPRM Nak Tapis Calon PRU 13
Wah! itu kawan aku Datuk Johan Jaafar rupa-rupanya sudah dilantik sebagai Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah. Baguslah! Syabas dan Tahniah Datuk!
Al-maklum, bak kata perumpaan orang putih, "new broom sweeps well." Maka begitulah dengan keadaan Datuk Johan yang memang banyak punya idea. Lalu beliau mencadangkan supaya semua calon yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti (tak kira parti) akan ditapis dan disaring oleh SPRM sebelum dibenarkan menjadi calon. Ini bererti calon-calon yang tidak lulus saringan ini tidak dibenarkan menjadi calon.
Seorang lagi kawan aku, Prof Datuk Zainal Keling segera menyokong cadangan ini lalu berkata dengan saringan ini UMNO/BN dapat memilih calon-calon yang benar-benar bersih untuk menjadi calon. Ini bermaksud calon-calon UMNO/BN sekarang ini ramai yang tidak bersih, begitulah kira-kiranya aku fahami daripada ungkapannya.
Tanggapan Prof Datuk Zainal Keling ini semacam selari dengan pendapat aku. Aku congak-congak, kalau nak dapatkan calon yang bersih bagi UMNO/BN amat payah, kerana majoritinya sudah, sedang dan masih terpalit dengan 'kekotoran.' Tak payah aku cakap banyak, rakyat boleh lihat dan nilai sendiri.
Aku kira bagus juga idea Datuk Johan Jaafar ini. Akan tetapi timbul persoalan, Adakah SPRM mempunyai kuasa (mengikut mana-mana undang-undang atau Akta) untuk menapis calon-calon ini? Yang telah lalu hanya parti masing-masing saja yang menapis calon-calon ini. Sekiranya mana-mana calon yang ditolak oleh SPRM, maka mereka tidak layak bertanding walaupun partinya mahukan calon itu. Kalau calon itu tetap bertanding dan menang pula, adakah kemenangan itu boleh dibatalkan? Kalau sekiranya mereka sudah disabitkan dengan kesalahan, sudah tentu mereka tidak boleh menjadi calon. Kalau mereka ada merit untuk didakwa tugas SPRM lah mendakwa mereka. Kalau mereka masih atau belum didakwa, dia belum lagi disabitkan kesalahan. Apakah mereka juga tidak akan melepasi saringan itu?
Kalaulah benar-benar idea ini dilaksanakan, tidakkah ianya menjadi beban dan halangan kepada PM Najib sendiri? Apakah Najib boleh lepas saringan ini dengan dakwaan pelbagai skandal rasuah dan pelbagai macam dakwaan lagi termasuk kes Atantuya? Kalaulah SPRM meluluskan Najib, dan kemudian dibantah oleh calon parti lawan, Apakah SPRM atau Datuk Johan Jaafar sanggup mengenepikan pencalonan Najib? Nampak macam SPRM atau Johan Jaafar nak perangkap Najib aja? Tidak dapat tidak inilah persepsi yang akan timbul! Penganalisis politik boleh membaca daripada pelbagai sudut dan aspek yang mungkin orang awam tidak perasaan.
Apapun aku berpendapat SPRM tidak punya kuasa untuk menapis atau menolak pencalonan mana-mana parti politik kecuali jelas terbukti mereka sudah disabitkan dengan kesalahan. Yang ada kuasa SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang kewibaannya masih dipertikaikan oleh parti-parti pembangkang. SPRM hanya boleh menasihati parti-parti politik berkaitan calon-calon yang dikemukakan sama ada ada kecurigaan atau tidak. Namun kuasa mutlak meletak calon ialah parti-parti politik.
Rakyat boleh menilai sendiri nama-nama calon yang bertanding. Namun nasihat daripada SPRM mungkin membantu rakyat dan parti-parti politik untuk memilih calon-calon yang benar-benar bersih daripada rasuah. Wallahualam!

Friday, 21 December 2012
Malaysia Gudang 'Haram.'
Haram! Haram! Haram!
Haram jadah betul!
Malaysia menjadi lubuk atau gudang yang menjana segala perbuatan haram. Daripada pendatang haram, judi haram, rokok haram, anak haram, sumbang mahram dan macam-macam haram lagi.
Mutakhir ini Malaysia merupakan negara kedua pengaliran wang haram dalam senarai pengeluaran wang haram sedunia. Wah! nombor dua, baguskah tu?
Menurut laporan Global Financial Integerity (GFI) pada tahun 2009 jumlah aliran wang haram keluar dari negara ini meningkat 111% iaitu RM 94.2 billion ringgit kepada RM 199.58 billion pada 2010. Ohoi! lebih 100% lonjakan. Apakah ini petanda 'good governance' atau 'very-very bad governance?.
Pengaliran keluar duit ini adalah hasil 'duit haram' yang diperolehi dalam negara ini. Antaranya ialah wang rasuah, pecah amanah dan penyelewengan urus tadbir. Kalau begini keadaannya, tidak hairanlah Malaysia menduduki kedudukan dalam kelompok teratas negara-negara dunia yang mengamalkan rasuah.
Apakah pelik perkara ini berlaku? Saya kira tidak, kerana para pemimpinnya pun mengamalkan unsur-unsur rasuah dalam pentadbirannya. Apakah yang boleh diharapkan daripada ketua yang rasuah? Keroh air di hulu tak mungkin jernih air di kuala!
Wahai rakyat Malaysia! Apakah sanggup kita melihat fenomena yang buruk ini terus-terusan berlaku? Kalau anda mahukan ianya terus berlaku, maka tunggulah kemusnahannya. Kalau tidak mahu, sudah sampai masanya kita berubah, bereformasi ataupun melakukan transformasi.
Masa yang sesuai ialah pada PRU 13 ini. Lakukan perubahan! Jangan tunggu lama-lama nanti kita merana. Tukar! Jangan tak tukar!

Wednesday, 19 December 2012
Sistem AES Kantoi!
Oleh Razali Endun
Kah! kah! kah! itu sistem AES dah kantoi! Inilah kerja JPJ yang tidak pernah belajar daripada kesilapan. Ini bukan pertama kali JPJ buat silap. Sebelum ini pemasangan lampu isyarat (berkelip-kelip) di atas kenderaan berat, kononnya untuk mengesan kelajuan, hanya tinggal kenangan. Sesudah para pengendali lori dan bas memasangnya (bukan murah pula harganya), beberapa tahun kemudian 'sistem pengesan' itupun hilang dan tidak berkuat kuasa lagi.
Selepas itu diperkenalkan pula kaedah 'kotak hitam' juga kononnya bagi mengesan kelajuan kenderaan berat kerana menurut badut-badut dalam jabatan ini kenderaan berat yang menyebabkan kemalangan dan banyak nyawa melayang disebabkan kelajuan. Walaupun mendapat bantahan daripada pengusaha dan persatuan-persatuan pengangkutan, Kementerian Pengangkutan dan JPJ terus MEMAKSA pemilik lori dan bas memasangnya dan mendapatkan bekalan daripada sebuah pembekal sahaja. (Pembekal ini khabarnya kroni depa juga). Harganya paling murah RM 1,000 satu, kalau ada 20 buah kenderaan harganya mencapai RM 20,000. Selepas stok kotak hitam itu habis dalam simpanan pembekal, maka sistem itupun kantoi, tidak siapa yang ambil peduli dan tidak ada lagi penguatkuasaan.
Bayangkan berapa banyak wang pengusaha telah hangus kerana paksaan daripada JPJ, bukan kerana mahu menyelamatkan nyawa, tetapi mahu mengkayakan kroni. Yang untung pembekal, yang rugi pemilik bas dan lori.
Sekarang diperkenalkan pula sistem perangkap kelajuan automatik (AES) dan banyak kamera sudah dipasang di merata jalan yang bukan 'accident prone' atau kawasan kemalangan. Yang banyak dipasang ialah di jalan yang had lajunya 90 km/j bagi memerangkap pemandu, bukan pula tempat berlaku banyak kemalangan. Sistem inipun mendapat bantahan orang ramai yang tidak puas hati caranya diperkenalkan. Banyak keraguan timbul apabila penguatkuasaanya diserahkan kepada dua syarikat swasta yang tentunya akan memikirkan keuntungan daripada yang lain-lain.
Lagipun, apakah jadahnya JPJ memasang kamera perangkap had laju ini sedangkan polis telah melaksanakannya sebelum ini. Nampak sangat ini kerja bertindih, dan sekarang penguatkuasaanya dilakukan oleh dua agensi yang berlainan. Jelas tidak ada koordinasi dan kerjasama antara dua jabatan ini. Khabarnya polis masih meneruskan penggunaan kamera perangkap laju ini di samping JPJ. Wah! kena bayar denda dua kali di dua jabatan yang berasingan. Biarkan pihak polis saja yang uruskan hal kamera ini, kenapa JPJ gatal tangan mahu masuk campur? Ini bukti betapa tempangnya 'good governance' yang dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan.
Khabarnya kes-kes yang dibawa ke mahkamah telah ditarik balik oleh JPJ kononnya kerana masalah teknikal. Ini membuktikan kerja-kerja JPJ hanya dilakukan mengikut kehendak hati ketua atau menterinya bukan kerana profesionalisme. Ini terbukti apabila peguam yang mewakili OKS, iaitu Zulhasmi Shariff mempertikaikan kewibawaan pengawai JPJ yang mendakwa OKS. Memang benar, selama inipun kes-kes JPJ dikendalikan oleh pegawai penguatkuasanya yang tidak ada kelayakan undang-undang. Perkara ini sudah berjalan begitu lama tanpa sesiapa atau peguam yang mencabarnya. Syabas Zulhasmi, anda telah membuka mata JPJ dan Jabatan Peguam Negara yang menutup sebelah mata selama ini.
Perkara ini berlaku kerana kebanyakan OKS kes-kes JPJ mengaku salah, bukan kerana mereka melakukan kesalahan tetapi kerana tidak mahu menghabiskan masa di mahkamah. Sebab itu pegawai JPJ yang mendakwa akan menjadi kelam kabut apabila OKS tidak mengaku bersalah, dan mereka akan berusaha memujuk OKS supaya mengaku bersalah dan sanggup berjumpa majistret untuk mendapatkan denda yang kurang.
Begitu juga tentang pendakwaan yang tidak mengikut prosedur undang-undang (dalam aspek ini Akta JPJ). Kenderaan Syarikat saya pernah didakwa kerana tidak mempharakahdailynetunyai cukai jalan dan perlindungan insuran (sudah tamat belum diperbaharui). Kata mereka selain pemandu, syarikat juga dikenakan saman yang sama mengikut undang-undang (saya dah lupa Seksyen berapa). Saya berjumpa peguam dan peguam juga seolah-olah bersetuju. Saya minta peguam itu baca seksyen tersebut dan seksyen tersebut jelas menyebut perkataan 'ATAU' bererti sekiranya JPJ sudah saman dan mendakwa pemandu, mereka tidak boleh mendakwa pemilik kenderaan lagi. Apa lagi kalau pemandu sudah mengaku salah dan bayar denda. Kecuali perkataan 'Atau' itu digantikan dengan 'Dan', barulah kedua-duanya boleh didakwa. Lagipun adalah melanggar prinsip undang-undang hukuman dijatuhkan kepada dua orang atas kesalahan yang sama.
Begitulah kisahnya, JPJ dengan badut-badut yang menjadi kantoi apabila tidak belajar daripada kesilapan sebelumnya. Pak-pak ketua di JPJ dan menterinya hendaklah peka dan belajar daripada kesilapan bukan mengulangi kesilapan yang sama. Akhirnya akan menjadi bahan ketawa (mockery) saja. Wallahualam!

