Sekarang ini pelbagai alasan terdengar daripada sesetengah pemimpin Umno yang menjadi pengampu Najib dengan membuat pelbagai kenyataan bagi mengwajarkan RM 2.6 bilion dalam akaun bank Najib. Sebaik-baik sahaja SPRM mengumumkan bahawa wang itu bukan daripada 1MDB tetapi derma dari penderma dari Timur Tengah, maka berkokoklah para pengampu mengatakan wang itu untuk pilihan raya. Dana pilihan raya tidak salah, kata mereka. Lebih dahsyat lagi ada yang mengatakan itu bukan rasuah. Dalam Akta SPRM, derma juga diklasifikasikan sebagai rasuah.
SPRM tidak menafikan wang itu ada dalam akaun Najib. Hakikatnya memang Najib ada terima wang itu dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Najib tidak menafikannya dan tidak boleh menafikannya. Justeru, bagi mengwajarkan wang itu berada dalam akaun Najib, maka pengampu-pengampu ini menyatakan itu sumbangan dana pilihan raya; tidak salah. Lagipun belum ada undang-undang di negara ini yang mengharamkan sumbangan politik.
Muktahir sekali alasan yang diberi, kononnya Pak Arab itu menyalurkan wang itu bagi menyekat pengaruh Yahudi dan DAP. Kononnya takut DAP berkuasa maka orang Islam akan tertekan. Begitulah mengarutnya alasan-alasan yang merapu, yang tidak masuk akal hanya semata-mata mahu mewajarkan transkasi wang itu. Tidak dapat tidak alasan itu hanya helah bagi mengwajarkan wang itu berada dalam akauan Najib. Apalah BODOHnya orang Umno semacam ini?
Senario ini menunjukkan bahawa mereka dan Najib semakin terdesak dengan situasi mutakhir. Bekas Timbalan Pengarah SB Polis sudah mula sedikit demi sedikit memberi pencerahan terhadap isu 1MDB. Seorang bekas pegawai Pejabat Peguam Negara yang lucutkan jawatannya dikatakan akan memfailkan afidivit dalam mahkamah mencabar pemecatannya dan penarikan balik taraf pemastautinnya. Apakah afidivit itu akan 'meletop' membongkar rahsia di sebalik pemecatan bekas Peguam Negara dan draf kertas pendakwaan terhadap Najib? Sama-sama kita tunggu. Ini belum lagi pembongkaran Sirul dalam kes Atantuya. Kalau mereka berani menyatakan yang benar, sudah pasti kita akan melihat senario yang berlainan pula. Rakyat pasti akan menyokong siapa sahaja sekiranya ada sesiapa berani berkata benar. Jangan takut berkata benar, meskipun ianya pahit. Rakyat menunggu pembongkaran ini. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Bekas Timbalan Pengarah SB sudah berani menyatakan ada geng Hang Tuah yang mana si Kitul cuba merosakkan penyiasatan 1MDB. Kita tunggu siapa si Kitul ini. Pastinya satu haru Tuan Hamid akan memberitahu juga rahsia si Kitul dan rahsia-rahsia lain yang cuba disembunyikan oleh puak-puak Najib. Saya yakin dan percaya kebenaran akhirnya juga akan terserlah. Itupun tertakluk kepada penyiasatan yang telus dan amanah. Kalau siasatan itu diarah supaya menutup kes ini, lainlah pula hasilnya. Jangan takut demi kebenaran. Insyallah Allah akan menlindungi mereka yang berkata benar. Wallahualam!
No comments:
Post a Comment