TPM Datuk Sri Dr. Zahid Hamidi mengumumkan bahawa ada gerakan daripada kepimpinan Umno yang berhasrat 'mengulingkan' kerajaan. Ketika pengumuman ini Zahid kelihatan amat yakin bahawa dakwaannya adalah benar. Dia merujuk pemimpin itu sebagai 'orang tua.' Siapa orang tua ini, tidak pula diumumkannnya.
Khabarnya perencanaan 'penggulingan' ini yang dikatakan oleh Zahid adalah mengikut 'pintu belakang.' Ada yang telah menyanggah penggunaan istilah 'guling' dan 'pintu belakang.' Ini kerana khabarnya kaedah yang akan digunakan pemimpin itu ialah dengan mendapatkan tandatangan ahli parlimen sama ada di kalangan BN dan juga Pembangkang melalui 'akuan bersumpah, (SD). Kalau sudah mendapat majoriti mereka akan menghadap Yang DiPertua Agong untuk menyatakan bahawa PM sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Kaedah ini sama yang dilakukan oleh Najib pada kerajaan Perak di mana BN telah merampas kerajaan negeri Perak dengan cara sebegini. Mahkamah Persekutuan telah merestui kaedah ini dengan menyatakan kaedah itu tidak menyalahi Perlembagaan Negara dan Undang-Undang. Perlu diingat bahawa kaedah ini tidak salah. Zahid jangan mengelirukan rakyat dengan istilah yang akan dianggap oleh rakyat tidak mengikut undang-undang.
Betulkah dakwaan Zahid ini? Nyata mereka yang 'tersenarai' dalam konspirasi ini telah menafikannya. Tan Sri Shairir Samad ketua penyokong ahli parlimen BN menganggap bahawa ini satu dakwaan yang 'palsu.' Shahrir juga meminta Zahid menamakan pemimpin Umno atau 'orang tua' itu. Malah beberapa orang ahli parlimen Pembangkang juga menafikan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang rancangan ini. Zahid telah mengemparkan rakyat dengan berita ini sehingga bukan saja mengelisahkan ahli Umno, malah rakyat. Secara tidak langsung Zahid cuba melaga-lagakan pemimpin Umno dan menanam rasa tidak percaya antara satu dengan yang lain.
Sehingga saat ini Zahid masih belum lagi mengumumkan identiti orang tua itu. Siapa orang tua itu? Zahid telah menimbulkan teka teki dan tanggapan yang bukan-bukan di kalangan rakyat. Sebab itu ada blog yang cuba membuat terkaan dengan menyenaraikan beberapa nama ahli parlimen Umno yang dikatakan terlibat dalam konspirasi 'penggulingan' ini.
Mungkin Zahid sengaja menimbulkan isu baru ini dengan beberapa sebab:-
1. Dia cuba mengalihkan perhatian umum daripada skandal 1MDB kepada isu ini.
2. Dia mahu 'membodek' Najib, ketuanya.
Zahid tidak sepatutnya mengeruhkan lagi suasana yang sememangnya sudah keruh. Apakah tindakan Zahid ini tidak menimbulkan kegelisahan dan mungkin akan menganggu ketenteraman awam? Apakah tindakan Zahid ini tidak berunsur hasutan. Pihak polis sepatutnya mengambil perhatian tentang isu ini. Kalau ada kes, jangan dibiarkan Zahid terlepas. Kalau orang awam, tentu sekali polis pantas menahannya? Gunakan Akta Hasutan. Wallahualam!
No comments:
Post a Comment