Tuesday, 4 December 2012
Bertemu Kembali
Asalamualikum! Saya minta maaf kerana terlalu lama tidak mengemaskini blog ini. Hampir 3 bulan. Sebenarnya saya sedang menyiapkan sebuah novel dan cuba mahu masuk sayembara anjuran DBP yang tarikh tutupnya pada pertengahan Disember ini. Saya terpaksa mengejar masa kerana masa semakin deras mengejar sedangkan idea tidak sederas putaran masa. Kekangan masa inilah membuatkan saya tidak dapat 'up-date' kan blog ini. Doa-doakanlah agar saya memenangi sayembara ini.
Sebenarnya banyak isu semasa yang boleh disentuh, diulas, dikiritk dan dibaham. Tak mengapa, selepas ini mungkin saya akan cuba mengemaskinikan blog ini sebaik mungkin.
Kepada kekawan dan pengikut blog ini, harap jangan berasa kesal dan bosan. Adalah diharapkan semuga anda akan terus dapat mengikuti blog ini dan berkongsi pendapat dalam apa jua isu.
Selamat Bertemu Kembali
IPM DAN UTeM ANJUR SEMINAR SASTERA SIBER
Ikatan Persuratan Melayu (IPM) bersama-sama dengan Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, UTeM dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunaksi, UTeM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan akan mengadakan satu hari Seminar Sastera Siber bertempat di dewan seminar PBPI, UTeM pada 8 Disember 2012 (Sabtu) bermula jam 9 pagi-5 petang.
Seminar tersebut akan dirasmikan oleh Naib Cancelor UTeM Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan. Pada majlis perasmian tersebut juga akan diadakan majlis pelancaran buku Antologi Cerpen dan Sajak berjudul 'Impian & Harapan' terbitan IPM. Antologi tersebut mengandungi cerpen-cerpen dan sajak-sajak yang memenangi sayembara menulis cerpen 2011 anjuran IPM, DBPWS dan Kerajaan Negeri Melaka pada tahun lalu.
Antologi ini akan diulas oleh 3 orang panel iaitu Ketua 1 IPM sendiri, Hj. Razali Endun, Sdra Uthaya Sankar S.B. Presiden Kavyan dan Prof. Dr. Mohd Halim bin Ali dari UPSI. Manakala sebelah petangnya Prof Ir. Dr. Wan Abu Bakar bin Wan Abas (Irwan Abu Bakar) akan membentangkan kertas kerjanya berkaitan Sastera Siber. Disusuli oleh Prof. Dr. A. Pogadev dari Rusia yang akan memperkatakan Sastera di Rusia.
Antara matlamat seminar ialah memberi kesedaran kepada para pelajar UTeM yang berkecimpung dalam bidang kejuruteraan dan teknologi agar memahami secara positif bidang bahasa dan sastera tanah air. Dijangka seramai 60 orang mahasiswa universiti ini dijangka akan menyertai seminar ini. Manakala pada majlis perasmian dijangka Dekan Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, UTeM, Dr. Mariana bte Yusoff dan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunakasi, UTeM, Prof Dr. Hj. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin akan turut hadir.
Majlis penutup akan disempurnakan oleh Pengarah DBPWS, Tuan Hj. Rahim bin Omar.
Saturday, 1 September 2012
"Cultural Will" mula menampakkan kesannya.
Himpunan "Janji Demokrasi" (Saya pun keliru ada menyambut "Janji Bersih" yang mana satu betul, tak pasti.) Apapun namanya namun pada malam menjelang menyambut ulang tahun kemerdekaan pada 30 Ogos, malam 31 Ogos berdekatan Dataran Merdeka membuktikan bahawa kuasa Sasterawan/Budayawan sudah mula muncul dan memberi impak dalam masyarakat sivil dan dunia politik tanah air.
Jumlah yang hadir pada malam itu, Malaysiakini anggar 10,000 orang, polis anggar 6,000 orang dan Tukar Tiub anggar 30,000 orang. Kita ambil angka pertengahan iaitu 10,000, sebagai ukuran yang agak munasabah, ianya bukan suatu jumlah yang kecil untuk menghimpunkan seramai itu yang hanya diseru dan dikepalai oleh seorang Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Kalau dibandingkan dengan himpunan di Bukit Jalil pada 31 Ogos diketuai oleh PM Najib Razak, maka jumlah di Dataran Merdeka tidaklah memalu dan mengaibkan pihak penganjurnya.
Harus diingat kehadiran himpuan "Janji Demokrasi" tidak dipaksa, tidak dibayar dan tidak diberikan apa-apa habuan seperti hadiah kereta, tiket penerbangan dan yang sepertinya. Mereka datang dengan sukarela, mengikut cara sendiri dan penuh keikhlasan.
Berbeza dengan di Bukit Jalil, dipenuhi oleh pelajar sekolah, pegawai dan kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir untuk meramaikan. Di samping itu para mahasiswa yang hadir diberikan ganjaran kewangan. Tambang LRT percuma. Ada hiburan oleh artis tanah air. Jadi kehadiran mereka bukan ikhlas dan jujur atau secara sukarela, tetapi dipaksa dan kerana ganjaran yang ditawarkan. Himpunan sebegini yang dianjurkan oleh Umno/BN sudah lumrah dan diketahui ramai. Ianya tidak menggambarkan jumlah kehadiran secara jujur dengan sebenar.
Syabas Pak Samad! Kejayaan Pak Samad menghimpunkan sejumlah besar itu bukan kerana wang atau habunan tetapi kerana kesedaran. Kesedaran yang mahu ditonjolkan oleh beliau ialah bahawa budayawan/sasterawan juga berupaya mengerakkan massa dalam keadaan yang memerlukan. Lalu saya teringat akan konsep, "Cultural Will" dan "Political Will" yang diutarakan oleh Dinsman. Nyata sekali bahawa clutural will atau tekad budaya boleh digerakkan tanpa mengharapkan "political will".
Konsep dan perjuangan ini harus diteruskan dan harus ada pelapisnya untuk menggantikan Pak Samad yang sudah berusia itu. Bagi mengerakkan konsep ini seseorang itu harus ada kerberanian dan iltizam yang kuat berpegang kepada prinsip. Pak Samad punyai kriteria ini.
Agak mendukacitakan pula, melalui berita media pihak polis akan menyiasat sama ada tindakan Pak Samad membaca sajak di hadapan khalayak ramai itu satu kesalahan dari segi undang-undang. Wah! ini lagi karut. Baca sajakpun salah ke? Kalau ditakdirkan Pak Samad ditahan dan didakwa, saya nak tahu apakah tindakan para penulis/sasterawan/budayawan nanti? Apakah tindakan Gapena, Pena, Paksi, Seniman, Persatuan-Persatuan Penulis terhadap tindakan itu? Apakah mereka akan terus membisu dan berkata mereka 'tidak berpihak?"
Kalau itu berlaku, amat malang sekali nasib budayawan/sasterawan di negara ini? Gelap dan pudarlah dunia kesenimanan dan kesusateraan kita. Haruskah kita berdiam diri? Saya anjurkan para penyair/sasterawan mengajurkan bacaan sajak secara besar-besaran di hadapan orang ramai, sekiranya Pak Samad ditahan dan didakwa oleh polis hanya kerana membaca sajak di khalayak ramai.
Ayuh! jangan jadi pengecut wahai sasterawan/budayawan. Jangan kita diperbudakkan dan ditakut-takutkan dengan ancaman yang tidak masuk akal ini. Jangan jadi takut hanya kerana mahu disiasat dan didakwa. Kita semua harus berdiri menyokong Pak Samad! Ayah nyatakan sokongan anda dengan menciptan sebanyak sajak yang mungkin yang bertemakan Pak Samad dan perjuangannya!
Ayuh! Teruskan perjuangan!

Saturday, 18 August 2012
Pas masuk perangkap Umno?
Ianya bermula dengan kes Nasaruddin Md. Isa yang mengeluarkan kenyataan bahawa Pas perlu keluar daripada Pakatan kerana sikap DAP yang kononnya anti Hudud. Kenyataan Nasa mendapat repons Karpal Singh yang mengikut laporan media Nasa bukan saja mendakawa Karpal anti Hudud, tetapi juga anti Islam. Ini yang buat Karpal berang dan akan menjalankan proses mahkamah kerana Nasa memfitnah beliau. Nasa pula menyambut cabaran Karpal dan bersedia berjumpa di mahkamah.
Wah! tentu sekali kenyataan dan isu ini akan mendapat liputan meluas media pro Umno. Nasa pasti menjdi fokus dan menjadi hero yang dianggap oleh sesetengah pihak berjaya menghuruharakan Pas dan Pakatan Rakyat. Inilah sebenarnya strategi UBN bagi memecah belahkan PR.
Aku bersetuju dengan pendapat MSO bahawa Pas tidak perlu layan Nasa dalam kes ini kerana sudah jelas tindak tanduk Nasa mencerminkan arah tuju politiknya. Akibat daripada melayan isu ini maka dengan sendirinya Nasa berjaya dalam misinya untuk tidak menstabilkan hubungan Pas denagn DAP. Nasa dalam kenyataannya berkata dia tidak ada niat tinggalkan Pas dan tidak berhasrat masuk Umno. Dia mahu kekal dalam Pas. Melihat telatahnya dalam Pas, dia mungkin menjadi 'musuh dalam selimut' dalam Pas. Pas harus berhati-hati dalam hal ini.
Apabila Ketua Pemuda Pas, Nasahruddin Tantawi pula respons terhadap artikel Mahathir tentang negara Islam, jelas mulut perangkap UBN telah berjaya memerangkap kepimpinan Pas. Aku kira tak payah layanlah apa pun pendapat Mahatahir kerana dia sudah nyanyok dan apa yang diperkatakannya sekarang bertentangangan kenyataan-kenyataannya sebelum ini. Pendapat Mahatahir bukan pendapat seorang negarawan atau seorang pemikir, pendapatnya mencerminkan ketidak bijaksananya dia di era ketuaannya. Orang yang cerdik saja dapat menilai pendapat dan tindak tanduk Mahathir. Aku memang tidak setuju banyak perkara yang dilakukan Mahathir ketika beliau menjadi PM lagi. Apa lagi ketika usia pikunnya ini, banyak cakap-cakapnya sudah tidak boleh diterima akal yang siuman.
Jangan dilayanlah isu ini kerana dia akan memerangkap Pas dan PR dan akan berlaku pecah belah menjelang PRU 13. Yang mahu dutumbangkan ialah UBN bukan DAP, PKR atau PR. Biarkan Nasa terjun dengan labu-labunya. Dia tidak akan dipedulikan oleh media pro Umno kalau Pas atau PR tidak memberi layanan kepada isu ini.
Apapun, pada kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kekawan, sahabat handai, pengikut blog aku dan sesiapa saja yang mengenali aku. Dalam proses penulisan tentu sekali ada yang tidak enak dibaca dan tersentuh perasaan kalian. Aku mohon kemaafan dan mengucapka selamat berjaya menempuh tahun-tahun mendatang dengan jayanya, Insyallah!

Thursday, 16 August 2012
Seksyen 114A bukti pimpinan Najib lemah!
Isu Seksyen 114A yang menjadi bantahan para pelayar internet akhirnya telah menarik perhatian PM Najib. Dari Arab Saudi beliau telah menghantar arahan melalui twiternya kepada ahli kabinetnya supaya diteliti semula Akta Keterangan 1950 yang diluluskan secara tergesa-gesa oleh parlimen beberapa bulan lalu. Akta ini antara beberapa Akta lain yang diluluskan oleh parlimen secara tergesa-gesa lewat pagi tanpa kehadirian ahli parlimen pembangkang.
Akan tetapi melalui nada yang berbeza, Rais Yatim mengatakan bahawa Akta itu mempunyai kewajarannya untuk dipertahankan. Jelas sekali Rais seolah-olah tidak menyetujui arahan PM supaya kabinet meniliti semula Seksyen ini dan dibuat pindaan.
Seksyen tersebut jelas sekali tidak adil kepada pemberi maklumat terhadap salahlaku kerajaan dalam hal-hal penyelewengan dan salahguna kuasa. Ianya bertujuan melindungi perbuatan jenayah manakala pemberi maklumat akan didakwa kerana kebocoran maklumat dan terpulang kepada pemberi maklumat membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Ini bererti pembuat jenayah tidak akan disiasat, sebaliknya pemberi maklumat akan disiasat. Adilkah undang-undang ini?
Tentu sekali tidak adil! Sebab itu CIJ kumpulan wartawan bebas membantah Akta ini. Bantahan itu turut disokong oleh blogger-blogger, portal-portal serta NGO lain termasuk parti politik. Tiga orang pemimpin BN/UMNO, Safiuddin Abdullah, Khiriy Jamaludin dan seorang dari parti Gerakan turut membantah dan meminta kerajaan mengkaji semula Akta ini.
Najib telah banyak melakukan perkara yang tergesa-gesa, yang tidak diteliti dan mendapatkan pandangan pakar dan umum berkaitan perkara atau undang-undang yang mahu diperkenalkan atau dipinda. Banyak contoh boleh diberi, dan yang terakhir ini jelas membuktikan betapa pentadbiran Najib amat lemah dan tidak teliti dalam apa juga keputusan yang diambil. Amat aib dan tidak bermaruah apabila keputusan yang diambil selalu saja tidak menepati kehendak rakyat dan akhirnya mengaku atas kesalahan itu. Mengaku salah atas kesilapan sendiri satu perkara mulia, akan tetapi sekiranya kerap berlaku kesalahan itu seolah-olah disengajakan. Oleh yang demikian ianya menggambarkan betapa lemah dan tidak proaktifnya sesuatu kerajaan itu.
Najib jelas kelihatan gelabah dan berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang. Najib mencerminkan kelemahannya sebagai PM dan pemimpin UMNO/BN. Oleh yang demikian apakah rakyat perlu menyokong kerajaan yang lemah dan tidak berintergeriti?
Maka kempen CIJ menjadikan 14 Ogos sebagai hari bergelap adalah wajar disokong. Kita tidak mahu rang undang-undang yang zalim dan tidak adil dilaksanakan dibumi bertuah ini. Jelas dan nyata usia 55 tahun sudah membawa usia nyanyuk bagi Umno/BN. Maka dengan itu mereka harus diganti dengan kerajaan yang lebih berwibawa, kuat dan matap pentadbirannya. Walahualam!

Wednesday, 15 August 2012
Nasaruddin bercita-cita jadi menteri agama?
Itu Nasaruddin Mat Isa sekarang selalu dilihat dalam tv bersama PM Najib. Tak salah bersama-sama PM sekiranya ada urusan yang ada kaitan dengan PM. Sekarang Nasaruddin sibuk mengaturkan ulama Arab berujmpa dengan PM, tentu atas kepentingan politik PM. Ketika PM Najib berada di Arab Saudi baru-baru ini untuk menghadiri mesyuarat OIC, kelihatan Nasaruddin sibuk bersama-sama PM dan ulama Arab. Mungkin pertemuan itu diatur oleh beliau untuk PM?
Ramai orang terutama ahli Pas tidak senang dengan telatah Nasaruddin ini. Sebenarnya telatah Nasaruddin yang bercita-cita menjadi menteri sudah kelihatan apabila dia dikatakan bermain pernanan penting di belakang layar ketika sibuk isu penubuhan kerajaan muhibbah dulu. Ramai menyangka dia bercita-cita besar untuk jadi menteri. Mungkin menteri agama? Kalau betul, akan tergugatlah Khir Baharom nanti?
Pemuda Pas Kelantan yang tidak senang dengan gelagat Nasaruddin ini meminta beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Aku tak fikir dia akan letak jawatan, lebih2 pula PRU 13 di ambang pintu. Dia akan bergayut sebagai wakil rakyat, sekurang-kurangnya dapat juga elaun sehingga parlimen dibubar.
Aku menyokong saranan Tukar Tiub supaya dipecat saja Nasa daripada Pas. Pas harus bersih daripada anasir yang berkepentingan peribadi. Pas tak akan rugi tanpa Nasa, seperti Pas tak rugi dengan pemecatan Hassan Ali sebelum ini.

Sunday, 29 July 2012
Rais Yatim merapu !
Apa dah jadi dengan manusia yang menyatakan akan membakar jambatan selepas menyeberanginya? Bukan saja jambatan tak jadi dibakar, tetapi sudah merapu macam orang 'nyanyuk' aja. Tak hairanlah usianya pun sudah sepikun 70 tahun lebih. Untuk mengekalkan kebolehan dan kelayakan menjadi wakil rakyat atau menteri pada PRU 13 ini, maka helahnya ialah bukan saja merapu, tetapi MENGAMPU!
Inilah yang terjadi apabila Rais Yatim mencipta lirik lagu hari kebangsaan tahun ini. Langusng tak puitis, apa lagi bersifat patoritik. Yang dapat dikesan ialah propaganda politik Umno/BN yang jelas dan nyata dan berunsur mengampu dan membodek. Inilah yang berlaku apabila diserahkan kepada mereka yang tidak ada kemahiran dalam bidang yang cuba diterokai. Apa yang jelas, Rais semacam mahu mengampu dan membodek PM Najib dengan konsep 'transformasi' nya. Mungkin dengan berbuat demikian Rais mengharapkan Najib akan terus mencalonkannya dalam PRU 13 ini dan terus kekal memegang jawatan menteri. Itu yang aku dapat baca maksud tersirat Rais dalam lirik lagu menyambut hari kemerdekaan itu.
Aku kira lirik lagu ini hampas. Tak payahlah diperdengarkan pada hari kebangsaan nanti. Logo dan temanya juga sarat dengan propoganda politik BN. Hari kemerdekaan bukan hak BN saja, tetapi menjadi hak milik semua rakyat. Slogan atau temanya biarlah yang berkaitan dengan negara, penyatuan kaum, rasa cinta kepada negara dan yang seumpamanya. Inilah yang terjadi dalam banyak hal apabila BN/Umno tak dapat bezakan antara parti dengan kerajaan. Benar yang memerintah parti BN tetapi kerajaannya bukan saja tertumpu kepada penyokong BN tetapi kepada rakyat keseluruhannya termasuk parti pemangkang!
Janganlah memperbodohkan rakyat terus terusan. Rakyat sudah boleh berfikir dan boleh mempertimbangkan antara propaganda politik dengan fakta. Rais tak payahlah nak merapu dan membodek. Dia tidak akan terpilih sebagai calon lagi pada PRU 13 ini kerana faktor umur dan sudah terlalu lama dalam kerajaan. Berilah peluang kepada genarasi muda. Ramai yang menunggu. Khairi Jamaluddin sudah menunggu begitu lama, masih terhalang di bawah lagi. Begitu juga YB Saifuddin Abdullah, hanya setakat Timbalan Menteri aja. Orang seperti ini yang mempunyai minda yang terbuka dan terdepan harus menjadi menteri dan pemimpin negara. Itu pun kalau BN/Umno menang pada PRU 13 ini. Petanda menunjukkan BN akan kecundang pada PRU 13 ini amat jelas sekali. Kalau BN masih kekal berkuasa selepas PRU 13, rakyat harus menghadapi malapetaka besar dalam dunia politik yang belum pernah dialami oleh negara kita sebelum ini. Wallahualam!

Tuesday, 17 July 2012
Masuk Hospital Lagi !
Hari ini, 17 Julai 2012 aku akan ke hospital Selayang untuk memenuhi janjitemu dengan para doktor di sana. Jumaat lepas selama satu hari penuh (terlepas solat Jumaat) aku juga ke hospital sama kerana membuat pemeriksaan panyakit lama aku di dalam perut. Aku sudah 4 kali dibedah perut kerana kata doktor ada 'cyst' dalam perut. Pemedahan terakhir kalau tak silap aku pada tahun 2006. Selepas itu terkesan semula bengkak di perut, dan doktor mahu bedah lagi.
Aku enggan melakukan pembedahan lagi kerana kesal 'cyst' yang dikatakan telah dikeluarkan masih berakar umbi dalam perutku. Lagipun aku semakin tua dan mengalami sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Kata doktor buah pinggang aku pun kurang baik. Risikonya amat tinggi.
Sabtu lepas selepas program di Taman Melewar dan esoknya aku pulang ke Melaka kerana ada program IPM di Melaka, selepas itu aku jatuh sakit. Gula dalam darah naik mendadak tak mau turun. Demam berulang-ulang. Perut aku terasa semakin membesar dan sakit. Selama 7 hari menderita, pada Jumaat lepas aku pergi buat check-up di hospital Selayang. Ini kes lama aku di hospital itu. Aku tidak pergi lagi membuat check up di hospital itu sejak 2007 apabila mereka mahu bedah perut aku lagi. Pelliknya pada hari itu aku berasa sihat dan perut pun tak sakit lagi, paras gula sudah turun sehinggalah hari ini yang mana aku diminta berjumpa dengan para doktor di sana untuk membuat pemeriksaan.
Aku pasti mereka akan masukkan aku ke dalam wad dan akan membuat pembedahan. Ini kerana hasil x-ray dan scan memang jelas ada nampat ketumbuhan dalam perutku.
Inilah delimaku hari ini. Sama ada aku bersetuju dimasukkan ke dalam wad dan dibedah menjadi persimpangan dalam mindaku. Walaupun aku ada membuat solat istikarah, petunjuknya macam 50-50. Apakah aku perlu mengambil risiko ini?
Ditakdirkan aku ditahan di wad dan dibedah, aku pohon para sahabat dan kawan-kawan mendoakan keselamatanku semoga pembedahan berjalan dengan lancar dan sempurna. Moga Allah mudahkan segala kerja-kerja para doktor dengan selamat.
Sekiranya tak berjaya, dan aku dipanggil oleh Allah SWT, aku mohon kemaafan dan keampunan daripada para sahabat dan kawan-kawan sekiranya ada kesilapan atau kesalahan yang pernah aku lakukan. Termakan terminum harap dihalalkan. Yang paling penting semoga Allah ampunkan segala dosa-dosakua yang lalu.
Apapun aku mesti berfikiran positif. Kita hanya berusaha, Allah menentukan segala! Wallahualam!

Monday, 2 July 2012
Bahasa Kebangsaan - Isunya Bukan Paksaan, Tetapi Perlembagaan
Ucaptama Ketua Satu Gapena Prof Datuk Dr. Abd Latif Bakar pada Seminar Bahasa. Kesusasteraan dan Kebudayaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan pada 28 Jun lalu telah menarik perhatian sahabat saya Kassim Muhamad dalam blognya yang memetik laporan Malaysiakini bahawa apa yang diucapkan oleh Ketua satu Gapena itu berunsur paksaan. Dalam nada yang sama beliau juga tidak bersetuju 'paksaan' digunakan dalam melaksanakan Bahasa Kebangsaan.
Dalam isu bahasa kebangsaan tidak ada unsur paksaan dilaksanakan. Yang ada ialah isu Perlembagaan yang sedia termaktub di dalamnya bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara dan hendaklah digunakan dalam acara rasmi kerajaan. Begitu juga dalam Akta Pendidikan 1996, Dasar Pelajaran Rahman Talib, Dasar Pelajaran Razak dengan jelas menyatakan 'Suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama dalam semua sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan.'
Malangnya Akta Pendidikan dan Perlembagaan Negara jelas dilanggar oleh kerajaan Umno/BN. Sepuluh tahun selepas kemerdekaan negara, yakni selepas peristiwa perarakan keranda 152 oleh para sasterawan, kedapatan bahawa dasar ini mula dilaksanakan dengan baik. Pada zaman Tun Abd. Razak menjadi PM, beliau telah melaksanakannya dengan sempurna sehinggakan bahasa Melayu dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Semua acara rasmi kerajaan dan surat menyurat dalam bahasa kebangsaan. Malah sistem pelajaran menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah ke institusi pengajian tinggi telah dilaksana dan diterima dengan baik oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Pada era Dr. Mahatahir Mohamad, menara yang dibina oleh Tun Razak telah diruntuhkan oleh beliau. Mahathair lah pemimpin Umno yang memusnahkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan melanggar Perlembagaan Negara yang jelas memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan pengantar di sekolah-sekolah. Pada zaman beliau bahasa Melayu jadi haru biru, tidak dihormati lagi oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini. Maka dengan itu jelas sekali kegagalan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah adalah dilakukan oleh kepimpinnan Umno sendiri, bukan pimpinan DAP, MCA Gerakan, Pas atau PKR.
Ketika Pak Lah mengambil tampuk kepimpinnan negara ramai mengharapkan dasar menggunakan bahasa Inggeris dalam subjek matematik dan sains yang diperkenalkan Mahathir akan dimansuhkan. Pada zaman 1 Malaysia oleh Najib, dasar ini masih berleluasa tanpa apa-apa tindakan pun. Malah lebih teruk lagi konsep 1 Malaysia Najib sudah disalah ertikan beberapa pihak yang mengambil kesempatan mahu menggunakan pelbagai bahasa. Ada yang menuntut di kembalikan semula dasar PPSMI dan ada yang lebih berani mahu bahasa etnik mereka dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Begitulah kepimpinan Umno/BN yang tidak berani bertegas dalam persoalan ini. Ketegasan bukan paksaan, ia adalah satu kaedah supaya sistem atau dasar dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.
Satu ketika dulu Mesyuarat Agung MIC dan MCA serta Gerakan diadakan dalam bahasa kebangsaan. Sekarang ini perkara itu tidak berlaku lagi, kerana apa? Kerana mereka sudah tidak hormat lagi peranan bahasa kebangsaan. Lebih teruk lagi kepimpinan Umno sendiri tidak kisah dan ambil tidak peduli peranan bahasa kebangsaan. Mereka tidak menunjukkan contoh yang baik. Malah ramai di antara mereka menggunakan bahasa Inggeris walaupun khalayak seorang dua orang asing. Begitulah yang berlaku kalau tidak ada jati diri.
Apa yang membimbangkan sekarang ini PR juga kelihatan tidak serius untuk melaksanakan dasar bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara. Walaupun Anwar Ibrahim dan Hadi Awang pernah menyatakan bahawa Perlembagaan Negara akan terus dijunjung dan Raja-Raja Melayu kekal sebagai Raja Perlembagaan, namun kenyataan itu tidak begitu kukuh dan meyakinkan. Soal memberi pengakuan adalah amat mudah, manakala untuk melaksanakannya suatu perkara lain yang dianggap tidak mudah.
Apa lagi dalam program-program PKR, PAS dan DAP masih tergila-gila menggunakan pelbagai bahasa dalam sepanduk dan banner mereka. Takkan dah 55 tahun negara merdeka orang bukan Melayu masih tidak boleh membaca dan berbicara dalam bahasa Melayu? Anehkan? Tindakan ini memperlihatkan bahawa PR juga mementingkan undi daripada prinsip negara. Ini sangat merugikan Negara.
Di Indonesia, Thailand, Jepun dan Korea mereka memartabatkan bahasa mereka dalam segala aspek pentadbiran. Bahasa memainkan peranan penting dalam penyatuan negara. Sebab itu di Indonesia di gunakan bahasa Melayu yang digelar bahasa Indonesia sebagai alat penyatuan. Di Timur Timor dan Irian Barat pun bahasa Indonesia diajar di sekolah-sekolah. Ketika Jepun datang menyerang Asia Tenggara, bahasa Jepun dipaksa kepada penduduk taklukannya. Kenapa? kerana bahasa amat penting dalam sistem komunikasi sesebuah negara. Ianya harus dilaksanakan walaupun dengan cara paksaan sekalipun.
Akan tetapi di negara ini tidak ada paksaan digunakan, hanya diminta menghormati Perlembagaan. Itu saja. Maka kenyataan Ketua Satu Gapena ada kewajaran dan relevansinya. Ini bukan kerana aku nak mengampu dia, tetapi yang benar harus ditegakkan, bukan menegakkan yang batil kerana mahu mengambil hati sesetengah kekawan kita. Wallahualam!

Thursday, 21 June 2012
Ralat- 6 Julai bukan 7 julai
Mohon maaf. Tarikh program 'Semarak Seni, Lebuhraya Rakyat" ialah pada 6 Julai BUKAN 7 Julai. Masa dan tempat masih sama. Maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan ini.
Semarak Seni, Lebuhraya Rakyat di Melewar Pada 7 Julai ini
Persatuan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) akan mengadakan himpunan para seniman, sasterawan dan budayawan pada 7 Julai ini di Taman Melewar bagi tujuan memungut derma membantu pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan.
Paksi teruja dengan rayuan MB Kelantan TG Nik Abd. Aziz Nik Mat yang memohon rakyat menghulurkan bantuan untuk menjadikan projek yang sedang diselenggarakan itu menjadi kenyataan. Kerajaan Negeri mengambil keputusan melaksanakan projek ini kerana janji-janji kerajaan pusat tidak ditunaikan sehingga kini. Oleh kerana biaya pembinaan itu mencapai 1.8 bilion ringgit, kemampuan kerajaan Kelantan untuk membiyai sepenuhnya projek itu akan menghadapi jalan sukar. Justeru itu TG Nik Aziz menyarankan supaya rakyat turut terlibat dalam pembinaan lebuhraya ini demi kepetingan rakyat. Lebuhraya ini tidak akan dikenakan tol.
Paksi terpanggil dengan seruan TG kerana yakin projek yang dilaksanakan itu akan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Lagipun ada keikhlasan dalam nada seruan TG dan percaya projek itu dilaksanakan kerana Allah dan rakyat Kelantan.
Berdasarkan keyakinan itulah Paksi menyahut seruan TG Nik Aziz dengan kemampuan yang ada untuk membantu sedikit sebanyak bagi menjayakan projek itu. Kemampuan kami ialah mengadakan persembahan seni dan sastera seperti membaca puisi, melagukan lagu puisi, seksta, nyanyian, seni lukis dan seumpamanya. Maka dengan itu Paksi telah memutuskan untuk menghimpunkan seramai mungkin para artis, seniman, sasterawan dan budayawan bagi mempersembahkan kesenian yang mereka miliki bagi tujuan memungut derma lebuhraya rakyat ini.
Tarikh yang dipilih untuk himpunan ini ialah pada 7 Julai 2012 (Jumaat) bermula jam 9.00 malam di markas Pas Taman Melewar, Kuala Lumpur. Malam yang diberi nama "Semarak Seni, Lebuhraya Rakyat " akan dirasmikan oleh SN Datuk A. Samad Said. Turut memberikan persetujuan untuk menjayakan program ini ialah penyanyi Wan Aishah, Bob Lokman, Leman Raja Lawak. Para penyair yang akan turut serta antaranya ialah Pyanhabib, Dinsman, Rahmat Haron dll. Selain itu lelongan buku dan lukisan juga akan diadakan sebagai salah satu cara memungut sumbangan ini.
Penceramah khas malam itu ialah Mohamad Sabu. Manakala YB Husam dan beberapa orang pegawainya akan turun dan menyertai himpunan ini. Paksi telah meminta YB Husam menayangkan video berkaitan pembinaan lebuhraya ini sekitar 5 minit. Beliau juga dijangka akan menerima serahan kutipan derma pada malam itu bagi pihak kerajaan negeri Kelantan.
Program ini adalah juga dengan kerjasama Pas Kawasan Batu.
Sehubungan dengan itu Paksi menyeru agar para hadirian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dapat beramai-ramai hadir dalam program ini bagi menjayakan usaha murni ini. Paksi percaya setiap niat yang baik akan dibalas kebaikan jua oleh Allah SWT. Datanglah beramai-ramai disamping berhibur dan bersantai, menderma kerana Allah. Bawalah seikhlas wang untuk didermakan. Jangan lupa peminat buku dan lukisan untuk sama-sama membeli buku dan lukisan sambil menderma. Bawalah seramai mungkin kawan-kawan dan ahli keluarga pada malam itu. Insyallah usaha yang murni ini akan diberikan laluan mudah dan diberkati oleh Allah SWT.

Wednesday, 20 June 2012
Debat SS tidak mengecewakan
Tadi malam aku berkesempatan menonton debat antara YB Safiuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Majlis Tertinggi Umno dengan YB Sallehudin Ayub, Naib Presiden Pas dan wakil rakyat Kubang Kerian. Terima kasih kepada Astro Awani yang menyiarkan debat itu secara langsung. Sebelum itu dikhabarkan Astro tidak mahu menyiarkan debat itu, akan tetapi di saat akhir atas bujukan pelbagai pihak termasuk pihak penganjur, (Krangkraf) maka para penonton dapat mengikuti debat itu selama satu setengah jam.
Aku dapati kedua-dua pendebat mempunyai kewibawaan tersendiri dalam mengemukakan hujah masing-masing. Akan tetapi, mengikut penilaian aku, hujah Safiuddin kebanyakannya adalah ulangan apa yang pernah diperkatakan oleh kepimpinan Umno sebelum ini berkaitan dengan Demonstrasi Jalanan Bersih 3.0. Tidak ada hujah baru. Apapun aku kira Safiuddin berjaya mengemukakan hujahnya dengan yakin dan jelas mencakupi pelbagai alasan untuk mempertahankan hujahnya.
Manakala hujahan Sallehuddin Ayub banyak mengandungi alasan dan fakta baru bagi menyokong hujahnya. Yang paling menarik di akhir debat itu dengan penuh sinis Sallehuddin menjawab komen Safiuddin tentang betapa sopan dan lembutnya PM Najib yang sentiasa tersenyum. "Takkanlah watak PM yang sentiasa tersenyum itu tidak boleh dibawa berbincang," begitu kira-kira komen Safiuddin.
Sallehuddin menjawab, "Memang kita hormat Najib sebagai Perdana Menteri yang sentiasa tersenyum, tetapi di sebalik senyuman itu biarlah ada keikhlasan. Kalau senyumannya ikhlas sudah barang tentu dia tidak terus menerus menarik royaliti minyak yang bukan sahaja ia perbuatan zalim tetapi menyeksa rakyat Kelantan dan merampas hak rakyat. Hak rakyat mesti dipulangkan kepada rakyat."
Dalam penggulungan akhirnya Safiuddin menjawab, Speaker Dewan Rakyat tidak mentakrifkan itu sebagai royaliti tetapi 'wang ihsan." Inilah salah satu contoh yang saya katakan Safiuddin tidak ada hujah baru. Ini jawaban klise yang selalu kita dengar dijawab oleh pimpinan Umno. Benarkah itu wang ihsan? Apakah dalam perjanjian antara Petronas dengan kerajaan Kelantan istilah 'wang ihsan' digunakan, bukan royaliti? Kalau begitu keadaannya kenapa Sabah dan Sarawak masih dibayar royaliti, bukan wang ihsan? Jangan membingungkan rakyat dengan alasan dan fakta yang tidak meyakinkan. Rakyat sudah celik dan faham antara berkata benar dengan pembohongan! Jangan cuba mempertahankan pimpinan Umno dengan pembohongan.
Walau bagaimanapun aku angkat tabik kepada kedua-dua pendebat ini yang sangat berwibawa dan berani bersemuka. Kedua-duanya sebaya dan tergolong dalam angkatan muda. Mereka berpontensi sebagai pemimpin sekiranya diberi peluang. Selepas ini di medan manakah YB Safiuddian akan berjuang? Beberapa kali Sallehuddin menjolok bahawa Safiuddin akan lebih terserlah sekiranya dia berada bersama-sama Pakatan Rakyat. YB Safiuddin kelihatan tersenyum saja setiap kali Sallehuddin cuba mengusiknya. Dia tidak respons pun. Apakah kemungkinannya selepas ini?

Monday, 18 June 2012
Jawatankuasa Baru IPM
Ikatan Persuratan Melayu (Melaka) Pada Ahad 17 Jun 2012 telah mengadakan Mesyaurat Agung Dwitahunannya di sebuah hotel di Air Keroh Melaka. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan harmoni di mana peralihan pucuk pimpinan telah berlangsung dalam keadaan aman, tenteram dan sempurna.
Pada mesyuarat itu Ketua 1 IPM, cikgu Mokhtar Yasin telah berundur dengan sukarela setelah memimpin pertubuhan itu lebih 20 tahun lalu. Beliau dengan redanya pula mencadangkan supaya jawatan itu diambil alih oleh Ketua 2, Hj. Razali bin Endun. Cadangan beliau telah disokong sebulat suara oleh ahli yang hadir pada mesyuarat itu. Tiada pencalonan lain dikemukakan.
Cikgu Husin Embi telah dipilih semula sebagai Setiausaha 1 dengan sebulat suara walaupun beliau meminta supaya tidak dicalonkan semula kerana sudah 13 tahun memegang jawatan itu. Beliau akhirnya berkompromi dengan bersetuju memegang jawatan itu untuk sepenggal lagi ( 2 tahun). Beliau dibantu oleh seorang muka baru, Sharifah Aisiah Syed Mahazar sebagai Setiausaha 2. Manakala Ketua 2 disandang oleh Prof. Dr. Arbak Othman.
Mesyuarat juga dengan sebulat suara meluluskan cadangan pindaan kepada Perlembagaan IPM yang telah dirangka semenjak ditubuhkan iaitu pada tahun 1950. Pindaan itu sangat signifikan dan amat relevan pada era globalisasi dan menepati keperluan kontemporari. Ia juga sesuai dengan zaman yang semakin mencabar ini demi penambahbaikan serta memantapkan Persatuan seiring dengan perkembangan masa dan negara yang sedang menuju ke arah negara maju.
Pada pemilihan itu ramai muka baru telah dipilih untuk menganggotai Jawatankuasa bagi tempoh 2012/2014. Senarai penuh Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut.
Penasihat : Hj. Mokhtar Yasin
Ketua 1 : Hj. Razali Endun
Ketua 2 : Prof. Dr. Arbak Othman
Setiausaha 1: Hj. Husin Embi
Setiausaha 2: Sharifah Aisiah Syed Mahazar
Bendahari : Hj. Othman Hj. Md Derus
Ahli Jawatankuasa:
Hj. Mokhtar Yasin
Hj. Abd. Razak Adam
Norhidayah Mohd Rasid
Hj. Shaharuddin Daud
Nurul Farehah Jaamad
Hj. Aladin Mohamad
Othman Hashim.

Friday, 8 June 2012
Ikatan - Lama Mana Usia Penafasannya?
Akhirnya Tan Sri Sheikh Fadzir menubuhkan sebuah parti politik yang dinamakan Ikatan. Ikatan baru saja dilancarkan dengan tujuan bergerak sebagai parti politik di Malaysia. Bertambah lagi sebuah parti politik di Malaysia yang sudahpun sekian banyaknya parti-parti politik tumbuh melata bagaikan cendawan selepas hujan. Menurut Sheikh Fadzir Ikatan tidak akan bertanding dalam PRU 13 ini kerana pendaftarannya masih belum disah secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan.
Sejujurnya, akau kurang senang melihat Pas mengendong Pak Sheikh ini ke sana ke mari dalam hampir setiap ceramah Pas. Aku memang merasakan Pas buat kerja sia-sia kerana daripada tanggapanku tidak kelihatan ada keiklhasan dan kejujuran pada Pak Sheikh ini. Aku lihat dia mencari tempat duduk yang selesa untuk dirinya pada PRU 13 nanti setelah berhenti daripada menjadi ahli Umno. Barangkali, setelah Pas tidak menjanjikan mana-mana kerusi untuknya, maka adalah lebih baik beliau menubuhkan sebuah parti lain yang mana beliau sendiri boleh menjadi Pengerusi atau Presidennya. Demikianlah manusia, mereka hanya mementingkan kedudukan, bukan perjuangan. Ini terbukti dengan jawapan beliau, Pas dan gabungannya dalam PR sudah ada pemimpin mereka sendiri.
Untuk jadi pemimpin maka dia pun tubuh parti baru. Macam juga Zahid Ibrahim dulu ketika tinggalkan PKR dia masuk parti kecil yang tidak bermaya dan dijenamakan semula dengan Parti Kita. Kata Zahid ahlinya ramai hampir juga 1 juta, seperti didakwa oleh Pak Seikh juga. Aku kira angka ini hanya untuk menyenangkan diri sendiri saja. Apa jadi pada Kita? Macam hidup segan mati tak mahu. Apakah Ikatan juga akan menempuh nasib yang sama seperti Kita? Sejauh mana usianya boleh bertahan? Kita tunggu dan lihat.
Pak Seikh juga berkata, dia tidak menghalang sesiapa ahli partinya yang mahu bertanding dalam PRU 13 ini tetapi bolehlah menggunakan atas tiket parti lain. Awas! aku saja nak peringatkan PR supaya hubaya-hubaya dengan 'konsep menumpang' ini. Apa jadi dengan Ibrahim Ali? Juga Zukkifli Nordin dan beberapa orang lagi. Setelah menang atas tiket parti berkenaan, dia pun calo! Hati-hatilah supaya ahli politik yang tidakada pegangan ideologi yang kukuh ini tidak menjadikan PR tempat dahan bergantung mereka ketika dalam kesusahan. Pastikan mereka sebenaynya jujur dan ikhlas dalam perjuangan, bukan mencari kesempatan atau kepentingan diri sendiri. Ramai lagi anggota parti yang masih setia dan jujur dalam parti. Awas! Hubaya! Hubaya dengan kelompok parasit ini!

Tuesday, 5 June 2012
Warga Felda ditipu lagi?
Berita Terbaru:
Setiausaha Publicity DAP, Tony Pua mempersoalkan tindakan kerajaan menjual kepentingan dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH) secara besar-besaran melalui tawaran awal (IPO). Penjualan 60 % saham yang dimiliki Felda itu membolehkan kerajaan mengumpul RM 5.5 bilion.
Kalau berita ini betul, tentu malang nasib Felda dan warganya.
Kalau tak silap aku harga saham yang akan disenaraikan ketika prospektus dilancarkan oleh PM Najib baru-baru ini ialah RM 4.25 sesaham. Khabarnya penyenaraian rasminya di Bursa Saham akan berlangsung pada 28 Jun ini. Belum pun di senaraikan secara rasmi di Bursa Saham, kerajaan Najib sudahpun menjualkannya. Kenapa terdesak sangat Najib bertindak sedemikian rupa? Tentu ada sesuatu di sebalik batu?
Yang peliknya Najib pernah menasihatkan warga Felda supaya tidak menjualkan saham-saham yang kononnya diperuntukkan kepada mereka. Malangnya Najib sendiri bertindak sedemikian meskipun belum disenaraikan di Bursa Saham secara rasmi. Tindakan Najib menimbulkan pelbagai persoalan dan persepsi. Penyenaraian FGVH semacam retorik politik saja. Lebih daripada itu penjualan ini dianggap sebagai sumber mendapatkan kewangan bagi menghadapi PRU 13. Atau Najib sendiri tidak yakin saham FGVH akan meningkat pada masa terdekat atau dalam masa panjang.
Isu Felda ini sudah menjadi semakin kompleks mutakhir ini. Macam-macam tindakan yang tidak mengikut lunas undang-undang berlaku di hadapan mata. Isu pelantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda juga tidak berani disanggah oleh Pendaftar Koperasi Malaysia walaupun ianya tidak menepati undang-undang dan peraturan Felda sendiri. Kisah borang yang disertakan dengan dokumen mendapatkan 'Durian Runtuh" menjadi persoalan kerana borang itu dikatakan borang pinjaman bank untuk membeli saham dalam FGVH. Ini bererti saham untuk warga Felda bukan diberi secara percuma tetapi melalui pinjaman Bank. Kalau FGVH lingkup atau sahamnya merosot, warga Felda ini akan menanggung hutang pinjaman itu. Oh! liciknya? Apa semuanya ini? Ini tentu sekali akan menimbulkan syak wasangka di kalangan warga Felda khasnya dan rakyat amnya.
Aku kira selepas penjualan 60 % kepetingan itu dan memperolehi RM 5.5 bilion, PM Najib akan bubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya. Wang sebanyak itu tentu mencukupi untuk belanja pilihan raya termasuk juga wang saku para penyokong dan pengundi. Selepas itu sama ada FGVH untung atau tidak bukan persoalan bagi kerajaan Najib. Warga Felda untung atau menanggung hutang seumur hidup, bukan menjadi perkiraan lagi. Kalau PR menang PRU 13 nanti, kerajaan baru pula kena tanggung 'biawak hidup' untuk menyelesaikan kekusutan yang sengaja ditinggalkan. Itulah dia senario masa kini. Masihkah kita mahu menaruh keyakinan dan kepercayaan? Terpulang kepada anda dan warga Felda memikirkannya!

Monday, 4 June 2012
Hijau! Hijau! Hijau
HIJAU ITU SUBUR
Hijau ! Hijau ! Hijau !
di sana hijau, di sini hijau,
melata kehijauan di mana-mana
saujana mata memandang
Alor Setar dibanjiri kehijauan
lautan hijau di Stadium Darul Aman
tunas-tunas tumbuh menghijau
pucuknya hijau, daunnya menghijau
rumpun rimbunnya turut menghijau
Hijau itu kesuburan
hijau itu kedamaian
hijau itu kemakmuran
hijau itu kesetiaan
Mari kita sama-sama raikan kehijauan
melestrarikan alam dengan kehijauan
flora dan fauna penyeri alam
menjaga kehijauan tuntuan Tuhan
Ayuh !
mari kita bersama-sama
mengangkat panji-panji hijau
lambang Rasulullah !
melangkah gagah berarak penuh taqwa
menuju ke Putrajaya !
Insyallah !
Semoga Berjaya !
Hijau ! Hijau ! Hijau !
di sana hijau, di sini hijau,
melata kehijauan di mana-mana
saujana mata memandang
Alor Setar dibanjiri kehijauan
lautan hijau di Stadium Darul Aman
tunas-tunas tumbuh menghijau
pucuknya hijau, daunnya menghijau
rumpun rimbunnya turut menghijau
Hijau itu kesuburan
hijau itu kedamaian
hijau itu kemakmuran
hijau itu kesetiaan
Mari kita sama-sama raikan kehijauan
melestrarikan alam dengan kehijauan
flora dan fauna penyeri alam
menjaga kehijauan tuntuan Tuhan
Ayuh !
mari kita bersama-sama
mengangkat panji-panji hijau
lambang Rasulullah !
melangkah gagah berarak penuh taqwa
menuju ke Putrajaya !
Insyallah !
Semoga Berjaya !
Wednesday, 30 May 2012
Awas! Penipuan Kertas Undi?
PRU 13 merupakan pilihan raya paling kotor, menurut ramai ahli dan penganalisis politik. Ini diyakinkan dengan sumpah dan tekad PM Najib mahu mempertahankan Putrajaya sehingga ketitisan darah yang terakhir walau dengan apa cara sekalipun. Tindakan-tindakan Najib mutakhir ini menggambarkan betapa desperatenya beliau mahu mempertahankan kuasa dengan menabur wang ringgit, ugutan dan yang seumpamanya.
PRU 13 yang tarikhnya masih berada di tangan Najib masih menjadi tandatanya orang ramai. Najib belum berani mengumumkan pilihan raya kerana tidak yakin akan menang. Dia tunggu masa yang paling sesuai dan kira-kira yakin akan menang, baru akan diumumkan tarikh pilihan raya. Ketidakberaniannya ini menyusahkan orang ramai dan mencerminkan kegusaranya akan kehilangan kuasa dan era kekuasaan BN/Umno akan berakhir selepas PRU 13.
Justeru itu pelbagai tipu helah digunakan bagi memastikan BN/Umno menang dalam PRU 13. Senarai pengundi dalam simpanan SPR masih belum dibersihkan. Tuntutan Bersih 3.0 supaya senarai nama pengundi dibersihkan daripada sebarang pencemaran masih belum kelihatan dilaksanakan. Sebaliknya kerajaan pula cuba mengalihkan perhatian orang ramai daripada tuntutan 8 perkara oleh Bersin 3.0 kepada pendakwaan terhadap Jawatankuasa pemandu Bersih 3.0 dan Anwar Ibrahim dan teman-temannya. Apabila tumpuan utama tuntutan dapat dipesongkan, maka kerajaan mengharapkan rakyat akan memberi sokongan kepada mereka. Rakyat harus berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan tipu helah ini.
Aku dapat tahu bahawa kertas undi sudahpun dicetak dengan banyaknya. Kertas undi ini siap dicetak pada April lalu. Aku bertanyakan sumber ini, berapa banyak dicetak? Katanya banyak. Aku tanya lagi bukankah seharusnya dicetak cukup-cukup dengan jumlah pengundi yang senarai nama mereka sudah digazetkan? Katanya lebih daripada itu. Aku tanya lagi tidakkah sesiapa, pihak ketiga seperti Badan Audit umpamanya menjadi pemerhati atau saksi apabila kertas undi ini dicetak. Katanya, sepanjang yang dia tahu tidak ada pihak ketiga. Namun katanya memang proses percetakan itu dikawal ketat oleh pihak polis.
Katanya lagi yang cuma belum dicetak di atas kertas undi itu ialah nombor siri serta nama dan lambang calon-calon yang bertanding. Malah, katanya kertas undi untuk Sabah dan Sarawak sudahpun dihantar kedua-dua negeri itu.
Aku tanya lagi, akan adakah kemungkinan kertas undi itu dimanipulasi? Dia tidak menolak kemungkinan itu. Katanya peluang untuk memanipulasi terdedah luas. Malah beberapa buah kontena sudah siap sedia untuk menghantar kertas-kertas undi ini ke tempat-tempat pengundian. Apapun boleh berlaku, katanya.
Wah! PR wajib ambil perhatian ini. Bagaimana kertas undi boleh dicetak tanpa dipantau oleh pihak ketiga? Pergerakan kertas undipun patut dipantau. Pernah terjadi apabila pengiraan undi diminta dikira semula, tiba-tiba calon yang kalah sebelumnya menjadi menang pula walaupun dengan undi yang tipis. Dari mana datangnya undi yang lebih ini? Entahlah!
Kebarangkalian penipuan kertas undi ini tidak boleh dipandang enteng. Ia memberikan impak dan implikasi yang besar dalam pengiraan undi. Dalam saat keraguan yang amat besar terpalit di tubuh SPR, kemungkinan ini berlaku tidak boleh ditolak begitu saja. SPR belum lagi dapat meyakinkan rakyat terhadap kewibawaan mereka. Rakyat mahu melihat pembersihan dilakukan dalam SPR secara drastik. Rakyat mahu pilihan raya ke 13 diadakan selepas senarai nama pengundi dibersihkan.
Setakat ini SPR kelihatan tidak berusaha secara bersungguh-sungguh terhadap tuntutan itu. Sebaliknya SPR cuba melengah-lengahkannya dan turut cuba memesong tuntutan orang ramai supaya PRU 13 diadakan secara adil dan bersih kepada isu-isu lain yang tidak relevan. Rakyat mahu PRU 13 diadakan secara adil, saksama dan bersih. Sebelum SPR dibersihkan, PRU 13 tidak patut diadakan, inilah tuntutan rakyat. Ini jelas terbukti dengan kajian oleh Badan Bebas yang mana 92 peratus respondan dalam kajiannya mahukan SPR membersihkan senarai nama pengundi.
Awas! Hubaya1 Hubaya! jangan kita terus tertipu dan ditipu!

Monday, 28 May 2012
Politik baling batu dan gertak BN
Nampaknya BN khususnya Umno sudah amat terdesak menghadapi PRU 13. Pelbagai macam cara diguna dan dipergunakan untuk menakut-nakutkan rakyat terhadap PR. Bermula daripada pendakwaan Anwar kerana kononnya meliwat Saiful, kes ditolak. Kemudian ditimbulkan gambar lucah kononnya Anwar bersama amoi cina dalam sebuah hotel, juga tidak dipercayai rakyat. Mereka diedarkan pula gambar-gambar wajah mirip Azmin Ali dengan seorang perempuan dalam bilik hotel, inipun ramai rakyat tidak percaya. Jelas sekali stratgei kelucahan dengan cara pembohongan ini memakan diri mereka.
Kini mereka beralih taktik pula dengan menggunakan kekerasan mengganggu ceramah-ceramah PR di seluruh negara. Insiden membaling batu dan telur sehingga mencederakan orang ramai, merosakkan kenderaan dengan memancitkannya serta dilempar cat, ugutan dengan tujuan menakut-nakutkan rakyat semakin menjadi-jadi. Bagaimana Polis boleh membenarkan ceramah kedua parti yang berseteru ini mengadakan ceramah dalam jarak 10 meter, amat membingungkan. Apakah polis mahu menggalakan pergaduhan?
Anehnya selepas kejadian tak terdengar pula sesiapa ditangkap atau didakwa di mahkamah. Ini kerana perbuatan itu dilakukan oleh Umno/BN, maka polis tutup sebelah mata. Aku percaya kalau insiden buruk ini dimulakan oleh penyokong PR, pastinya mereka segera akan ditangkap dan dituduh di mahkamah. Polis kena adillah dalam melaksanakan undang-undang. Kalau polis hanya memandang dengan sebelah mata dan mendengar dengan satu telinga, pastinya akan memburukkan lagi nama Polis di kalangan rakyat.
Aku percaya kerja-kerja hina dan jijik ini yang dilakukan oleh Umno sudahpun memakan diri.
Sebagai contoh, tindakan penjaja menjaja serta perbuatan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga, sudah mula menimbulkan kebencian rakyat. Pada mulanya mereka ini mendapat sokongan kuat UMNO/BN. Kalau tak silap saya pada hari pertama penjaja yang buka perniagaan di hadapan rumah Ambiga memakai baju T berlambangkan dacing. Maka jelas mereka adalah penyokong kuat BN, maka tindakan mereka itu tentu sekali direstui oleh BN.
Apa dah jadi sekarang? Masyarakat memandang jijik dan tidak menyokong tindakan mereka, akibatnya BN/Umno menafikan mereka ini mendapat sokongan BN. Ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Mansor baru-baru ini. Begitu juga dengan peristiwa membaling batu, Umno menafikan ada arahan dikeluarkan. Sama ada arahan dikeluarkan atau tidak, pastinya yang memaling batu itu penyokong dan orang Umno. Ini bukan berlaku di suatu tempat saja, tetapi di seluruh negara terutama di Semenanjung. Umno/BN jangan cuba bersembunyi di sebalik daun sehelai. Rakyat yang peka, berfikiran terbuka dan kritis tahu membuat penilaiannya. Cuma rakyat yang tolol dan bodoh saja macam keldai dicucuk hidung akan mempercayai apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno. Kesian mereka. Kalau mereka diberikan pendedahan kita yakin mereka ini juga akan diberikan hidayah oleh Allah dan dapat membezakan antara kebenaran dan pembohongan.
Yang lagi membingungkan, kerajaan pula mengemukakan sama sivil terhadap jawatankuasa pemandu Bersih. Kerajaan minta gantirugi kerana kerosakan dan kemusnahan kereta peronda polis dan kenderaan yang lain. Aku pun tak faham atas asas apa tindakan sivil ini diambil oleh kerajaan. Ianya memperlihatkan kerjajaan sudah hilang autoriti. Ini petanda jelas kerajaan Umno/BN akan hilang kuasanya pada PRU13 nanti. Yang jelas ini satu perang psikologi politik, cuba menimbulkan keresahan dan ketakutan dalam kalangan rakyat dan PR. Ia cuma gertak, mahu melihat sejauh mana gertakan ini memberi kesan kepada keuntungan politik BN.
Umno/BN akan rugi sekiranya terus menggunakan taktik kotor dan jijik ini. Rakyat sudah pandai menilai mana yang betul dan mana yang salah. Rakyat sekarang tidak boleh disamakan dengan rakyat pada zaman 60-70an dulu. Kini pelbagai informasi boleh diperolehi melalui media internet. Media yang masih mengamalkan propaganda bodoh dan cuba memperbodohkan rakyat akan hilang krebiliti mereka dan tidak akan dibaca atau didengar oleh rakyat. Rakyat sudah celik maka mereka mendambakan suatu era politik yang lebih aman, terbuka, intelektual dan dapat mewujudkan politik budiman. Rakyat sudah muak, bosan dan jelik dengan politik kotor, fitnah serta membunuh karekter ahli politik lawan. Politik ialah berhujah, bukan memfitnah. Justeru lawanlah berhujah dengan fakta, maka dengan itu rakyat akan menilai kepintaran, kebolehan dan kewibawaan seseorang ahli politik dan parti politik yang mereka wakili.
Debat Rafizi dengan KJ baru-baru ini satu permulaan yang baik ke arah dunia politik yang budiman. KJ telah menunjukkan kepetahannya berpidato, begitu juga denga Rafizi. Keberanian KJ adalah manifestasi pencerahan dalam dunia politik Umno dan BN sendiri. Jangan takut berdebat, kerana debat memperlihatkan kebijaksanaan kita sebagai ahli politik. Di negara-negara maju debat antara pemimpin parti politik sudah lumrah dan dijadikan budaya mereka. Debat ini pula disiarkan secara langsung melalui TV. Sebab itu tindakan Astro Awani menyiarkan debat KJ dengan Rafizi secara langsung patut dipuji dan diberi penghargaan.
Oleh yang demikian kita tunggu debat antara PM Najib dengan Anwar Ibrahim. Jangan takut berhujah secara gentleman, jangan hanya berani berhujah di hadapan khalayak yang pekat menyokong parti masing-masing. Najib mesti sahut cabaran ini.

Wednesday, 23 May 2012
Syabas Rafizi dan KJ
Wah! aku bangga dengan kedua anak muda ini yang berjaya meneroka suasana politik baru di negara ini dengan berdebat secara intelektual dan berhemah. Sepanjang satu setengah jam aku tidak leka seminit pun daripada kaca tv saluran Astro Awani malam tadi. Aku bangga kedua-duanya dengan berani dan yakin telah membuka tirai politik tradisional selama ini yang dilingkari oleh politik fitnah, kotor, rasuah dan menjijikkan. Mereka telah membawa rakyat Malaysia ke arah alam politik yang budiman, intelektual dan bertamadun.
Memang kedua-duanya petah dan mempunyai fakta bagi menyokong hujah masing-masing. Sepanjang perdebatan, aku lihat Rafizi lebih ke hadapan dengan hujah yang meyakinkan iaitu daripada sudut ekonomi dan realiti. Beliau hanya menumpukan hujahnya terhadap permasalahan dan mengemukakan penyelesaian mengikut landasan ekonomi. Tidak hairan kerana belaiu ialah seorang akuantan dan khabarnya pernah berkhidmat dengan Petronas.
Manakala Khiri Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno seorang lulusan Oxford tidak kurang juga bermain dengan angka. Sama ada angka-angka yang mereka kemukakan ini sesuatu yang betul dan sahih, kenalah diteliti dengan rinci oleh pakar ekonomi yang berwibawa. Apapuan KJ tidak kurang petah dan lancar berhujah dalam debat ini.
Cuma yang aku dapat teliti jawapan dan hujah KJ lebih mirip kepada sentimen politik, manakala Rafizi Ramli menumpukan dari sudut ekonomi dan penyelesaian. Hujah KJ agak meyakinkan apabila beliau menyatakan beberapa kepincangan dan kekurangan kerajaan PR yang masih belum menyempurnakan janji manifesto mereka yang dikemukakan pada PRU 12 (2008). Mungkin dakwaannya betul, tetapi mungkin ianya belum sempat disempurnakan kerana kesuntukan masa. Belum pun sampai 5 tahun memerintah, kebarangkalian ini tentu ada. Apa pun kita serahkan kepada rakyat menimbangkannya.
Seperti yang didakwa oleh Rafizi dalam sesi penggulungannya, KJ masih gagal dan tidak menjawab pertanyaan beliau sehingga akhir debat, ke manakah digunakan sejumlah besar wang Petronas ketika bapa mentuanya, Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) menjadi PM dulu? Adakah wang itu digunakan untuk membantu mahasiswa atau digunkan untuk perkara yang berfaedah? Ini tidak dijawab oleh KJ. Barangkali KJ tidak ada jawapan bagi soalan itu atau sengaja tidak mahu menjawab kerana mahu menyembunyikan sesuatu? Itu andaian saya, mungkin anda menggandaikannya lain pula.
Apapun, sekali lagi saya ucapkan syabas kepada dua orang anak muda ini yang telah membuka jalan kepada perdebatan yang lebih sihat, intelektual dan bertamadun sebagai wadah kelangsungan dunia politik yang lebih terbuka dan matang di tanah air kita. Kini bukan lagi zaman politik fitnah memfitnah, memperbodohkan rakyat dan politik pembohongan, kerana rakyat sudah celik dan terbuka kepada pelbagai maklumat yang boleh dicapai di maya, tidak payah lagi melalui media cetak dan tv. Kita mahukan suasana politik yang lebih matang, berhemah dan boleh menjana kepada pemikiran massa yang lebih matang dan bijaksana.
Seperti yang disarankan oleh moderator Dr. Malik dari Universiti Islam Antarabangsa, supaya debat antara ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan PM Datuk Najib Tun Razak akan menjadi kenyataan dan dapat diadakan sebelum PRU 13 ini, tentu sekali saranan ini harus disokong. Anwar telah beberapa kali mencabar Najib, tetapi Najib masih belum lagi menerima cabaran ini. Kita tunggu perdebatan kedua-dua pemimpin ini dengan pemikiran terbuka, kerana rakyat tidak lagi boleh dibelenggu oleh politik fitnah, pembohongan dan propaganda yang melampau. Biar rakyat nilai kewibawaan kedua-dua pemimpin ini dalam hujahan mereka.
Syabas dan tahniah juga harus diberikan kepada Karangkraf yang menerbitkan akhbar Sinar Harian, setesen tv Astro Awani, dan radio Bernama 24 yang menjadi penganjur bersama debat ini. Pengelibatan ketiga-tiga media ini membuka lebaran baru dan pembuka jalan ke arah dunia politik yang lebih budiman, matang dan bertamadun. Kita harapkan mereka akan terus menaja majlis debat seperti ini pada masa akan datang. Wallahualm!

Monday, 21 May 2012
Polis mesti ada intergeriti
Esok, 22 Mei 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan cikgu Bard akan didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur atas dakwaan melanggar Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan oleh parlimen. Mereka akan tercatat dalam sejarah kehakiman Malaysia manusia yang pertama didakwa di bawah Akta berkenaan.
Aku tidak mahu persoalkan sama ada mereka wajar didakwa atau tidak oleh pihak polis atau Peguan Negara. Aku hanya menjadi hairan pihak polis sangat cekap dan pantas apabila mahu mendakwa pihak PR dalam masa yang amat singkat. Segala bukti akan dicari untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Aku menjadi pelik dan hairan pihak polis tidak terdengarpun berbuat apa-apa terhadap golongan pendudkung Umno seperti Perkasa, Ikhlas dan yang seumpamanya.

Saturday, 19 May 2012
Wacana Ilmu di PPAS pada 26 Mei ini
Paksi dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan kerajaan negeri Selangor akan menganjurkan bicara karya dalam sesi Wacana Ilmu bulanan pada Sabtu 26 Mei ini bertempat di PPAS Shah Alam bermula jam 9.00 pagi - 1 tengahari.
Buku yang akan dibicarakan pada kali ini bertajuk, "Pemikiran dan Perancangan Seni Budaya" tulisan Dinsman. Panel pembicaranya terdiri daripada:- Dr, Abu Hassan Abdullah, Dr. Mohd Nur Manuty, Senator Mumtas Md. Nawi, Zohid Hj Saad.
Buku ini menjelaskan betapa mustahaknya gerakan budaya diberikan perhatian oleh golongan politik kerana budaya itu asas membina tamaduan sesuatu bangsa dan negara. Selama ini bidang budaya semacam terpinggir daripada pandangan dan perancangan golongan politik. Justeru itu para panel dalam perbicaraan buku ini sebanyak sedikit akan memberi penjelasan terhadap kepincangan yang berlaku ini.
Oleh yang demikian, adalah diharapkan para budayawan, sasterawan dan penulis dapat turut sama berbincang permasalahan ini pada hari tersebut. Semua dialu-alukan hadir untuk menceriakan lagi wacana ilmu ini. Masuk adalah percuma.
Datang! Jangan Tak Datang! Jumpa di sana!.

Thursday, 10 May 2012
Antara Fatwa dan Petua
Aku naik bingung, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sewenang-wenang aje mengeluarkan fatwa bahawa Bersih 3.0 itu HARAM. Majlis Fatwa ini tak kerja lain hanya mengharamkan apa-apa aje yang difikirkannya tidak sehaluan dengan majikannya.
Aku pelik dan hairan, sepantas dan secepat itu fatwa itu dikeluarkan. Yang aku tahu setiap fatwa yang akan dikeluarkan mestilah berasakan Al-Quran, Hadis dan Itjmak ulama. Itu saja tidak mencukupi, Majlis Fatwa mesti adakan kajian dan penyelidikan yang rinci, terutama yang menyentuh kejadian-kejadian yang tidak terdapat pada zaman Nabi. Bekas Mufti Perlis Dr. Asri juga berpendapat, pada zaman dunia tanpa sempadan dan teknologi canggih ini, fatwa tidak seharusnya bersandarkan pada Al-Quran, dan Hadis semata-mata.
Dalam konteks Bersih 3.0, setahu aku tidak terdengar Jawatankuasa Fatwa ini ada mengadakan interview dengan penganjur dan para peserta untuk mendapat gambaran yang lebih jelas. Nampak gayanya Jawatankuasa ini hanya mendengar sebelah pihak saja, atau mungkin menerima arahan pihak atasan saja.
Kalau begitu jadinya Fatwa itu bukan fatwa sebenarnya tetapi hanya Petua saja. Jangan jadikan Majlis Fatwa dan fatwa-fatwanya bukan saja tidak dihormati, tetapi menjadi bahan ketawa orang ramai aja. Justeru itu berhati-hatilah sebelum mengeluarkan Fatwa supaya fatwa itu tidak berat sebelah dan tidak pula dijadikan sebagai bahan lulucuan.

Wednesday, 2 May 2012
Tubuhkan Segera IPCMC
Melihat pelbagai video dalam internet yang memaparkan keganasan polis terhadap para peserta Bersih 3.0, saya berasa amat jelik, jijik dan geram. Seperti entri saya sebelum ini semua insiden ini berlaku selepas 4 petang iaitu waktu yang dijanjikan oleh Bersih untuk bersurai. Malahan menurut laporan Ambiga sudah mengeluarkan arahannya supaya bersurai seawal sekitar jam 3 petang.
Ada insiden sekumpulan polis beruniform masuk mengamuk di dalam sebuah restoran di mana beberapa orang peserta Bersih sedang minum, mengarahkan mereka keluar dan mengasari mereka. Aku lihat mereka yang di dalam restoran itu tidak berbuat apa-apa, hanya minum dan makan, sebaliknya sekumpulan anggota polis yang datang dan masuk dengan kasar dan memecahkan sesuatu di muka pintu. Alahai Polis!
Majlis peguam mahu membantu peserta Bersih mengambil tindakan undang-undang sibil terhadap polis. Saya kira itu tidak cukup, polis yang melakukan kesalahan ini mesti menghadapi tindakahn dan dihukum mengikut undang-undang negara. Mereka tidak boleh dilepaskan begitu saja, kerana undang-undang tidak boleh mengatasi sesiapa waimah pihak polis. Banyak kes polis tidak diambil tindakan pun walaupun bukti jelas mereka melakukan kesalahan melanggar hak asasi kemanusiaan.
Malangnya, peserta harus membuat aduan kepada pihak polis, sama ada polis siasat atau tidak, belum tahu. Kalau polis siasat dia siasat anggotanya, pastinya kalaupun didapati anggotanya melakukan kesalahan kemungkinan besar mereka akan cuba menutupnya kerana mendakwa anggota sendiri seperti membuka pekung di dada. Rakyat tidak boleh biarkan polis melakukan apa saja mengikut suka mereka. Mereka mesti juga dikawal oleh undang-undang supaya mereka patuh pada peraturan.
Sudah sampai masanya rakyat menuntut supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis atau (IPCMC) ditubuhkan segera untuk mebendung tindakan liar polis. IPCMC pada mulanya dulu dipersetujui oleh Pak Lah ketika jadi PM, akan tetapi pihak polis menentang, maka IPCMC pun ghaib dan dilupakan orang. Polis menentang kerana mereka tidak mahu disiasat oleh badan lain kecuali oleh polis sendiri. Betulkah ini? Adilkah ini? Tentu rakyat ragu akan timbul pelbagai persepsi.
Bersih serta Ngo lain termasuk parti-parti pembangkang harus memberi tekanan kepada kerajaan supaya menubuhkan semula IPCMC. Tuntutan kesatuan wartawan supaya sebuah badan bebas yang tidak melibatkan polis ditubuh untuk menyasiat kekasaran polis terhadap ahlinya adalah sesuatau yang wajar. Kalau IPCMC sudah diwujudkan, maka semua pihak boleh buat aduan kepada IPCMC dan menjadi tanggungjawab badan itu menyaisat dan mendakwa anggota polis yang didapati melakukan salahlaku.
Bukan tak boleh mengadu kepada Suhakam, tetapi badan ini hanya boleh menyiasat dan tidak boleh mendakwa. Suhakam ibarat harimau yang dipelihara tetapi taring dan kukunya awal-awal lagi sudah dipotong.
Apapun kita tidak harus dihanyutkan oleh pelbagai insiden oleh pihak polis ini. Matlamat Bersih ialah memperjuangkan piliharaya yang bersih, adil dan saksama. SPR harus membersihkan kekotoran yang terpalit pada tubuh mereka. Senarai nama pemilih mesti dibersihkan sebelum pilihanraya diadakan. Di samping menuntut penubuhan semula IPCMC tuntutan asal ini mesti terus diperjuangkan. Wallahulam!

Monday, 30 April 2012
Siapa Lebih GANAS !
Melihat gambar di akhbar Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan lain-lain akhbar arus perdana memang meyakinkan pembaca yang tidak kritis bahawa memang benarlah peserta Bersih 3.0 bertindak ganas terhadap polis. Ditambah lagi dengan komen para menteri dan Lembaga Profesor Negara yang menyatakan tindakan polis adalah berhemah dan profesional.
Sebagai orang yang berfikiran terbuka dan kritis aku cuba mengakses sumber lain termasuk dalam internet. Apabila aku melihat beberapa buah video dalam internet termasuk yang dirakamkan oleh Al-Jazeera, aku rasa provokasi dimulakan oleh pihak polis. Dalam apa-apa tindakan iaitu (every actions will be reactions). Teori ini berlaku pada himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012.
Aku lihat dalam rakaman video itu betapa polis bertindak terlalu ganas terhadap peserta yang tidak melakukan apa-apa kerosakan dan kejadian-kejadian ini berlaku selepas ramai peserta sudah mula bersurai sekitar selepas jam 4.00 petang . Dalam salah satu video itu seorang anggota polis berpakaian preman (baju berbakak-bakak) berdiri di atas hood (bumbung) kereta menghayun tokol besi dan memecahkan cermin tingkap sebuah kereta yang berhenti (mungkin berlaku pelanggaran dengan kereta lain). Beberapa orang anggota polis beruniform mengutung kereta itu dan menarik pemandu itu keluar daripada kereta. Sebaik pemandu itu keluar dia dipukul dengan tukul besi oleh anggota polis preman tadi dari atas hood kereta. Tidak cukup begitu dia turun dan terus memukul pemandu itu. Anggota-anggota polis beruniform ramai yang tumpang sekaki walaupun kelihatan seorang dua cuba menghalang tetapi tidak bersungguh-sungguh. Kepala pemuda itu berlumuran darah dan tidak tahu apa terjadi selepas itu terhadap pemuda itu. Bayangkan TOKOL BESI dan pemandu itu kelihatan dalam video itu tidak membuat kacau, tetapi menjadi mangsa polis yang ganas (kalau cara ini dikatakan berhemah, kalau polis bertindak ganas lagi teruk lah keadaannya).
Satu video lagi kelihatan anggota polis merangkul seorang pemuda yang berdiri keseorangan di pinggir jalan berhampiran sebuah tiang besi iklan. Seorang anggota polis berunifom, entah apa sebabnya merangkul pemuda tersebut dengan kuat sehingga pemuda dan tiang itu rebah. Sebaik pemuda itu jatuh seorang lagi anggota polis datang menekan leher pemuda itu dengan kakinya. Lebih ramai lagi polis datang menendang dan memukul pemuda itu yang sedikit pun tidak melawan. Dalam video itu tidak kelihatan pemuda itu memulakan provokasi.
Video satu lagi ialah episod polis tarifik melanggar dengan motosikalnya penunggang motosikal lain di hadapannya sehingga kedua-duanya terjatuh. Tak tahulah, mungkin polis itu tidak sengaja, akan tetapi setelah berlaku pelbagai insiden sebelum itu yang menaikkan kemerahan peserta, maka polis trafik itu turut dipukul. Satu lagi sebuah kereta peronda polis melanggar para peserta di Sogo sehinggakan dua orang cedera teruk. Pemandu kereta polis itu (kelihatan tidak memakai uniform polis) diheret keluar oleh orang ramai lalu dipukul bertalu-talu. Seorang lagi anggota polis keluar tidak berapa lama selepas itu, dan beliau bernasib baik dipeluk dan diselamatkan oleh beberapa orang peserta lain.
Kereta polis itu diterbalikan oleh orang ramai setelah mengsyaki ada orang tertindih di bawah kereta itu. Ini jelas kedengaran dalam video itu suara menjerit-jerit 'ada orang dibawah.' Akan tetapi yang peliknya ramai yang menolong menterbalikkan kereta itu memakai baju T hitam, hanya seorang yang memakai baju kuning Bersih. Ramai orang mengsyaki mereka yang berbaju hitam ini anggota polis preman atau SB yang mungkin ditugaskan untuk membuat provokasi untuk memburukkan nama baik Bersih. Lain-lain berita ialah banyak kamera jurukamera media telah dirampas dan dirosakkan oleh polis, termasuk kamera milik wartawan Al-Jazeera. Semua kejadian ini tidak dilaporkan oleh media arus perdana baik yang bercetak mahupun yang elektronik.
Sejujurnya, aku tidak bersetuju dengan apa cara keganasan sekalipun baik yang dilakukan oleh peserta mahupun oleh polis. Polis seharus bertindak apabila melihat peserta cuba merusuh dan merosakkan ketenteraman awam. Bukan memulakan provokasi. Lagipun kalau semburan air kimia dan gas pemedih mata itu hanya tertumpu di Dataran Merdeka (kerana kawasan itulah yang dilarang oleh mahkamah) bukan menyemburnya membuta tuli di tempat-tempat lain yang tidak masuk dalam kawasan larangan, aku percaya kejadian buruk seperti apa yang berlaku tidak akan berlaku.
Daripada pengamatan aku, semua kejadian yang berlaku ialah kerana membalas dendam. Peserta marah dan berdendam kerana polis menyembur air kimia dan gas pemedih mata, melakukuan kekerasan terhadap peserta lain. Manakala polis juga berdendam kerana ada anggotanya dicederakan oleh para peserta. Apabila polis berdendam, maka mereka tidak lagi mengamalkan sifat profesionalisme mereka.
Apapun, aku memang ngeri melihat polis memukul orang dengan tukul besi. Dan banyal kagi kejadian yang terlalu ganas di pandang mata. BERSIH 3.0 patut kumpulkan semua bukti ini dan buat aduan kepada Suhakam atau mana-mana badan yang bertanggungjawab terhadap kebebasan hak asasi. Kita mahukan anggota polis yang benar-benar profesional dalam tindakan mereka tidak kira siapa yang melakukan pelanggaran undang-undang waimah Bersih, Perkasa, Umno atau sesiapa saja. Sepanjang yang aku lihat kalau perkasa dan Umno, polis tidak mengambil tindakan pun. Ini menyebabkan orang ramai meluat dengan polis kerana mengamalkan 'double standard.'
Yang jelas SPR mesti bersih daripada segala pencemaran nama pengundi yang meragukan termasuk nama-nama rakyat asing yang diberikan kad pengenalan segera bagi membenarkan mereka mengundi. Aku fikir yang lebih afdal dan realistik, Pengerusi dan Setiausaha SPR mesti meletakkan jawatan kerana rakyat sudah tidak percaya lagi pada mereka dan SPR. Kalau mereka bukan dipengaruhi oleh politik kepartian yang dianggotai mereka, Ayuh! letak jawatan buktikan tindakan anda itu adalah satu tindaka profesional. Kita tunggu keberanian mereka berbuat demikian.
Aku yakin mereka tidak akan bersetuju kerana itu kuasa yang ada pada mereka yang boleh memenangkan gerombolan, melainkan rakyat nyahkan mereka daripada kerusi-kerusi ampuk yang mereka duduki. Untuk itu berlaku, gerombolan ini harus dijatuhkan daripada tampuk kuasa. Pastikan PRU 13 ini puak-puak ini sudah tidak lagi berada di Puterajaya. Anda boleh lakukannya! Wallahualam!

Sunday, 29 April 2012
Syabas Anak Muda !
Syabas! Aku kira Bersih 3.0 amat berjaya sekali mengumpul ratusan ribu rakyat di Kuala Lumpur, walaupun mengikut laporan Utusan hanya sekadar 4,000 orang saja dan mereka ini kononnya diupah.
Nasihat aku pada Utusan, janganlah cuba memperbodohkan orang ramai terutama pembaca kamu. Masyarakat sekarang sudah celik dan terserlah dengan pelbagai informasi.
Bidalan orang tua-tua dulu ada mengatakn, 'ukur baju di badan sendiri.' Ini buktinya wartawan Utusan cuba mengukur baju orang lain mengikut ukuran bajunya. Jangan samakan himpunan Umno/BN dengan PR. Bukan menjadi rahsia kalau himpunan Umno/BN tidak akan ramai orang yang datang, yang datang pun kakitangan kerajaan, murid-murid sekolah yang dipaksa hadir. Orang kampung diangkut dengan berpuluh-puluh buah bas dengan percuma dan dihulurkan duit kepada mereka. Ini bukan rahasia, ini kenyataan!
Aku kagum dengan kehadiran Bersih 3.0 yang mengikut anggaran S.Ambiga tidak kurang 250,00 yang turut serta. Ini satu jumlah yang besar. Dan aku yakin mereka datang atas kesedaran dan kehendak sendiri, tidak dipaksa oleh sesiapa, apa lagi diupah! Yang kelihatan anak muda pelbagai kaum, Cina, India, Iban orang asli yang rata-rata lahir pada era 80 dan 90 an. Ini satu perkembangan yang positif dalam jagat politik tanah air. Kesedaran inilah sangat dialu-alukan kerana tanpa kesedaran anak muda akan menajdai pasif dan hanya mengiyakan saja apa yang diucapkan oleh kuasawan.
Cuma aku kesian kali ini Pak Samad tidak dapat mengepalai perarakan kerana siang-siang lagi dia sudah dihalang oleh polis menggunakan jambatan melintasia dari Pasar Seni ke Daya Bumi. Beliau hampa dengan tindakan polis lalu duduk bantah di atas jambatan itu. Seharusnya peserta memimpin beliau dan membawa beliau ke Dataran Merdeka. Beliau harus bersama-sama rakyat, jangan dibiarakn duduk di atas jambatan itu. Apa pun aku salut Pak Samad yang masih bertenaga menyatakan pendiriannya walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan.
Meskipun Unggun Bersih tidak dapat dinyalakan di Dataran Merdeka, namun semangat mereka lebih panas daripada unggun api yang membara. Apa lagi apabila dilarang menggunakan hak mereka sebagai rakyat negara ini menggunakan Dataran Merdeka. Inilah puncanya mereka marah dan ada yang berani merempuh halangan itu dan akhirnya mereka ditembak juga dengan semburan air kimia dan gas pemedih mata. Ada berita mengatakan sebuah kereta peronda polis diterbalikkan di hadapan Sogo kerana orang ramai marah kononnya ada peserta dilanggar oleh kereta polis. Mujur anggota polis itu diselamatkan oleh, khabarnya pemuda Keadilan (AMK), akan tetapi ada peserta dan anggota polis yang cedera. Aku simpati dengan keadaan ini kerana ianya tidak harus berlaku.
Sudah dijangkakan peristiwa ini akan dibsesar-besarkan oleh konco-konco Umno/BN dan media arus perdana menuduh Bersih punca segala-galanya. Rais Yatim pun dah komen katanya Bersih sudah kotor kerana peristiwa tersebut. Tak apalah itu hak mereka untuk kata apa saja.
Bagi aku kesalahan harus dipikul oleh kerajaan yang berdolak dalik sejak dari mula lagi. Sama juga ketika Bersih 2.0 mahu adakan perhimpunan pada 9 Julai 2011 dulu, PM berdolak dali, Hisahamuddin berkata begitu, Polis berkata begini, akhirnya kekecohan berlaku. Kemudian mereka salahkan pengajur.
Kerajaan sewajarnya membenarkan penganjur Bersih menggunakan lokasi yang mereka pohon. Sekiranya setelah kebenaran diberikan, masih berlaku peristiwa seperti yang berlaku kali ini, barulah kerajaan boleh menyalahkan penganjur. Ini semua berpunca daripada kerajaan yang memegang teraju pemerintahan. Berikan mereka peluang, aku percaya kerajaan akan mendapat kreditnya.
Rakyat sudah menunjukkan perasaan mereka yang kurang senang dengan proses pengundian yang dikendalikan oleh SPR. Kerajaan dan SPR harus mengambil tindakan segera kalau tidak mahu rakyat turun sekali lagi di jalan raya. Syabas! Rakyat Malaysia! Jangan dibiarkan gerombolan ini menarik hidung dan terus memperbodohkan kita. Kalau mereka sudah bodoh, jangan diajak kita menjadi bodoh macam mereka ! Wallahualam!

Wednesday, 25 April 2012
Mari kita nyalakan Unggun Bersih di Dataran
Aku kira kerajaan persekutuan nampak benar tidak jujur menghadapi isu Bersih 3.0 yang akan mengadakan demonstrasi 'Duduk Bantah' di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April ini. Hishamuddin kata, Bersih tidak mengancam keselamatan dan kententeraman negara. Ketua polis pun macam menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri ini. Tiba-tiba Ketua Polis Brickfieldas pula berkata tidak membenarkan perhimpunan itu. DBKL pula tak benarkan Dataran Merdeka dijadikan tempat 'Duduk Bantah' ini. Apa semuanya ini?
Usaha berdolak-dalih ini akan menarik lebih ramai lagi orang ramai datang ke Dataran Merdeka untuk melihat apa akan terjadi di Dataran itu nanti. Dataran pun sudah dipagar. Datuk Bandat sudah beri amaran katanya Bersih akan menghadapi tindakan keras daripada DBKL kalau teruskan hasrat mereka. Wah! sejak bila Datuk Bandar sudah ambil alih peranan Ketua Polis Negara? Mampukah dewan bandaraya menghalang himpunan setengah juta manusia itu nanti? Silap-silap pagar-pagar itu akan roboh dirempuh oleh orang ramai.
Aku yang pada mulanya rasa tidak akan hadir pada hari tersebut kerana masalah kesihatan, tiba-tiba dengan pelbagai karenah pihak berkuasa ini kepingin mahu turut sama. Aku kira sudah sampai masanya kita nyalakan Unggun Bersih di Dataran Merdeka pada hari itu. Para penyair dan sasterawan beramai-ramai deklamasikan sajak pak Samad itu di Dataran Merdeka pada hari itu. Biar semarak bernyalanya unggun itu.
Cuma aku pelik persatuan-persatuan penulis tidak menyatakan pendirian mereka terhadap isu Bersih ini. Mana suara Gapena? Kemana suara Pena? Kalam ? dll. Jangan asyik lena duduk atas pagar, nanti pagar runtuh, tergedup jatuh patah pinggang. Mereka harus nyatakan pendirian, di mana mereka berdiri.
Tak apalah, biarkanlah persatuan penulis bermimpi dan berangan-angan di atas pagar. Yang lain-lain mesti datantg beramai-ramai di Dataran dan sama-sama kita nyalakan Unggun Bersih sebagai simbol kita inginkan kebersihan, bukan kekotoran! Wallahualam!
Datang pada 28 April ini, Dataran Merdeka terbuka luas pada kalian.

Tuesday, 24 April 2012
MSO dan Anwar
Aku baru baca artikel MSO dalam blog Anwar Ibrahim bertajuk, "Penghinaan terhadap Anwar tidak memberi bekas." Aku dah kenal MSO agak lama dan tahu benar pendirian, pandangan dan tempat dia berdiri. Artikel ini menarik kerana ia membongkar insiden di kalangan juak-juak yang telah meninggalkan Anwar dan PKR, yang ramai tidak tahu. MSO menulis apa yang berlaku di depan matanya, apa yang ada dalam fikirannya. Elok dibaca oleh pembaca umum.
Aku bersetuju dengan pandangan MSO. Aku percaya Anwar bukan calang-calang orang yang kental semangat fizikal dan spritualnya. Tidak ramai orang yang sanggup menghadapi pelbagai fitnah yang datang satu demi satu. Aku percaya waimah Mahathir mahupun Najib tentu tidak akan sanggup menghadapi fitnah yang dimainkan setiap hari oleh media seperti apa yang berlaku terhadap peribadi Anwar. Namun setakat ini semangat Anwar semakin kental dan berani menghadapi fitnah ini dan memang pun segala tohmahan itu tidak mendatangkan bekas, malah meimbulkan simpati orang ramai terhadapnya.
Bukan nak memuji atau nak mengampu (kerana itu bukan sifat aku) akan tetapi semakin difitnah Anwar semakin kuat menghadapi serangan fitnah ini. Semangat melawannya harus dipuji, sifat sabarnya harus dicontohi. Sejujurnya, kalau aku sendiri dalam keadaan Anwar, dah lama aku angkat tangan. Sejak disingkir daripada kerajaan dan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir Mohamad, pelbagai fitnah dilempar terhadap beliau. Yang memulakannya ialah Mahtahir Mohamad, bolehlah juga dianggap Mahatahir sebagai bapak fitnah. Kemudian dituruti oleh koco-konconya termasuk mutakhir sekali kawan-kawan baik Anwar yang mengikut MSO pernah makan minum dan berak di rumah Anwar.
Satu lagi yang aku dapat lihat pribadi Anwar ialah, selama ini dia tidak pernah menimbulkan keburukan terhadap mereka yang memfitnahnya. Dia tidak membalas dengan kata-kata buruk, kasar atau mencungkil peribadi lawan-lawannya, apa lagi memfitnah mereka. Anwar hanya akan mengambil tindakan undang-undang terhadp mereka yang diyakininya memfitnah beliau. Aku belum dengar lagi Anwar memburukkan perangai Ruslan Kassim, Ezam Md. Nor, Nallakurapan dan yang lain-lain, sebaliknya mereka inilah yang banyak memburuk-burukkan Anwar. Peribadi Anwar mencerminkan watak kepemimpinannya.
Tak apalah, biarkanlah mereka terjun dengan labu-labunya. Rakyat boleh menilai jenis peribadi apakah mereka ini kerana jelas sekali mereka hanya pentingkan perut dan saku sendiri daripada mempertahankan prinsip perjuangan, apa lagi mempertahankan hak rakyat. Lihat Ezam, Nalla sudah jadi senator. Ruslan Kassim terkial-kial untuk mendapat jawatan tinggi dalam Umno. Akhirnya jadi timbalan presiden Perkasa di bawah Ibrahim Ali yang juga boleh dipertikaikan kewibawannya. Itupun syukurlah!
Apapun, aku salut Anwar Ibrahim, bukan kerana apa-apa tetapi kerana semangat, pendirian dan prinsipnya. Bukan semua yang dilakukan Anwar aku setuju, tetapi dalam kes fitnah ini, aku rasa aku patut salut beliau terhadap pendirian dan semangat kental beliau.
Aku tak kenal rapat pun dengan Anwar. Pujian ini bukan mengampu tetapi suatu penrnyataan ikhlas daripada aku. Mungkin ramai yang tidak setuju dengan pandangan aku, tak mengapa, aku menghormati pandangan kalian selagi ianya tidak bertentangan dengan kebenaran dan tidak berunsur fitnah.
Fitnah bukan saja merosakkan masyarakat, tetapi berdosa besar. Hanya mereka yang beriman saja yang takut membuat fitnah! Wallahualam!
JANGAN LUPA JANJI KITA UNTUK BERHIMPUN 'DUDUK BANTAH' DI DATARAN MERDEKA PADA 28 APRIL INI !

Monday, 23 April 2012
Aku dah agak dah!
Penanahan dua orang mahasiswa di Dataran Merdeka oleh polis dan perobohan khemah oleh DBKL pada pagi hari minggu lepas (semalam) tidak memeranjatkan aku. Aku dah agak dah mahsiswa itu akan ditahan dan didakwa oleh pihak polis atas pelbagai kesalahan yang boleh dicari dalam undang-undang.
Tindakan ini sebagai respons laporan polis oleh mahasiswa yang mendakwa mereka diserang oleh sekumpulan samseng pada dinihari beberapa hari lalu. Tak tahulah apakah tindakan ini mengikut lunas undang-undang atau satu helah melindungi para samseng tersebut?
Ini bukan pertama kali perkara yang sama berlaku. Banyak kes-kes lain yang hampir serupa dengan yang terbaru. Kita harapkan biarlah polis bertindak secara profesional, mengikut undang-undang, bukan mengikut arahan mana-mana parti politik yang berkepentingan.
Kalau polis masih mahu dihormati, maka mereka patut melaksanakan undang-undang 'witout fear or favour.'
Kalau pihak polis bertindak bukan berasaskan profesioanlsme, maka tindakan sedemikan tentu sekali bertentangan dengan dasar 'trasformasi' yang giat dicanang oleh PM. Lagipun mungkin bertentangan dengan Rang Undang-Undang Berhimpun yang baru diluluskan parlimen.
Nampaknya terlalu banyak kekalutan berlaku dalam pentadbiran Najib. Maka kempen untuk membersihkan pentadbirannya termasuk kekotoran yang ada dalam SPR harus disokong. Maka dengan itu 'Duduk Bantah' di Dataran Merdeka pada 28 April ini bertepatan dengan masa dan ketikanya.
Ayuh! Mari kita beramai-ramai sendatkan Dataran Merdeka, bukan buat kotor di sana, tetapi membersihkan Dataran Merdeka daripada segala onar dan kotoran yang terpalit. Jangan lupa 28 April 2012!.

Friday, 20 April 2012
Apa dah jadi ni?
Aku naik risau mendengar berita bahawa kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka telah diserang oleh sekumpulan orang seramai 50 orang yang bukan saja merobohkan khemah, tetapi mencenderakan para mahasiswa di situ yang sedang lena tidur.
Apa hal mereka datang menceroboh dan bertindak ganas seperti samseng? Memang sudah sewajarnya mereka dipanggil samseng kerana mengganggu- guggat kententeraman awam. Mahasiswa di situ tidak mengganggu sesiapa, hanya berkhemah menunjuk rasa terhadap tuntuntuan mereka supaya kerajaan menghapuskan PPTN.
Banyaklah respons ekoran daripada kejadian serangan itu. Malah Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin yang bertanggungjawab terhadap mahasiswa itu berkata mahasiswa jangan taggih simpati dengan serangan itu kerana mereka tidak disuruh berkhemah di situ. Ada pula pemimpin Umno menangkis dakwaan bahawa serangan itu didalangi oleh UMNO. Khairy Jamaludin, Shafuddin Abdullah dan Abd Rahman dari Sabah tidak bersetuju dengan serangan ini, walau pun mereka tidak juga bersetuju dengan tindakan mahasiswa itu berkhemah di situ.
Ada rasionalnya alasan KJ itu, tetapi jangan lupa dakwaan terhadap UMNO yang mendalangi serangan itu mungkin ada asasnya, atau setidak-tidaknya menimbulkan syak wasngka. Sebelum ini beberapa peristiwa ganas seperti ini telah berlaku terhadap siri ceramah PR, malah Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim juga hampir dicenderakan. Peliknya, mereka ini tidak diambil tindakan oleh pihak polis walaupun laporan sudah dibuat. Maka kerana itu mereka berani bermaharajalela dan percaya akan terus dilindungi oleh para dalang ini, yang mungkin pemimpin besar UMNO atau negara. Syak wasangka inilah menguatkan andaian mereka bahawa Umno, malah polis seolah-olah melindungi perbuatan ganas kumpulan ini.
Polis mesti menyiasat kejadian ini dan dakwa mereka sekiranya ada bukti. Jangan siasat mereka yang ditangkjap saja, siasat juga siapa yang ada di belakang mereka. Kalau ada bukti juga tarik dalang ini ke muka pengadilan.
Nampaknya hari demi hari, tindakan pihak penguasa termasuk agensi penguatkuasanya menyerlahkan sikap double standard mereka. Oleh kerana itu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka harus disambut sekian rakyat jelata sebagai simbol penentangan perbuatan zalim dan tidak adil dalam pilihan raya. Datanglah beramai-ramai, sendatkan Dataran Merdeka, tunjukkan bahawa kuasa rakyat mengatasi kuasa elit bangsawan. Kalau lebih daripada 500,000 yang hadir tentu UBN rasa kecut dan akan terus berhati-hati terhadap sebarang tindakan mereka.
Datang, jangan tak Datang. Kita penuhkan Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Thursday, 19 April 2012
Dah Keluar hospital
Alahamdulillah, semalam saya telah dikeluarkan daripada IJN setelah selamat menjalani 'agioplasty' di mana satu saluran urat ke jantung didapati sempit. Kata doktor dia sudah masukkan 'stand' supaya aliran darah ke jantung berjalan lancar.
Kata doktor Shahrul yang bertanggungjawab di atas 'operasi' ini, dua urat yang sebelum ini di pasang stand kira-kira 7 tahun lalu masih ok., akan tetapi urat yang baru ini bertindih dengan yang lama, sebab itu agak sukar dia untuk memasang belon dan menongkat 'stand'. Walau bagaimanapun hanya kira2 1 jam semua kerja telah selamat disempurnakannya.
Syukur kepada Allah SWT yang telah memenuhi doa dan harapanku. Juga doa keluarga dan kawan-kawan, sangat-sangat saya hargai. Terima kasih yang sudi datang melawat, yang tidak sempat hantar SMS dan telefon. Itulah petanda setiakwan dan rapatnya silatulrahim antara kita.
Insyallah, selepas rehat, saya akan terus berusaha untuk menjayakan komitmen dan rancangan yang masih terbelangkali. Dengan kekuatan dan kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT, saya akan berusaha untuk memastikan segala perancangan dapat dijayakan dengan selamat.
Ralat:
Saya mohon maaf atas entri saya bertajuk, "Wacana Hassan Ali di PPAS," yang sebenarnya, Hassan Ahmad bukan Hassan Ali. Terima kasih pada Kassim dan Azman Daud yang menegur kesilapan ini. Barangkali nama Hassan Ali ini selalu timbul di media, mempengaruhi saya sehinggakan nama orang lain disamakan dengan nama beliau. Maaf atas kesilapan ini.

Monday, 16 April 2012
Selamat Hari Lahir Pak Samad dan teruskan perjuangan
Asalamualikum! Aku terima sms daripada Dinsman semalam mengajak aku bersama-sama pada majlis menyambut hari lahir Pak Samad (Datuk A.Samad Said) di madarasah Tarbiyah, Kg. Banda Dalam malam ini (Isnin). Pak samad sudah 77 tahun usianya pada 7 April lalu, hari aku dimasukkan ke dalam ICU. Pada 7 April juga genap 70 tahun 1 bulan usiaku. Dan pada 8 April Mingguan Malaysia siarkan sajakku bertajuk, '70 tahun telah berlalu,' aku cipta khas menyambut hari lahirku pada 7 Mac 2012 lalu. Sajak itu aku bacakan di hadapan jemaah surau sebelum majlis tahlil dan doa selamat berlangsung. Aku mahu abadikan kesyukuranku kepada Allah SWT dan kepada ibu dan bapaku yang telah membesarkan aku dengan susah payah mereka.
Aku beritahu Dinsman, belum tahu lagi sama ada aku dapat hadir pada majlis itu malam ini kerana hari ini Isnin 16 April 2012 aku ada janjitemu dengan IJN untuk membuat pemeriksaan jantung hatiku. Kalau tidak ditahan untuk pemeriksaan lanjut atau pembedahan, Insyallah aku kepingin benar untuk sama-sama meraikan hari lahir Pak Samad, yang pernah menunjuk ajarku kaedah penulisan kreatif ketika muda-muda dulu.
Tahniah, Pak Samad, semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan bapak untuk terus berjuang. Sebagai tanda sokongan, maka aku syorkan supaya para penulis/sasterawan,budayawaan/cendiakawan sama-sama menyokongnya untuk mengadakan tunjuk rasa 'Duduk Bantah!' pada 28 April ini di Dataran Merdeka. Aku harap kawan-kawan akan turut sama pada hari tersebut, walaupun kemungkinan aku tidak dapat turut sama. Itu tidak bererti aku tidak menyokong.
Pada kawan-kawan aku mohon ampun dan maaf kiranya ada kesilapan dan kesalahan sepanjang kita berkawan selama ini. Maklum saja aku ini agak celupar mulut, tetapi keceluparan itu demi berkata yang benar, meskipun ramai tidak bersetuju dan tidak selesa.
Apapun, aku mohon kepada Allah SWT agar memudahkan segala urusanku, selamatkan segala perancanganku dan memberikan hidayah dan petunjuk padaku. Yang paling utama Allah SWT mengampuni dosa-dosaku. Wallahualam!

Subscribe to:
Posts (Atom)